Kehilangan Yang Berat

Lama sangat tinggalkan blog. Hajat hati nak jenguk tapi masa tak mengizinkan. Banyak pulak kerjanya haa. Hurm. Sekarang pon final exam week. Baru lepas buat revision, curi masa untuk update sekejap. Update sekadar meluahkan rasa sedih dalam hati. Hurm.

Hari Isnin, 16/12/2013, dapat khabaran sedih dari anak buah kat Pahang. Katanya nenek aku dah meninggal. Aku yg tengah nak suap nasi kerabu ni, terus mengalir air mata. Sedih. Aku tak mampu nak cakap apa apa. Nenek meninggal 6.00pm waktu Malaysia. Dikebumikan di kampung daerah Siem Reap, Kemboja. Aku pon tak tau nama kampung nenek aku. Aku tak dapat jumpa arwah sebelum arwah pergi, itu yg buat aku sedih. Last aku jumpa arwah masa zaman sekolah. Lama, terlalu lama. Aku rindu tapi jarak memisahkan kami dan kini dia telah pergi selamanya. Ibu kepada mak. Aku sebagai cucu pun rasa kehilangan sangat, apatah lagi mak kat Pekan. Aku sedih, aku takde di sisi mak masa mak dapat berita nih.

Ada yang tanya, kenapa tak balik? Sebenarnya parent aku nak pergi da lama dah, tapi banyak halangan. Lagi lagi tahap kesihatan parent aku tak mengizinkan mereka untuk pergi ziarah arwah kat Kemboja. Mak tak larat berjalan, ayah tak boleh melihat. Dan aku, dalam exam week. Ya Allah, kuat sungguh dugaan.

Sebenarnya bulan lepas aku dah mula mimpi bukan bukan. Mula-mula aku mimpi arwah sakit tenat, bangun je tidur cepat cepat aku call ayah dan cerita apa yang aku mimpi. Terus ayah jawab, “ye, nenek tengah sakit tenat kat sana. Ayah baru dapat tahu semalam”. Terus airmata aku mengalir. Mimpi tu seolah-olah petanda buat aku. Dalam mimpi tu nenek nak sangat jumpa aku dan sampai akhir hayat arwah, aku tak dapat jumpa arwah. :’(

2 – 3 hari sebelum arwah mengembuskan nafas terakhir, aku ada mimpi gigi geraham atas aku sakit sampaikan aku menangis masa dalam mimpi tu. Bangun pagi, aku tak sedap hati. Kata orang, mimpi sakit gigi ni ada petanda tak elok. Aku cerita kat Nadia pasal mimpi tu. Dan ya, mimpi tu seolah-olah nak bagitau aku yg arwah akan pergi dalam masa yg singkat. Ya Allah, adakah itu benar benar satu petanda untuk aku? Untuk aku bersedia untuk berdepan dengan kehilangan seseorang yg aku sayang?

Dah 3 hari arwah pergi, dan aku masih bersedih. Ayah pesan, jangan menangis. Kesiankan arwah, sedekahkan Al-Fatihah. Tapi aku tak mampu nak tahan airmata aku dari mengalir. Setiap kali sebelum tidur, airmata mengalir. Sampaikan aku tak boleh nak jawab paper Database System. Airmata bergenang masa nak jawab exam. Dalam kepala aku, aku cuma fikirkan arwah. Lemah sungguh aku. :’(

Walaupun kami berjauhan. Tapi aku tahu arwah sayangkan aku. Aku rindu arwah nenek. Al-Fatihah nenek Mariam bt Abdullah. Farah rindu dan sayangkan nenek.

Comments

zayedvalera said…
The casino you want to bet at - Dr.MD
Dr.MD's 서산 출장마사지 casino offers all the 구미 출장마사지 casino games that you'd normally 하남 출장마사지 find in a standard 의정부 출장안마 casino. From blackjack and video 포항 출장샵 poker to video

Popular posts from this blog

Kenapa Kita Berkawan?

Laksa Vietnam ( Bansong)

blog cik epal da dpt 2k++,aku?