Monday, May 9, 2011

4 pelajar perempuan yang KAKI BULI!!

Salam, hye, hello...

Haha..baru je update ni update lagi.. Sebab apa? Sebab aku tengah tengok Buletin Utama dan diorang dok siarkan pasal kes buli..

Memalukan!!! Sebab kali ni pelajar perempuan lagi yang jadi kaki bulu. Aku rasa tahun lepas pon ada kes yang lebih kurang dengan kes macam ni. Perempuan jugak!!! Ni yang aku nak marah nih!! Mana la semua sifat lemah lembut seorang gadis tu? Mana? Mana? Hisshh!!!

Tadi aku tengok visual tu, depa dok jerut leher pelajar lain, gunting rambut, dan apa lagi yang diorang buat pon aku tak tahu.. Apa nak jadi dunia sekarang ni???

Padan Muka diorang sebab kena gantung sekolah selama 14 hari lepas tu kena kaunseling lagi. Tapi aku rasa hukuman tu macam tak cukup jer untuk pembuli macam tu. Mungkin kena suruh diorang buat kerja amal sekali kot. Baru padan..

Dalam masa yang sama, aku rasa bagus jugak ada pekeliling yang sesuai untuk kes macam ni. Pembuli dan orang yang bersubahat sama-sama kena denda. So, moral of the story JANGAN BERSUBAHAT DENGAN PEMBULI!! Kalau ada kes, cepat report pada cikgu disiplin. Semua selamat kalau cepat bertindak. Jangan tunduk dengan pembuli nih.

Tadi pemberita tu ada cakap yang pelajar-pelajar tu dah mintak maaf. Hello!!! Kau rasa mintak maaf tu cukup ke?? Budak yang kena buli tu boleh jadi trauma seumur hidup tau! So, maaf tu memang tak cukup yer. Melainkan kau mintak maaf dan berubah 100%!!!

Tak habis-habis dengan kes buli kat sekolah nih!! Tension aku, bukan apa sebab aku pernah jadi mangsa buli masa sekolah rendah dulu. Tapi aku report ayah aku dan pembuli tu pon terus kena rotan ngan GB dan diorang jd bestfren aku lepas tu.hehehe.. Sekarang risau kat anak buah aku coz last week dia bgtau ada budak buli dia sampai dia ponteng sekolah sehari. Kantoi ngan aku lak tu masa dia ponteng.. Huhuh..

Pada pembuli tegar, insaflah weyh.....


Hehh!!!!


Notajari:jom search video buli tu kat youtube!!

No comments: