Kisah si Professor dan si Pengayuh Sampan.

Suatu hari, seorang professor ingin ke seberang sungai dengan menaiki sampan.

Semasa di tengah-tengah sungai itu, professor bertanya kepada si pengayuh sampan.

"adakah kamu pandai menulis dan membaca?"

"tidak tuan, saya tidak pandai menulis dan membaca." kata si pengayuh sampan.

" jika kau tidak pandai menulis dan membaca, kau telah kehilangan separuh hidup kau"..

Selepas itu, professor itu bertanya lagi.

"adakah kamu mempunyai wang simpanan di bank?"

"wang yang saya dapat cukup makan je tuan, mana saya mampu nak simpan".

"jika begitu, kau telah hilang separuh lagi kehidupan kau. Mana boleh orang hidup tanpa wang pada masa tua nya nanti". Kata professor itu lagi.


Tiba-tiba di tengah sungai, sampan yang dinaiki itu bocor. Lalu si pengayuh sampan bertanya pada professor tersebut.

"adakah tuan tahu berenang?"

"errr....err... Saya tidak pandai berenang".

"owh, jika begitu tuan telah kehilangan seluruh hidup tuan"..



P/s: Tuhan tidak mencipta seseorang itu bodoh. Tetapi kita harus mencari kemahiran kita dan mengasah kemahiran itu ditahap maksima. Kerana setiap manusia itu ada kelebihan dan kekurang mereka yang tersendiri...

Comments

Mambang Terbang said…
moral : jgn memandang hina seseorg itu dengan keadaan luarannya :) hehe...

http://violencexx.blogspot.com/

Popular posts from this blog

Kenapa Kita Berkawan?

Laksa Vietnam ( Bansong)

blog cik epal da dpt 2k++,aku?