PM di HotFM!!

Salam guys,
korang tengok berita tak malam ni? Jangan dok sibuk tengok sinetron je kawan, berita pon kena tengok jugak tau!! Hehehe...

Macam biasa, setiap malam ada berita pasal kes video skandal seksa tu la kan.... Bosan!!! Lepas tu ada kes bunuh plak dekat Bentong. Sepasang suami isteri di bunuh di rumah mereka, tiada unsur rompakan dan mungkin motif dendam. Huhh!! Apakah nyawa sekarang dah tak bernilai lagi? Lepas tu ada pulak kes 3 orang kanak-kanak dihanyutkan oleh arus deras ketika mandi di sungai hutan lipur.. Aku baru je plan nak g sungai gabai atau sungai congkak sebelum start sem nanti. Tapi macam tak jadi je sebab rasa takut tu dah ada..hehehe...

Paling aku tertarik sekali, hari JUMAAT ni, PM bakal ke udara di HOTFM!!! Wowww!!! Rajin betul PM kita ni kan. Minggu lepas jumpa rakan online dekat Penang, minggu ni nak bersiaran dekat HotFM plak. Memang betul-betul nak dekat ngan jiwa rakyat nih... Huhuhu...

Mungkin ada yang akan cakap, "biasa la ni, strategi politik" .... Tapi bagi aku tu belakang kira lah... As long beliau adalah seorang PM yang bagus, tak salah kita sokong kan...

FYI, PM memang dekat di hati penduduk Pekan sebab PM rajin melawat kampung-kampung yang ada kat daerah ni. Masa aku dapat Anugerah Cemerlang UPSR dulu pon PM yang sampaikan Anugerah tu dan masa tu sudah tentu beliau belum jadi PM lagi... Hehehe...

Apa-apa pon, jom kita beramai-ramai dengar HotFM hari JUMAAT ni pukul 7.30am kayh!!! Jangan silap masa plak... Sesiapa yang ada kredit banyak, ada soalan ke ape ke korang boleh la call HotFM nanti... Hehehe.. Tu pon kalau korang boleh tembus talian la...huhu...

Tu je aku nak melalut...

Bubye!!!

BTW,takziah pada family yang kehilangan anak mereka ketika picnic di hutan lipur tu.. Al-fatihah..

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Kita Berkawan?

Laksa Vietnam ( Bansong)

blog cik epal da dpt 2k++,aku?