Kes Simbah Asid Sekitar KL!

Assalamualaikum dan selamat pagi!!!

Siapa yang belum bangun, sila angkat kaki anda!! Hehehe.... Pada yang da bangun, bagus, barulah segar bila bangun awal..hehehe... Ke korang terpaksa bangun awal sebab nak g kerja, g kelas, g sekolah? Hehehe... Ok, pagi-pagi ni aku tengok MHI.. Kira ni sarapan pagi aku la selain dari berblogwalking ni kan...

Ok, sekarang kan kecoh pasal kes simbah asid kat sekitar KL kan? Pada yang belum tau, meh aku bagitahu. Sejak Mac lalu sehingga kini dah dilaporkan lebih dari 10kes wanita disimbah asid di sekitar KL. Semua wanita ni dipilih secara rawak dan tak tahu apa motif diorang. Suspek mungkin 2orang lelaki India dan bermotorsikal.

Itu cerita pasal kes tu, ni aku nak bagitau korang apa yang korang patut buat bila korang berjalan sekitar KL, tak kesah lah berdua ke bertiga atau berempat sekali pon.
1. Jangan jalan terlalu dekat dengan bahu jalan.
2. Selalu jalan dari arah bertentangan, kiranya kita boleh nampak la semua kenderaan yang menuju ke arah kita.
3. Selalu bawa air mineral, kalau-kalau terkena, cepat-cepat simbah air mineral kat tempat yang kena tu untuk mengurangkan hakisan.
4. Boleh guna payung tapi tak digalakkan sangat sebab takut kalau asid tu menitik kena bahu pulak.

Tu antara perkara yang kita,kaum wanita ni perlu lakukan untuk memastikan kita selamat dari kes macam tu.

Lepas tu, ni apa yang patut korang buat untuk membantu polis dalam siasatan. Biar kes ni cepat selesai.

1. Kalau nampak ada motor tiba-tiba perlahan bila dekat dengan orang perempuan yang berjalan, perhatikan, suspek juga maybe pakai pakaian berlapis untuk mengelak asid terkena badan. Mungkin tu suspeknye, so kita boleh bagitahu kriteria pelaku tu pada polis.

2. Kalau suspek tu ada buang bekas asid tu, ambil bekas tu dengan menggunakan objek lain. Jangan pegang direct dengan tangan untuk menjaga bukti forensik.

3. Selalu perhatikan tangan kawan-kawan kita sebab ada kemungkinan tangan suspek terkena asid jugak selepas diorang simbah asid tu. Family pon tengok jugak kalau-kalau ada baju yang berlubang akibat hakisan asid tu.

4. Lepas nampak kejadian tu, cepat-cepat hubungi polis tau!! Walaupun pasukan khas dah ditubuhkan, bantuan orang ramai tetap diperlukan.

Tu je yang aku dapat dari MHI hari nih. Semoga kita kaum wanita ni terselamat dari kes macam ni, seriously aku rasa taku nak balik sana dah. Dok pahang ni lagi selamat kot. Huhuhuh...

Ok la, nak g bekpes ni. Jangan skip breakfast sebab tu boleh buat otak kita jadi kecut!!! Haaa... Takot?? G bekpes cepat!!

Taaaataaaa....

Notajari: baru aku tau simpan asid pon adalah satu kesalahan.

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Kita Berkawan?

Laksa Vietnam ( Bansong)

blog cik epal da dpt 2k++,aku?