Sunday, May 8, 2011

Salah & Maaf ...

Salam guys,
seronok beristirehat di hari Ahad nih..lagi seronok kalau dapat masak dan makan sedap-sedap. Cakap pasal makan, aku kelaparan nih... Baru masak nasi, jap lagi baru makan. Huhu..

Hari ni aku nak bercerita tentang soal Salah & Maaf.. Dan aku bercerita berdasarkan pengalaman aku sendiri.

Dalam hidup ni, takde siapa pun yang tak pernah buat salah. Boleh dikatakan dalam sehari tu mesti kita ada buat sekurang-kurangnya 1 kesalahan walaupun sebesar hama. Itu sudah pasti sebab kita ni manusia biasa kan. Jadi tak salah untuk buat salah.

Bila dah buat Salah, mesti la kita mintak maaf kan? Tapi kalau dah selalu sangat buat salah dan mintak maaf, boleh ke kita nak maafkan orang tu lagi? Asalkan buat salah je, mintak maaf, sok buat salah ag, mintak maaf lagi..dan seterunyaaaaa lah...

Sesungguhnya aku TAK SUKA keadaan ni!! Bila kita dah selalu buat salah dan mintak maaf, secara tak sengaja kita akan ada satu sikap " takpela kalau salah sikit pun, nanti boleh mintak maaf and sure punyalah dia maafkan aku"... Haaa..macam tu laa..

So, persoalannya kat sini perlu ke kita maafkan orang tu setiap kali dia buat salah yang sama berulang-ulang kali??? Aku rasa macam tak perlu jer.. Ok, aku akan maafkan orang tu tapi aku takkan cakap kat dia yang aku maafkan dia sebab aku nak dia berhenti dari melakukan kesalahan yang sama.

Bunyi macam kejam kan? Tapi aku terpaksa buat macam tu sebab aku taknak dia tetap dengan sikap lama dia. Sikap pentingkan diri dan tidak mengendahkan perasaan orang lain. Hisssh!! Sometime, kita kena tegas kalau nak buat seseorang tu sedar kesalahan dia.

Kalau dah selalu sangat buat salah dan ucap maaf, lama-lama maaf tu macam dah takde makna. Nampak macam perkataan "maaf" tu sekadar kat bibir je dan bukan dari hati. Bila dah buat salah tu, mintak maaf dengan ikhlas la... Baru la nampak macam kita dah betul-betul menginsafi diri kita..hehehe...da macam penceramah pulak...

Ok lah, aku nak tengok nona..jap lagi nak masak plak... Ayam goreng ngan tumis kangkung...nyum...nyum... :D

sekian,

No comments: