Sunday, May 22, 2011

Opocot your mother!!!!

Assalamualaikum dan selamat pagi!!!

Hehehe... Sambil tengok cerita "Lela Latah" kat tv2 ni, teringat peristiwa dulu-dulu...hehehe...

Dulu aku ni kuat melatah. Latah ni pun berpunca sebab aku suka kacau maklong aku yang kuat melatah.. Bila dah selalu kacau, sedar tak sedar aku pon tiba-tiba melatah jugak... So, betul la orang cakap melatah ni berjangkit... Hehehe...

Semakin hari latah aku ni makin teruk sebab asyik kena kacau je ngan budak sekolah aku. Sikit-sikit cucuk pinggang, jap-jap tepuk blekang, memang letih la aku cakap weyh... Terlompat-lompat, menjerit-jerit.. Kalau korang rasa, baru tau letih macam mana..huhu..

Latah ni, takde ubat tapi ada cara nak kawal latah nih..

Semuanya bermula dari mental kita, kalau kita pandai kawal takde la latah tu nanti..hehehe...

Cam mane nak kawal, bagi aku senang jer...

1. Semua bermula dari minda.
-maknanya korang kena set dalam fikiran korang yang korang takkan melatah dan taknak melatah.

2. Selalu tarik nafas dalam-dalam..
- kalau kena kacau sekalipun, tarik nafas dalam-dalam..takpun korang diam membatu bila kena kacau..tahan nafas kejap pon takpe..

3. Elakkan diri..
- elakkan diri dari orang yang suka kacau tu dan elakkan dari melatah sekali!.

4. Tukar ayat..
- daripada dok melatah, opocot mak kau! Opocot my mother! Lebih baik sebut Astagfirullah or Ya Allah.. Kan lagi bagus tu.. Melatah pon dapat pahala..hehehe...

Tu je yang aku selalu amalkan dan Alhamdulillah sekarang aku dah tak melatah dah.sebab aku dah boleh kawal melatah aku nih.. Cuma kadang-kadang kalau betul terkejut je aku melatah..hehehe..

Tapi korang perasan tak orang Melayu ramai yang melatah. Cina or India kurang atau mungkin tak melatah pon.. Lagi satu, melatah ni boleh buat kita cepat nyanyuk.. Jadi, kawal la melatah tu eyh...

Sekian... :D


harap maaf, blog dalam pembikinan..sorry if u guys rasa serabut.. Hehehe..

No comments: