Kenapa orang suka mencarut??

Salam rakan-rakan online sekalian...

Petang-petang macam ni, kalau dapat pisang goreng pon sodaap nih!!! Hehehe...

Tapi aku bukanlah nak bercerita tentang minum petang atau pisang goreng, aku nak tanya korang sebenarnya nih.. Kenapa orang sekarang suka mencarut??? Aku tak faham betul la, apa yang diorang dapat dengan mencarut tu?

Bukan setakat mencarut dengan mengeluarkan kata-kata f***, b**i,g*****g dan sebagainya dengan menggunakan mulut.. Tapi sekarang ni kat fesbuk dan twitter pon banyak yang macam tu...

Aku pelik betul laa.. Best sangat ke?? Bagi aku tak best sebab masa kecik dulu aku hampir kena tampar dek akak aku sebab nak sebut perkataan b**i tu jer.. Jadi terus aku anggap mende tu tak elok di sebut.

Tapi hari tu aku terasa hati ngan sorang member aku ni. Dia dok anta msj marah marah orang lain tp siap ngan mencarut lagi. Aku cakap la yang aku tak suka kalau anta msj camtu.. Dan dia boleh bantai cakap "tak yah nak baik sgt la, hg pon sama cam pempuan lain gak" ... Ok, thats RUDE okeyh!! Kau boleh nak kata kat member pempuan kau yang lain macam tu,tapi jangan nak kata kat aku. Dan sampai sekarang lah aku tak layan member aku tu.

Well, bab-bab ni aku amik serius. Nak tau kenapa? Sebab percakapan tu umpama doa, kalau kau duk mencarut gitu sama macam kau doakan mende tak baik kat orang lain. Lagi satu, words will show ur manners kayh!!! Kau dok mencarut mende2 tak elok tu da macam menampakkan diri kau tak elok jugak.. Lebih kurang macam tu la. Maaf kalau ayat aku tunggang terbalik sebab aku tak reti nak ayat bunga-bunga nih! Hehehe...

Tapi tu sekadar pandangan dari kaca mata aku yang tak berapa jelas ni la. Jadi aku nak tanya korang lagi sekali, best ke mencarut bagai ni? Apa yang korang dapat dengan mencarut? Kenapa korang mencarut?

Hohohhoo.... Aku rasa aku ada idea baru utk anak buah aku, kalau diorang mencarut aku sumbat cencorot!!! Hahahaha.... Takmo tampar-tampar dah.. Aku kan maksu yang baik... Hahahaah....

Sekian..

P/s: maaf kalau aku terkasar bahasa sampai ada yang terasa. Sesungguhnya aku insan biasa...

Comments

nurul said…
huhu..tapi kan,ad kdng2 sstgh orang tu tgah gelak2 hepi pon mencarut jugak..tu plik...-p
Unknown said…
Hahaha...
Tu pon masalah gak tu..
Masalah mengawal kata-kata ketika berkomunikasi...

Popular posts from this blog

Kenapa Kita Berkawan?

Laksa Vietnam ( Bansong)

blog cik epal da dpt 2k++,aku?