Sunday, May 1, 2011

Hotlink Hot Tickets!!!

Salam ahad dan selamat hari pekerja!!!

Mesti semua orang tengah syok bercuti dan berjalan sakan kan? Dalam pada masa yang sama, aku yakin ramai tengah menyumpah seranah masa drive kereta sebab jalan jem sangat sangat...hahaha.. Tapi aku,masih di rumah sambil menikmati hujung minggu yang agak membosankan. Camne pun, setiap hari aku di sini memang rasa macam hujung minggu pon..hehehe..

Sedang tengok Nona, tiba-tiba jari aku tergerak nak menaip pasal hot ticket nih! Hehe.. Aku sebenarnya tak suka guna hot tiket sebab bagi aku ianya tak berbaloi coz aku jarang call dan sms guna num hotlink aku. Hot ticket kat ada expired date, so tak sesuai la untuk aku. Cuma sesuai untuk pengguna tegar hotlink jer. Hehehe... Tapi korang jangan salah faham, hot ticket ni ada 2 jenis. Ada untuk call n sms dan ada internet hot ticket.. Aku ni plak mmg suka meng'online'kan diri, jadi aku sangat sangat suka guna internet hot ticket nih.

Kalau korang nak guna, beli yang rm20 untuk seminggu tu berbaloi dr yang rm5 untuk 2 hari...anak buah aku budak sekolah lagi, jadi akan kumpul duit sekolah setiap hari untuk beli hot ticket yang rm5 tu.. Biarlah dia, janji dia happy...

Namun, atas jasa internet hot ticket dan hp C3 aku ni lah aku dapat terus ber'bloging' dengan ceria setiap hari. Hehehe... Jangan ingat hp cikai takleh update blog tau! Walaupun hp ni tak segah Samsung Galaxy Tab ,Iphone,Ipad atau Blackberry, aku tetap boleh mengupdate blog aku..hehehe.. Aku happy!!

Thanks pada hotlink sebab keluarkan product yang bagus macam hot ticket nih!! I like!!!

Aku cuba nak insert picture, tapi tak boleh...huhuhu... Sedih la.. :(

sekian!!! :D

No comments: