Loghat dan Identiti!

Assalamualaikum sahabat maya sekalian...

Jawab salam tu...tak jawab dosa tau...hehehe...

Semalam mood nak meng'update blog melayang ke sungai.. Hehe.. Hari ni, mood tu da terdampar ke tebing..baru je kutip ni ha..

Tadi dok makan laksa yang mak buat, aku teringat satu dialog antara aku dan pemandu teksi masa nak ke bandar bulan lepas.

Pakcik: belajar lagi ke dik?

Aku: ye pakcik. Kat U dah..

Pakcik: adik ni orang kemboja ke?

Aku: a'ah pakcik..

Pakcik: yeke? Tapi nape takde loghat atau slanga kemboja pon.

Aku: eyh...saya rasa macam ada je pakcik.. Takkan la takde langsung..? Hehehe...

Pakcik: ye dik. Dah macam orang melayu dah. Lahir sini ke? Pandai cakap kemboja tak?

Aku: saya memang lahir sini pakcik. Kat rumah cakap melayu je ngan mak ayah, err nak cakap kemboja tu pelat pelat la jugak.hehe..tapi kalau orang cakap, saya faham lah..

Ok,setakat tu je dialog nyer.. Hehehe..

First, aku nak bagitau kat sini aku berketurunan Melayu Champa tapi aku takut pakcik tu tak tahu jadi aku cakap je yang aku keturunan kemboja. Huhuhu.. Kalau korang nak tahu Melayu Champa tu apa, sila google..hehe..

Second, aku tak bangga bila aku cakap yang aku tak reti bahasa kemboja.. Aku malu okeyh! Sebab apa, sebab aku taknak orang cakap yang aku lupa bahasa sendiri. Tapi serius, aku masih belajar bahasa kemboja dan bahasa champa. Champa tu senang je sebab bunyi nye lebih kurang ngan bahasa Melayu. Contohnye,
sa= 1
dua= 2
kelau= 3
pak=4
me=5
nam=6
juh=7
pan=8
semlan=9
pluh=10 ..

Lebih kurang je kan??? Hehehe...

Tapi kalau bahasa kemboja.

Mui=1
pi=2
bei=3
buen=4
pram=5
lepas tu aku tak reti dah..hehehe...

Ok, kesimpulannya kat sini, loghat tu adalah identiti kita. Yang aku tunjuk kat sini dari segi bangsa.. Tapi sama jugak macam loghat kelantan lain, terengganu, pahang, perak, perlis dan sebagainya.. Bunyi loghat je kita dah tau orang tu dari mana kan...hehehe.. So, jangan malu kalau kita cakap berloghat sekalipun ngan omputih.. Hehehe...

Bahasa menunjukkan bangsa..
Loghat menunjukkan kita...

Tataaaaa.... :D ..

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Kita Berkawan?

Laksa Vietnam ( Bansong)

blog cik epal da dpt 2k++,aku?