Thursday, May 5, 2011

Wacana Mesra Blogger Bersama PW

Salam guys,

hari ni aku nak join segmen PW lagi. Hehehe... Dan ini adalah entri terakhir aku untuk hari ni coz kejap lagi Hot Ticket Internet pass aku akan expired. Naseb baik la sempat join!! Berusaha nih!! Heheh... Tapi sebelum tu, PW saya nak mintak maaf sebab HP cikai ni masih belum mampu nak letak header anda..huhuhu... ;(

Dah..dah!! Hapus airmataku cepat!! Nak start berWACANA nih!!!

Lagu yang aku suka yer... Banyak la...tapi nak top5 je kan, jadi aku list yang top5 je la...hehehe..

1. Airmata Ibu by Datuk CT Nurhaliza.
- aku selalu dengar lagu ni, tak pernah lepas. Setiap kali aku dengar lagu ni, aku akan ingat pengorbanan mak untuk aku. Jadi aku akan berusaha mengelak dari menyakiti hati mak.

2. Di Pondok Kecil
- yang ni aku tak tahu siapa penyanyi dia. Tapi aku start dengar lagu ni masa anak buah aku nyanyi time buaikan adik dia. Bila search kt youtube, memang meleleh airmata aku... Aku sayang ayah!!

3. Tolong Ingatkan Aku by Ana Raffali
- hahaha...sekali sekala berjiwang jugak aku..hehe..tapi aku lagi suka kalau korang anggap setiap bait lirik ni adalah saat-saat manis bersama kawan-kawan korang..lagi best...

4. Bila Diri Disayangi by Ukays
- lagu zaman 90-an nih.. Memang menyentuh perasaan... Tapi bagi aku, lagu ni bersifat ketuhanan. Kau jangan anggap lagu ni dia tuju pada awek atau pakwek, tapi cuba dengar dari sudut ketuhanan plak..nanti mesti korang perasan punya lah..

5. Permaisuri by Hijjaz.
- aku suka sangat kalau en.future hubby aku tu nyanyikan nasyid ni untuk aku. (tp dia x pandai nyanyi...hehe) sebab aku akan rasa macam akulah wanita yang paling dia sayang dan hargai...


Tu je la top5 yang aku leh bagi... Kalau boleh aku nak senaraikan banyaak lagi.. Tapi dah PW nak 5 je.. Pe boleh buat... Kalau ada yang nak join, boleh tekan SINI kayh... Selamat berwacana!!!

6 comments:

Ummu Qaseh said...

Daripada segmen PW, 'tolong ingatkan aku', lagu favourite saya gak! Hehe.. Salam perkenalan~

MissNadh said...

kecuali "tolong ingat kan aku"..yang lain nak kene search dulu nih..huhu

E-ra paSha said...

dtg dri blog PW..waa bez2 lagu semua..e-ra da serch yg dipndk kecl 2 ...mmg sdih..
e-ra follow sini..

cik ungu said...

cik ungu suka semua lagu tu.!
semua blog yg cik ungu terjah..semua list lagu dorang cik ungu suka..
tamak kan..haha..
btw,salam kenal..

http://sitishafur.blogspot.com/2011/05/wacana-mesra-blogger-bersama-pw.html

Rahmad said...

salaam terjahan dari blog pw..

singgah sambil follow..

http://ceriterahmad.blogspot.com/2011/05/wacana-mesra-blogger-bersama-pw.html

Fari said...

Dari PW. Suka lagu Ana rafali :)

rajen dtgla singgah myblog,
http://fatinashifaroslan.blogspot.com/