Saturday, May 14, 2011

Nostalgia Zaman Persekolahan : Sekolah Rendah Seri Sekamat.

Assalamualaikum dan selamat tengah hari semua!!!

Aku nak sambung kisah nostalgia zaman persekolahan aku...hehehe.. Aku belajar lebih dari 2 sekolah, so banyak mende nak cerita... 7 hari 7 malam pon tak habis tau...hahahaha

Sekolah rendah aku yang pertama SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SEKAMAT , Kajang Selangor (1997-1998) kenapa 2 tahun jer? Sebab aku ikut mak ayah berpindah ke Pekan, Pahang.. Rumah aku yang sekarang.

Walaupun 2 tahun, tu tetap tahun pertama aku bersekolah dan masih lagi hari pertama aku sebagai murid sekolah rendah. Masa tu aku dapat masuk kelas 1Baiduri.. Dan aku takkan pernah lupa kenangan hari pertama bersekolah nih...hehehe...

Aku ni kidal, masa kecik aku ada masalah nak tulis huruf L .. Disebabkan kidal, aku selalu tulis L terbalik, jadi L ekor ke kiri...hehehe...

Masa hari pertama sekolah, cikgu bagi 1 kertas kosong dan mintak kami tulis A-Z.. Pasal aku tak reti nak tulis huruf L tu, aku nak tengok la kertas budak sebelah. Tapi hampeh, cepat je dia tarik kertas dia... Last-last redha je la kalau salah...janji aku tulis..hehehe...

Lagi satu kenangan darjah 1 yg aku tak boleh lupa, pasal lampu kalimantang yang pecah atas kepala aku tu.. Ada aku cerita kt post dulu, tak ingat yg mane...hehehe.. Kejadian Tu memang tak lupa sampai bila-bila.

Masuk darjah 2, aku tetap dapat kelas 2Baiduri jugak. Kelas aku kat groundfloor je, takyah susah payah nak naik tangga..hehehe... Aku sekolah darjah dua kt situ kejap jer... Tapi ada satu peristiwa yang membuatkan aku tetap ingat kat sekolah tu.

Aku budak darjah2, so kelas petang la kan.. Kebetulan anak sedara aku darjah 2 gak tapi kelas lain-lain. Yang aku ingat, masa tu takda cikgu kat kelas aku dan tiba-tiba aku nampak kelas anak sedara aku tu berasap kat belakang, bila tengok betul-betul upenyer ada kebakaran. Apa lagi, semua murid lari ke kantin. Berkumpul kat situ.. Aku ni risau kat anak sedara(apiz) aku sebab tu kelas dia, da la masa beratur tu tak nampak dia langsung. Aku ngan (shef) akak apiz puas la mencari apiz nih.. Sampai nanges-nanges ni haa... Risau kemain... Sekali tengok, budak tu dok melahap kt kantin....saborrr je laa... Membazir airmata tau! Hehehe....

Tu je kot cerita bosan aku untuk kali nih...heheehe..


Bubye!!! :D

No comments: