Beserdehana dalam berbelanja

Salam guys,

Hari ni hari pertama puasa untuk tahun ni, jadi aku nak ucapkan selamat berpuasa  yer.

Bila dah lame tak update, tak reti pulak nak bercerita. :p

Erm, first day puasa ni mesti ramai yang semangat membeli belah kan, lagi-lagi bab makanan. Aku pon tak terkecuali jugak. Kononnya untuk sahur dan berbuka.

Semalam balik dari membeli bahan untuk masak time sahur, tetiba ayah aku cakap <b>"orang kita ni, esok nak puasa, masa tu la nak borong sana sini. Kata nak sedia untuk bulan puasa, padahal esok tu puasa je. Bukan makan 3 kali sehari pun"</b>

Erm. Dok masak tadi aku terfikirkan balik kata-kata ayah aku tu. Ada betulnya jugak. Kita ni sepatutnya beserdehana dalam bulan puasa ni. Contohnya bab makanan ni la. Puasa bukan setakat niat dan puasa, tapi untuk kita rasa kesusahan orang lain yang tidak berkemampuan cam kita.

Kita masa berbuka, penuh meja makan. Bersusun haa segala jenis air dan kuih muih. Sampaikan banyak plak yg lebih lepas berbuka tu. Kan dah membazir tu.
Cuba bayangkan mereka yang tak berkemampuan tu, dapat berbuka dengan kurma dan segelas air pon diorang dah bersyukur sangat dah. Tapi kita ni, makan sampai sikit pon tak ingat tujuan berpuasa tu.

Tak salah nak makan sedap-sedap, tapi takyah la membazir. NAFSU je tu. Beli sekadar cukup je.

Aku membebel ni bukan sebab aku je yang baik or aku je yang tak membazir. Tapi aku nak mengingatkan diri aku dan readers lain untuk sama-sama beserdehana dalam berbelanja time bulan puasa nih.

Jadi sampai sini dulu aku membebel, nak g rebus laksa.

Salam dan selamat berbuka 2jam lagi! (^_^)

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Kita Berkawan?

Laksa Vietnam ( Bansong)

blog cik epal da dpt 2k++,aku?