Mimpi, Peringatan atau Mainan Tidur?
Mimpi ni dah lama dah.. mungkin dah sebulan atau dua bulan.. Ini bukan cerita rekaan, tapi ini apa yang aku alami sendiri. Ada orang kata tu semua mainan tidur, tapi aku anggap mimpi satu peringatan kepada aku sendiri. Lama aku pendam, aku cuma cerita kpd seorang kawan tapi hari ni aku nak cerita kat blog nih.
Mimpi yang sangat menggerunkan aku.. Suatu malam, aku bermimpi yang aku dibawa ke suatu tempat dimana ramai wanita sedang menunggu giliran untuk dihukum, termasuk diri aku sendiri. Satu tempat yang menakutkan dan penuh dengan jeritan kesakitan. Setiap orang diseksa dengan begitu kejam sekali. Aku terasa bahang kepanasan di tempat tu.
Aku tengok ada yang menjerit, ada yang menangis dan ada yang memohon ampun. Tapi semua tu dah terlambat. Tiada lagi keampunan dan tiada lagi kemaafan. Hanya menanti giliran untuk diseksa.
Setiap perbuatan seolah-olah diulang tayang semula. Saat seseorang tu membuka aurat, saat orang tu melakukan setiap dosa, semuanya diulang tayang.. Jelas! Tiada yang dapat disembunyikan lagi.
Tiba giliran aku .. Aku diikat pada seketul batu yang besar. Dan batu itu bergerak .. Selama batu itu bergerak, aku dapat lihat segala dosa yang pernah aku lakukan. Dosa apa? Biarlah aku dan Dia je yang tahu. Dari sekecil-kecil kesalahan hinggalah yang paling berat sekali. Tiada satu pun yang terlepas.. Ya Allah, banyak sungguh dosaku.. Aku menangis.
Setelah segala apa yang aku pernah buat ditonton semula, aku diseksa. Tak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata. Yang aku tahu, aku berharap ia satu mimpi dan aku ingin bangkit dari tidur saat itu jugak. Aku tak sanggup diseksa lagi. Sakit! Perit! Pedih! Walaupun aku menangis, meraung, kesakitan tu tetap tak berkurang.
Dan Tiba-Tiba….
Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Azan subuh berkumandang.. Aku tersedar dari mimpi, aku berpeluh, aku menangis… Ya Allah, adakah ini satu peringatan untuk ku agar ku kembali ke jalan Mu? ..
Saat itu aku ingin berubah. Berubah ke jalan yang diredhai.. Aku bersyukur kerana Allah masih menyayangi aku dan memberi ku mimpi tu..
Saat itu jugak aku ambil keputusan untuk berubah. Aku perlukan seorang pembimbing. Aku perlukan kawan-kawan yang menyokong aku. Aku perlukan kata-kata semangat. Aku putuskan hubungan dengan seorang yang dulu aku anggap kekasih. Maafkan aku. Sudah banyak dosa yang aku lakukan. Izinkan aku untuk berubah.
Aku bercerita bukan kerana ingin mengatakan aku yang terbaik atau aku sempurna. Tapi ini sebagai peringatan untuk aku dan pembaca lain.
Semakin hari semakin insaf. Aku cuba untuk berubah. Aku cuba untuk istiqamah. Aku berubah secara beransur-ansur kerana aku taknak semua tu cuma sekadar “hangat-hangat tahi ayam” ..
Ingatlah, hidup kat dunia ni sementara jer dan mati itu pasti.. :’)
Comments
Tak Semua Akan Merasai Mimpi Sebegini .
Ada Hikmah Kenapa Kita Di Berikan Mimpi Sebegini .
Bagus Untuk Di Kongsi Dan Bagus Untuk Di Jadikan Peringatan Diri .
Allah Tetap Adil Dengan Hambanya .
Bertaubat Adalah Jalan Terbaek Untuk Kita Semua .
InsyAllah Mendapat Keampuanan DariNYA .