Friday, July 29, 2011

Ramadhan 2011

 

Assalamualaikum guys,

Lagi 2 3 hari je dah nak kat puasa dah kita. Cepatnye lah masa berlalu.. Pejam celik pejam celik, dah masuk tahun ke 3 aku bakal berpuasa di U. Tapi mungkin tahun ni lain sikit.

Untuk semester ni aku cuma ada 2 kelas jer. Kebetulan paklong aku perlukan orang untuk jaga khemah kat bazar nanti. menjual baju raya. dan InsyaAllah aku akan jadi part timer di sana. Saja nak mencari rezeki lebih bulan puasa nih sebab aku ada hajat yang aku nak tunaikan.

Hajat tu, bukan la hajat nak meminang orang ke ape ke. Tapi aku nak belikan ayah aku baju melayu ngan kopiah dan tudung untuk mak aku. Nak belikan baju kurung untuk mak aku, susah sebab mak lagi selesa kalau baju tu ditempah. Kalau beli siap, mak tak suka..

So, nak sangat kumpul duit banyak sikit dan tunaikan hajat aku tu. tak dapat baju raya sendiri pon takper, janji untuk mak ayah ada.. ehehehe.. sesungguhnya, aku amat merindui mereka berdua.. Tak sabar nak balik Pekan, dan raya nanti la aku balik. Kiranya ni tahun ke-3 gak la aku tak dapat berpuasa ngan mak ayah. Aku anggap ni sebagai ujian aku sepanjang tahun.

Btw, paklong aku amek 2 tapak untuk berniaga tahun nih. 1 kat depan Plaza Metro Kajang dan lagi satu kat Jalan Reko. ada masa, moh le membeli belah yer.. ehehehe… :)

Tu je la post aku kali ni.. lately ni kekurangan dan kekeringan idea sikit. :) bubye!!!

No comments: