I'm Nervous Person

Assalamualaikum guys,

aku rasa sepanjang Jun dan Julai ni aku akan bercerita pasal training ajer.. ehehe... Kalau korang bosan, maaf la yer.

Sepanjang Soft Skill week yang lepas, banyak presentation yang dah kitaorang buat. Boleh dikatakan sepanjang 4 hari tu presentation ajer dan hari ke 5 mock Interview. Tu semua untuk gain knowledge kita pasal interview dan asah bakat kita dalam presentation.

Ada kawan aku kata, "kita diploma, kenapa nak mock interview jugak? biarlah budak degree tu jer yang buat" . Okeyh, sebenarnya mende ni diploma ke degree ke semua kena tahu jugak. Tak semestinya lepas degree jer nak kerja. Mana la tau kot kot korang nak g interview pas abes diploma ni, kan berguna pe yang korang belajar tu...

Ok, berbalik pasal aku seorang yang cepat gelabah, gementar dan sewaktu dengannya. Hehehe... kalau part presentation jer mesti ada kawan aku akan cakap " ala, kau mesti boleh buat sebab kau pandai..tak nervous" .. ahahaha.. tu luaran jer bebb.. Padahal aku ni memang cepat gementar. Pernah sekali masa pertandingan syarahan Agama, aku diam terpaku bila tengok muka juri. Sampaikan aku melalut apa kat pentas tu pon aku tak tahu dah.

Ada orang dia akan diam bila dia nervous atau gementar dalam bahasa melayunya. Dan lebih teruk, ada yang sampai boleh pitam bila gementar. Tapi aku, aku akan jadi banyak cakap bila aku gementar dan takut. Sebab apa? sebab aku nak kawal rasa gementar tu. Bila aku cakap banyak, orang takkan perasan yang aku ni tengah menggeletar ketakutan sebenarnya.. ehehe..

Camne pun, aku masih kena asah kebolehan aku dalam penyampaian maklumat biar apa yang aku cuba sampaikan tu orang boleh terima dan faham. If I can be a good presenter so the audience can be a good listener. huhu... speaking pulak dah aku.. ahahaha.. mana taknyer, sepanjang minggu speaking jer dalam kelas.. :p

So, kalau aku kata aku takut masa presentation, korang percaya lah.. ehehe.. jangan tertipu dengan muka aku yang macam selamber dan banyak cakap tu.. ahahaha...

teringat soalan Mr. M

Mr. M : Who are feeling fear while doing presentation.
aku : Me sir!!! (sambil angkat tangan)
Mr. M : you fear ar? saya tengok you cakap banyak jer.
Aku : ala sir, but yes im feel fear la.


haaa.... tengok tu, instructor training pon tak percaya yang aku ni penakut, cepat gementar dan gelabah.. ahahaha...

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Kita Berkawan?

Laksa Vietnam ( Bansong)

blog cik epal da dpt 2k++,aku?