Saturday, July 2, 2011

Three Types Of People

Assalamualaikum guys,

Entry lepas aku ada cakap nanti nak share ilmu dari apa yang aku belajar masa training kan. So, hari ni aku nak cerita pasal types of people. jom kita mulakan. Aku belajar bahasa Inggeris, tapi aku cerita kat sini bahasa melayu jer la yer. BI aku hancur...ehehe

Ada tiga jenis orang yang kita kena tahu.

1. Submissive
- Submissive ni orang yang kurang keyakinan diri. Asyik diam jer... Jalan pun tunduk ajer. Kebanyakkannya orang yang pendiam dan susah bercampur dengan orang lain. Kalau orang arahkan dia buat sesuatu, dia akan ikut jer dan memang dia takkan membantah. Kalau dia tak salah pon dia tetap mintak maaf. orang jenis ni macam hidup dalam dunia dia sendiri. susah nak bercampur dengan orang lain. Dia akan senyum pada orang yang dia kenal, kalau dia tak kenal dia tetap senyum tapi senyum yang dibuat-buat ajer..



2. Aggressive
- Aggressive ni orang yang terlebih keyakinan diri.. Haa!!! macam mana tu? ehehe.. meh aku cerita. korang tau tak cara orang bongkak berjalan? mendada jer kan.. Ok, orang aggressive ni memang macam tu lepas tu susah nak senyum. Semua yang dia buat dan dia cakap, dia aja betul. Orang lain semua salah. Lepas tu, dia bukan jenis yang nak jaga hati orang lain. Cakap main lepas ajer. tapi aku rasa, korang pon boleh bayangkan agresif tu macam mana kan. so, korang bayangkan la eyh.. eheheh



3. Assertive
- Assertive ni kira jenis orang yang paling OK lah. Cara jalan, tegap tapi bukan mendada. Bila bercakap, eye contact dia ok. Sentiasa senyum. Dan orang jenis ni suka bertukar-tukar pendapat. Kiranya dia akan respect pendapat orang lain. Orang macam ni memang bagus sebab tak terlalu kurang keyakinan diri dan tak TERlebih keyakinan diri. Ngam-ngam ajer..




So, dari tiga-tiga yang aku cuba terangkan kat atas tu. korang ni orang yang macam mana yer? ehehehe... kalau aku, Assertive. Sebab aku memang mudah tersenyum. Tak terlalu pentingkan diri, dan tak terlalu takut untuk pertahankan diri aku sendiri. :) ..

2 comments:

ain hamzah said...

folo u with new account..totally new me..folo me back:)

BLADE EDGE said...

Assalamualaikum...


saya just blogwalking kat sini. baru tahu pasal blog ni..

anyway kalau ada masa, silalah berkunjung ke blog saya.

happy blogging :-)


regards,
BLADE EDGE