Chance & Passion

 

Assalamualaikum guys,

Hari ni nak cerita pasal tajuk entry terperap nih.. heeheh… Chance and passion.. Kalau dalam bahasa Melayunya Peluang dan Keghairahan. Tapi perkataan “keghairahan” tu macam pelik ajer bunyi nyer.. sebab tu aku lagi suka guna perkataan omputih tu.. takde lah budakbudak akan fikir pelik dengan perkataan “keghairahan” tu. :)

Sekarang aku berdepan dengan situasi dimana aku mempunyai keinginan dan passion yang tinggi tetapi tidak diberi peluang untuk memenuhi keinginan aku tu.

Dalam tempoh beberapa minggu ni aku join program LINUX dan ERP system. Sebelum ni tawaran diberikan kepada pelajar Diploma dan Ijazah. Tpai secara TIBA TIBA aje, rules and regulation bertukar dan pelajar Diploma tak boleh nak join program tu. agak sedih la jugak.. dah semangat tempah hostel dan bayar ape semua tiba-tiba jadi macam tu plak. Seriously, sakit hati tu ada tapi apa boleh buat.. Terima aje la kan..

Tapi syukur Alhamdulillah, kami tetap diberi peluang oleh Trainer kami. Mr.M bagi peluang untuk kiteorang belajar sama tapi takde sijil dari pihak yang sponsor student Ijazah tu. Takpe la, at least aku still dapat belajar apa itu LINUX dan ERP.

Kau ingat, senang nak belajar semua tu dengan PERCUMA??? melainkan kau betul betul hebat dan boleh belajar dari buku tanpa seorang GURU??? tak boleh weyh… sehebat mana pun kau, kau masih perlukan seorang GURU untuk mendidik kau dan memberi tunjuk ajar pada kau.. Kalau tak setuju, sila bergaduh dengan aku!!! ahahahaha

tadi, dapat tahu yang kiteorang akan diberi sijil LINUX sahaja dan bukan ERP System. But its OK la, sekurang-kurangnya ada jugak sijil walaupun LINUX. Sebab sekarang ramai orang berlumba-lumba nak belajar LINUX, tak semua syarikat yang ada kat Malaysia ni mampu nak beli software yang mahal tu. So, solusinya mereka akan guna Freeware Software untuk menjimatkan kos diorang. Kalau kau dah expert LINUX, kau dah kira bertuah macam Mr. M .. beliau dibayar untuk mengajar LINUX dengan nilai yang tinggi…

LINUX is Free, but the person who are expert in LINUX are precious and expensive. :) Kalau tak setuju gak ngan aku, sila bergaduh!!! ahahahah…

OK lah, aku menaip kat dalam kelas ajer ni. Need tu concentrate  and FOCUS!!! ehehehe… Maaflah, kali ni aku membebel panjang. Aku cuma nak orang bersyukur dapat belajar tanpa keluarkan 1 sen pun. Kalau kat luar, dah beriban kena bayar nih… Bersyukur dengan apa yang kamu dapat kerana ilmu itu adalah wang. Bukan sekadar duit yang kau bayar yuran ape tu jer, tapi termasuk Duit yang kau dapat bila orang perlukan perkhidmatan kau!!!

 

Sekian, salam jumaat!! :)

notajari : Balang ilmu takkan pernah penuh walaupun diisi dengan banyak mana pun ilmu yang kau dapat. :)

Comments

romidanoli said…
ade peluang je nak cari ilmu kat mna2..tpi kadang kte yg berat nak amek ilmu tu
MalizaMah said…
Hai...
Tgk entry n klik2... sama2 jana tabung...
Singgah seketika di laman saya dan klik2...
Moga berjay dgn nffng...
Salam perkenalan.

Popular posts from this blog

Kenapa Kita Berkawan?

Laksa Vietnam ( Bansong)

blog cik epal da dpt 2k++,aku?