Sudah Jatuh Ditimpa Tangga!
Assalamualaikum guys,
hari ni aku rasa lemah sangat.. Bukan kerana aku demam ataupun aku lemah sebab belum makan. Tapi aku lemah sebab bulan ni jer pelbagai dugaan yang aku hadapi.. Sedih, memang sedih.. Dan segala kesedihan yang aku sembunyikan tu tak dapat lagi aku bendung malam tadi. Hurm, cukuplah dengan madah puitis aku nih. Sekarang masuk mod biasa semula.
Minggu lepas, aku kehilangan external hardisk aku yang aku beli guna duit aku sendiri. Semua maklumat ada dalam tu termasuk final year project aku. Sangat berat nak terima kenyataan, tapi apakan daya mende dah takde. Kena lah terima jugak.
Lepas tu aku diuji dengan masalah dalaman aku, boleh dikatakan masalah yang agak peribadi untuk aku ceritakan di sini. Kalau aku cerita kang lagi banyak la masalah yang datang nanti. Dan yang pasti, sejak akhir akhir ni jiwa aku sensitif sangat. Mudah terasa hati tapi aku pendamkan aja. Aku anggap semua tu hanya 1 gurauan dalam kehidupan.
Semalam pulak, aku baru dapat tahu 2 subjek yang aku nak amik semester ni tak di offer oleh pihak universiti. Maknanya, semester akan datang baru ada subjek tu lagi. Dan aku just boleh ambil 1 subjek jer semester nih. Sesungguhnye aku dalam dilema. Ye, aku boleh buat rayuan.. Tapi untuk 1 subjek je, subjek fakulti aku. Yang lagi 1 tu, kena discuss ngan fakulti lain.. Hurm.. Kalau korang pening baca bab ni, aku lagi pening nak fikir pasal nih..
Sekarang mata aku dah sembab gara gara fikir tentang study. Sampai satu tahap di mana aku rasa aku dah gagal, aku nak tarik diri!!! Tapi, bila aku fikirkan mak dan ayah, aku tahu yang aku tetap kena usaha sampai aku berjaya tak kira berapa lama pun masa yang aku ambil.. Janji aku berjaya..
Kalau korang di tempat aku, apa yang korang buat?
A) ambil final year project jer sem nih.
B) tangguh semester lagi sekali dan ambil semua sekali.
Notajari: sebelum ni pun aku dah tangguh semester atas sebab sebab yang tertentu. Kalau aku tangguh lagi, maknanya aku tangguh 2 sem berturut-turut...

Comments
kalu ambik je 1 subject 2..ok jgk sbb bule score subject 2..
at least 4 flat..
sha doakan fara terbaik la...