Friday, August 26, 2011

Harapan Syawal..

 

Assalamualaikum guys,

Nak dekat raya dah kan..sedar tak sedar dah hujung bulan dah pun… Aku plak semakin sibuk sebab nak kat raya ni makin ramai pelanggan datang beli baju raya..

Macam yang korang dah tahu, tahun ni aku kerja ngan paklong aku sebab aku nak cari duit lebih.. Duit untuk beli baju raya aku, mak, ayah n share beli baju en.boyfie aku..

Syukur Alhamdulliah, semua tu aku dah tunaikan.. Semalam, bila dapat belikan baju untuk mak aku, hampir mengalir airmata ni. Rasa bersyukur sangat-sangat aku dapat beli baju tu.. Tapi aku tahan airmata tu sebab ramai orang kat shopping mall tu.. Baju mak, set ngan tudung sekali..

Hari ni settle baju ayah.. Baju melayu, kain pelikat n kopiah.. Hari ni pon airmata aku hampir mengalir sekali lagi sebab aku berjaya tunaikan hajat aku..

Hajat terbesar aku tahun ni, aku nak beraya ngan mak ayah aku.. aku nak ada ngan mak ayah aku sebelum malam raya.. dan aku nak semua pakai baju yang aku belikan masa hari pertama raya… aku harap sangat…

Itulah Harapan Syawal aku tahun nih.. Dan aku harap apa yang aku inginkan akan tertunai… InsyaAllah…

2 comments:

msredcheesecake said...

pengalaman belikan persiapan raya utk parents mmg mabeles...tacing...

selamat hari raya maaf zahir batin

Siti Farah said...

thanks sudi singgah.... SElamat HAri raya jugak misred!! :)