Wednesday, January 12, 2011

Senang Nak Buat Orang Fikir Positif Tapi…

salam guys,

Hari ni tetibe rasa cam nak mengupdate blog la plak kan… Actually, hari-hari rasa macam nak update cuma tahap kemalasan tu lagi tinggi dari tahap kerajinan, tu pasal la aku tak update blog nih sampai dah berhabuk dan berkulat bagai… Haiaasssh…ape la nak jadi ngan anak dara sekarang ni kan…hehehehe….

Ok, cukup la dengan intro yang tak seberapa tu kan….huhu… Malam ni aku nak cerita sal konflik yang melanda diri aku nih..

Masalahnyer macam ni, aku ni senang nak nasihatkan orang lain bila orang tu ada masalah jiwa dan perasaan nih, tapi bila turn aku tak ada siapa leh wat aku berhenti menangis dan menangis. Even aku sendiri pon susah…. Susah kan? kan? kan?

Aku dah tak tahu nak buat macam mana dah. Kadang malu kat diri sendiri.. YE r, bukan ape, kau pandai giler nak nasihatkan orang tibe-tibe part kau, kau plak yang menggelabah semacam kan... Tak ke pelik tu? hurm…

Ni bukan aku sendiri la yang cakap, tapi da ramai kate kat aku macam tu… Bangga pon ade tapi Malu lagi la ada…

yang aku peliknyer, ramai member yang ada masalah cintan cintun nih datang cari aku…Aku nih dah macam dokter cinta la plak…huhuhu… padahal, masalah aku sendiri bertimbun…kesian aku weyh!!!

Macam mana lah aku nak settlekan konflik diri aku nih???

Any Ideas???

No comments: