Di Sebalik 3 Idiots.

Salam guys, entri 4 pagi…huhuhu…

Farah baru je habis layan cerita hindi “3 Idiots”, lakonan Amir Khan ngan Kareena Kapoor. Hehehe… Tengok macam takda kerja je kan sampai boleh layan movie. :) ..Al-Maklum, sekali sekala menghilangkan bosan. Dapat movie ni pun dari cik NANA masa group discussion untuk final project. Dah alang-alang tu, layan la terus kat rumah kan. Kat sini farah bukan nak cerita di sebalik tabir 3 Idiots ni tapi farah nak cerita pengajaran yang kita dapat dari cerita 3 Idiots nih. Tengok jer Tajuk filem macam tu, tapi intipatinya lebih dari apa yang kita bayangkan.

3-idiots-lesson-for-bloggers

Ni antara yang Farah dapat dari cerita nih….

1. Buat sesuatu yang kita betul-betul minat!!!

Ok, ni penting yer lagi-lagi bagi student kayh!!! Macam farah sendiri la kan, sebenarnyer course IT ni boleh dikatakan jurusan pinggiran hati jer. Minat tu minat la tapi takde la ghairah sgt kan cuma gitu-gitu ajer..hehehe… Zaman sekolah dulu memang minat Sastera ngan Engineering, tapi apa boleh buat dah rezeki kat bidang IT so terima je la . Dan Farah bersyukur sangat-sangat bila Farah boleh bawak course nih, (boleh bawak tu bukan la macam bawak kete or motor tapi yang saya maksudkan saya boleh terima jurusan ni dalam hidup saya) Alhamdulillah sekarang ni pointer masih lagi ok dan faham apa yang pensyarah cuba ajar dan sampaikan masa kat dalam kelas.  Tapi, ada orang yang tak minat akan rasa betul-betul bosan bila belajar IT sampaikan ada sesetengah orang kata belajar IT tu susah dan payah. But then bila Farah dah lalui sendiri, what I can tell you guys is “IT is EASY to Understand esp Programming” … kalau Networking tu, saya sendiri tarik diri kayh sebab memang tersangatlah tak minat…hehehehe…. so, kalau tak minat pon, kita kene pupuk semangat dan perasaan minat kat mende tu. Anggap jer mende tu BF kita kayh!!! hehehe….

 

2. Percayakan Diri Sendiri. (Aal Izz Well)

Dalam cerita nih, setiap kali si Rancho tu berdepan ngan something dye akan sebut “Aal Izz Well” takpun lagi senang faham “All Is Well” (semua baik-baik sayang….eyh….silap….semua baik-baik saja..hehehe). Dia kata setiap kali kita sebut itu akan bagi semangat pada kita. Memang ayat tu tak boleh selesaikan masalah kita tapi ia boleh bagi kita semangat juang yang tinggi untuk berdepan dan selesaikan masalah yang kita hadapi. Jadi selalu la ingat All Is Well yer…hehehehe…

 

3. Cara pembelajaran & Pengajaran.

Korang perasan tak cara belajar yang diorang cuba sampaikan iaitu FAHAM & bukan HAFAL!!!! Yes, fahamkan apa yang kita belajar dan bukan hafal apa yang kita baca yer kawan-kawan. Even Farah ni bukan lah seorang pelajar yang cemerlang yang dapat 4flat setiap semester tapi Farah memang amalkan cara nih. Bila kita faham apa yang kita belajar, kita akan cuba praktikkan semua yang kita faham tu dalam aktiviti harian kita dan bila kita dah praktikkan semua tu, secara automatiknya kita akan ingat apa yang kita belajar tu tanpa memaksa otak kita untuk menghafal dari A-Z. Berbanding dengan kita menghafal 1 buku setiap subjek yang kita belajar tu.

Contohnya macam ni lah kan,

Situasi A - Amat ni seorang pelajar yang sangat-sangat rajin. Tapi dye susah nak dapat result yang super duper bagus time exam berbanding kawan-kawan dye yang study biasa-biasa jer. Setiap hari Amat akan baca buku dan cuba menghafal setiap patah perkataan yang ada dalam buku tu, Kalau boleh, dye nak jer minum air rebusan buku tu sampai dye leh ingat semua mende. Bila nak dekat exam, Amat semakin tertekan bila memikirkan banyak lagi yang belum dihafal sampaikan dye tak tidur sebab nak hafal semua mende tu. Bila masuk dewan Exam, Amat jadi blur dan blank. Seterusnya Amat tak dapat nak jawab soalan-soalan exam tu dengan baik sebab dye da mula konfius dengan apa yang di hafal nya…

Situasi B – Ali ni pulak seorang student yang memang sempoi habis tak serajin Amat tapi mungkin time exam dye lebih hebat dari Amat. Ali seorang yang suka mempraktikkan apa yang dye belajar masa dalam kelas. Ali ke kelas berbekalkan 1 buku nota n sebatang pen. Masa cikgu mengajar, Ali bagi 99% perhatian pada cikgu tu dan faham apa yang cikgu tu ajar. Bila balik rumah Ali cuma perlu selak buku tebal-tebal tu sebagai bahan rujukan sahaja. Satu hari Ali menghadapi masalah di mana Laptop dye tak boleh nak on. Mungkin ada File yang berkurap(corrupt). Dengan berbekalkan buku nota Rm1.50 dan Buku tebal yg dipinjam di Library, Ali cuba menggodek dan membetulkan Laptopnya sendiri. Akhirnya Ali pon berjayaa….. Bila time exam, ada 1 soalan ni tanya apa step yang perlu diambil untuk Reboot OS dan Ali pon teringatlah apa yang dye buat masa betulkan Laptop dye. Maka Ali dapat jawab semua soalan tu dengan senang dan mudah sekali yer anak-anak.

Haa….kat situ kita dah boleh tengok implikasi dari cara kita belajar sama ada cara tu berkesan ke tidak kat kita. huhuhu… tapi kalau boleh bawak dua-dua cara lagi bagus confirm leh ganti Professor Klon tu nanti…hehehehe…

 

3. Kejar Kesempurnaan dan Kejayaan Akan Menyusul Kemudian.

Ini memang betul pun, bila kita berjaya tak semestinya kita sempurna tapi bila kita sempurna dah pasti kita berjaya, betul tak? hehehehe… Kita boleh kira berapa ramai orang yang mengejar kejayaan dan berapa ramai orang mengejar kesempurnaan. Mungkin nisbah utk kejayaan dan kesempurnaan adalah 2:3 … hehehe(pepandai je aku nih)… Macam aku sendiri, aku sibuk mengejar kejayaan tapi aku lupa tentang kesempurnaan sampailah aku teringat bahawa “ senang untuk berada di Atas dan sukar untuk mengekalkan posisi tersebut” …ceewah!!! bg ayat senang jer…

 

4. Belajar kerana Ilmu bukan kerana Nama.

pernah dengar tak ayat ni “aku Menulis Bukan Kerna Nama” ? .. Haa, siapa yang tak tahu meh aku gitau yer, tu lirik lagu Ramli Sarip tu… Cuba korang fikir, berapa ramai orang yang belajar sebab nak ILMU, berapa ramai orang yang belajar sebab nak KERJA yang gaji riban-riban dan berapa orang yang belajar sebab ikut cakap mak ayah? hurm,aku yakin orang yang nak belajar sebab nak tambah ilmu tu sikiiiit ajer sebab sekarang semua orang nak kaya harta.. Bak kata member aku yang sorang nih “ Terima kasih tak boleh bagi kau makan tapi duit boleh” maksudnya lebih kurang camni la, konon korang terangkan 1 subjek yang member korang tak faham sampai berbuih mulut korang tapi akhirnya korang just dapat ucapan terima kasih jer, air mineral pon tak dapat..huhuhu…kesian weyh…hehehe….tapi aku ingat lagi masa darjah 5 cikgu aku ada cakap “kalau awak belajar sebab nak lulus exam, awak akan lulus. Tapi kalau awak belajar sebab nak kerja, awak akan dapat kerja”. Lebih kurang cam jurulatih PLKN aku cakap “kalau awak bercinta sebab nak bercinta, awak takkan kawin. tapi kalau awak nak bercinta sebab nak kawin, awak akan kawin jugak….kita tak semestinya akan berkahwin dengan org yg kita cinta dulu” … ha, macam tu la kan…. so, Belajarlah sebab korang nak kejar ILMU dan bukan sebab korang nak dapat PHd semata yer….

 

5. Persahabatan.

Sumpah aku cakap, aku menangis bila tengok persahabatan yang terjalin dalam cerita nih!!! buat aku lebih saaaayang kawan-kawan aku tau!!! heheheehe…. bila seorang ada masalah, yang lain akan datang bagi sokongan. Sahabat yang baik akan membantu rakannya berjaya dan mendorong semangat rakan-rakannya untuk berjaya. Sedih wohhh….. … T__T

 

6. Jangan Pandang Rendah pada orang lain!!!

Haaa!!! ni penting!!! jangan sesekali pandang rendah pada seseorang kayh!!! kelak kita yang malu sendiri nanti…  Jangan korang ingat, korang dah berjaya ,hidup mewah korang leh kutuk orang lain sesuka hati jer tau. Korang kena faham setiap manusia ada keistimewaan dan kelemahan masing-masing, jadi jangan pernah ada perasaan PERASAN HEBAT tu tau!!! hehehe….

 

OKLAH, aku dah rasa mengantuk pulak nih…hehehe…kalau nak tau pe lagi pengajaran yang korang leh dapat, Tengok lah cerita ni sendiri yer!!! Confirm best wohh!!! memang terbaek la!!!! lagi-lagi untuk student cam aku nih!!! hehehee….

Mau Tido!!! ~lalala~..

Sekian,

Penulis yang tak bertauliah…

sayalah… :)

Comments

Popular posts from this blog

Laksa Vietnam ( Bansong)

Apa itu SOM TAM?

Siapa nak bela HARIMAU?