My Name is Khan

Salam guys,

Lama tak update blog nih, hehehehe… :).. nak kata sibuka sangat tu tak adalah tapi semalam tak berapa sihat. Kelmarin kan tak tidur so perut masuk angin & sakit sangat-sangat lalu diri ini tidak dapat hadir ke kelas. hurm…bukan malas tapi tak sihat yer.

Petang semalam ada tengok cerita My Name is Khan lakonan Shah Rukh Khan & Kajol. Memang cerita ni dah lama tapi baru ada kesempatan nak tengok. Kalau sebelum ni cerita pasal Filem 3 Idiots jadi kali ni nak cerita pasal My Name is Khan pulak.

my-name-is-khan

Rasanya dah ramai yang tengok cerita ni dan dah tau jalan cerita ni, tapi ada sesetengah orang cakap cerita ni tak best dan membosankan. Boleh saya tau part mana yang bosan tu??? hehehe.

Macam biasa, aku bukan nak bagi sinopsis cerita tapi aku nak bagitau pengajaran cerita ni yang aku dapat pas tengok cerita ni sampai habis.

Dalam My Name is Khan ni, dia menceritakan tentang seorang insan yang menghidapi Autism. Pada yang tak tahu apa itu Autism, kat sini aku nak terangkan sikit jer dari info yang aku dapat pas tanya kat en.Wikipedia nih.

Autism is a disorder of neural development characterized by impaired social interaction and communication, and by restricted and repetitive behavior. These signs all begin before a child is three years old. Autism affects information processing in the brain by altering how nerve cells and their synapses connect and organize; how this occurs is not well understood.  It is one of three recognized disorders in the autism spectrum (ASDs), the other two being Asperger syndrome, which lacks delays in cognitive development and language, and Pervasive Developmental Disorder-Not Otherwise Specified (commonly abbreviated as PDD-NOS), which is diagnosed when the full set of criteria for autism or Asperger syndrome are not met. "

*sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Autism 

Haaa…tu dia.. tapi kalau setakat copy paste jer, better korang cari sendiri kan? Jadi dengan berbesar hatinya aku nak terangkan apa yang aku faham tentang Autism nih.

Mereka yang mengalami Autism ni tak sama macam kita yang normal ni tau. Tindak balas diorang dan cara pemahaman diorang berbeza sama sekali ngan kita. Kita tak boleh nak layan diorang macam kita layan orang normal. Majoriti daripada mereka tidak tahu untuk meluahkan perasaan diorang sama ada suka, sedih atau marah. Kita juga harus bercakap berulang-ulang kali supaya mereka boleh faham apa yang kita cuba sampaikan. Mereka juga jenis suka menyendiri dan mudah takut kepada sesuatu benda dan ketika berada di tempat baru.

Tu jer yang aku leh terang kan, selainnya boleh rujuk SINI.

my name is khan 2

Berbalik pada My Name is Khan. Rizvan Khan seorang kanak-kanak genius yang menghadapi Autism. Boleh menghafal pelbagai perkara tetapi lemah kerana takut pada keadaan sekeliling. Macam aku cakap tadi, aku taknak bagi sinopsis cerita nih tapi aku nak bagi pengajaran yang ada dalam cerita ni.

 

1. Yakin Pada Diri.

dari cerita ni kita akan nampak Rizvan Khan itu seperti seorang pemuda yang hidup dalam ketakutan, walhal ia tidak sama sekali. Rizvan Khan adalah seorang yang percaya pada Tuhannya bahawa Allah akan sentiasa membantu hambaNya dan dia percaya setiap kata-kata mak dia. Jadi setiap perkara yang dia lalui dia akan ingat pesan mak dia dan dari situ dia akan yakin pada diri dalam setiap perkara yang dia lakukan. Kerana keyakinan yang tinggi tu, akhirnya dia dapat jumpa President.

2. Semua Orang Sama

Dalam dunia ni, semua orang sama. Darah sama Merah, Hidup kat Bumi yang sama dan Bernafas pada udara yang sama. Jadi kenapa mesti ada perbezaan antara Agama dan Bangsa seolah-olah kita ni hidup dengan membezakan kasta setiap orang. Apa yang membezakan kita adalah amalan kita. Betul apa yang Filem ni cuba sampaikan. Dalam dunia hanya ada 2 jenis manusia, pertama, orang yang baik melakukan perkara baik dan kedua, orang yang jahat melakukan sesuatu yang jahat. Jadi kesimpulannya, hidup kita semua sama perbezaan antara kaum sekadar luaran tetapi masing-masing menpunyai tujuan hidup yang serupa.

3. Hidup kena Berilmu

Kenapa aku cakap camtu sedangkan tak nampak sangat pon dalam cerita ni. Tapi kalau perhatikan betul-betul, itu yang pengarah cuba sampaikan pada kita semua. Ilmu tu bukan sekadar ilmu dunia macam Metamatik dan Fizik tapi termasuklah Ilmu agama dan Akhirat. Masa part last tu, Rizvan Khan ada singgah di satu masjid untuk solat dan kebetulan ada seorang lelaki sedang menyampaikan tazkirah tentang pengorbanan Nabi Ibrahim A.s yang menurut perintah Allah untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s . Tapi dalam masa yang sama lelaki tersebut (Dr.Feisal Rehman) cuba memesongkan informasi yang disampaikan dengan mengatakan Allah memerintahkan diorang untuk berperang dan berkorban dengan saling berbunuhan. Sedangkan Allah membenci peperangan dan mintak kita berbaik dengan semua orang tanpa kira agama. Bila Rizvan Khan mengatakan itu salah dan berkata bukan Allah yang perintahkan macam tu. Semua orang tanya siapa yang perintahkan dan Rizvan kate Syaitan. Kat situ kita leh tengok kalau  orang- orang yang tak ada ilmu pasal tu akan terpengaruh dengan kata-kata orang macam DR.Feisal Rehman tu. Jadi Ilmu tu penting.

4. Saling Membantu.

Dalam filem ni kita tengok Rizvan Khan sentiasa membantu orang yang dalam kesusahan. Bila dia tolong orang, orang tolong dia balik. Sebab tu orang tua dulu-dulu ada cakap “buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali”. Dia tolong orang tanpa kira siapa orang tu sampai sanggup meredah hujan dan ribut. Tapi kalau tengok zaman sekarang, berapa orang boleh buat macam tu? Dah la Rizvan tu autism. Hurm….

5. Berpegang pada janji.

Lepas kematian Sam (anak pada Mandira) , Mandira salahkan Rizvan atas kematian Sam dan mintak Rizvan jumpa President dan katakan yang “My name is Khan, and I’m not A terrorist” . Tanpa berfikir panjang, Rizvan ni cuba kotakan janji dia walaupun kita tahu tu sesuatu yang mustahil. Dia sanggup berhujan, berpanas, buat kerja baiki barang rosak semata-mata nak duit sebab nak jumpa President walaupun tu makan masa bertahun jugak dan akhirnya apa yang dia buat tu berbaloi walaupun pada saat akhir dia di tikam oleh pengikut DR.Feisal Rehman tu. Sebab nak tunaikan janji dia pada Mandira dia kuatkan jugak semangat dia tu sampailah dia berjaya.

 

my-name-is-khan (1)

Haaa…tu je la yang aku nak senaraikan. Ada banyak lagi tapi da letih nak taip dan korang mesti da letih nak baca…hehehehe…. Nak layan movie lain plak…

 

bye-bye….

 

Sekian,

Penulis yang tak bertauliah

Sayalah :)

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Kita Berkawan?

Laksa Vietnam ( Bansong)

blog cik epal da dpt 2k++,aku?