Thursday, January 20, 2011

Tolong Ingatkan Aku…

Tolong ingatkan aku, Kisah Kau Tersedar dengan Saku Penyeluk Masa….

hehehehe…Jangan Salah faham yer… aku bukan nak bagi lirik lagu TIA nih tapi aku nak cerita apa yang jadi kat aku bila TIA ni menang Anugerah Juara Lagu 25 baru baru nih…. :)

Actually bukan apa pon, cuma aku dah tunaikan janji aku yang aku akan pakai baju kurung bila Ana Raffali menang AJL25 tu aku dah tunaikan. Pada yang tak tahu, aku sebenarnya dah berjanji kat diri aku yang aku akan pakai baju kurung utk ke kelas sepanjang minggu ni dan akhirnya aku dah berjaya tunaikan janji aku… hehehe… bukan pe, aku gembira la sangat-sangat bila Ana ni menang…

Pada yang dok kutuk-kutuk Ana Raffali ni, terpulanglah pada diri korang. Korang kutuk pon korang dapat dosa but Ana still won okayh!!! (RM35ribu..byk tu)  Aku bersyukur sebab M.Nasir memang profesional bila dia boleh menilai kehebatan lagu Tolong Ingatkan Aku tu. Lagu tu bagi aku, lagu yang terhasil dari jiwa sendiri sebab aku boleh rasa lagu tu masuk dengan jiwa aku. Bukan nak kata lagu Cinta Sempurna by Yuna tu tak best or lagu-lagu lain tak best cuma aku rasa setiap bait lirik TIA tu memang sangat bermakna.

Setiap lagu yang bertanding kat AJL 25 kali ni memang ada maksud tersendiri utk aku… meh aku senaraikan yer…

1. Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali :- bila dengar lagu ni aku akan teringat pada sidia, saat-saat yang kami lalui bersama, selalu aku akan betul-betul feel lagu ni bila aku ada problem dengan dia. Setiap baris lirik tu memang tersangat bermakna so, aku suka semua sekali. Tapi secara jujur, masa mula-mula dengar lagu ni memang aku tak suka, bila dah hayati lirik tu baru la aku minat sampai sekarang.

2. Cinta Sempurna – Yuna :- First time dengar lagu ni kat radio aku terus minat lagu ni. Tapi fahaman aku untuk lagu ni aku lagi suka fikir yang lagu ni sesuai untuk mak ayah aku bila part lirik

“Sempurnanya sifatmu
Telusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesbrnmu
Lepaskanlah diriku
Kerna aku
tak mampu tuk memnaggung sebuah cinta sempurna
Darimu”

Pelikkan aku nih…huhuhu… tapi nak wat cam mane kalau dah tu yang aku rasa masa first time dengar lagu nih.

3. Hanyut – Faizal Tahir :- Haa, lirik lagu ni aku baru faham 2 minggu sebelum AJL25, masa tu aku kat dalam kereta on the way balek rumah dari Tesco Kuala Selangor ngan housemate aku. Bila aku dah faham aku terus dengar dan dengar lagu ni. Pada pendapat aku lagu ni mengisahkan percintaan sepasang kekasih yang begitu mendalam sehinggakan setiap masa dia teringat pada kekasih dia. dan semakin lama dia hanyut di bawa deras arus cinta…. ceeewah!!!! hikhikhik…. :p

4. Selamat Malam – Faizal Tahir lagi…. :- Lagu ni plak macam mintak kita lupakan semua kisah yang dah berlalu hari ni dan mulakan hidup yang baru pada esok pagi. lebih kurang macam tu la dan aku macam tak percaya anak buah aku yang darjah 1 tu dah hafal lagu nih…. kuat gak aura Faizal Tahir nih!!!

5. Sofea Jane – Black :- hahh!!!! lagu ni buat aku tertanya sampai sekarang kenapa mesti letak tajuk “Sofea Jane” nape tak letak nama “Siti” ke, “Siti Farah” pon macam ok gak…hehehehe…. Lagu ni pun best jugak… tapi aku tak reti nak terangkan perasaan yang aku rasa bila dengar lagu nih…

OK lah, tu 5 lagu yang aku suka…kiranya paling minat la kan… top 5… dan Aku rasa semua pemenang AJL25 memang layak untuk menang. yang tak menang tu, anda masih lagi pemenang di hati peminat anda.

Hehehe….terlebih cerita plak kan… Padahal nak citer sal pakai baju kurung tu jer entry kali nih….huhuhu…

Goodnight Everybody!!! Wan An!!! Assalamualaikum!!!

2 comments:

aizuemi said...

yezza.. sy suke bile anda adalah salah sorg yg menyokong kemenangan Ana Raffali.. sbb sy rs dia layak.. bukan nye tak layak utk menang langsung..

sy juga suke lagu2 lain.. dan sy tak kisah pun sape yg menang.. hehehe..

Siti Farah said...

aizuemi: org mmg suke lagu ana ni n dia mmg layak utk menang...hehehe...suke gak bile ada org sokong ana menang!!! :)