Hidayah. Cari ke Tunggu?

 

“Alaaa..Tak dapat hidayah lagi, da sampai seru kang aku berubah la….”

Haaa.. Tu la ayat yang biasa kita dengar bila orang tak sedia nak berubah. Aku akui, dulu aku pon cakap camtu jugak. Konon hidayah tak sampai lagi padahal diri sendiri yang tak sedia lagi nak berubah.

Upssss!!! Aku bukan bercakap tentang orang yang bernama “Hidayah” tapi pasal Hidayah Allah.

Bagi aku, hidayah or petunjuk nih macam duit tau. Duit tu korang kene cari, kalau setakat duduk tunggu duit jatuh dari langit memang kebulur la korang nanti kan?! Ada duit, korang boleh hidup senang. Ada duit, korang kaya. 

Macam tu jugaklah hidayah. Korang kene cari, bukan nak tunggu jer okeh. Dapat hidayah, boleh berubah dengan lebih baik dan ikut perintah Allah. Ikut perintah Allah, dapat pahala. Dan pahala tiket untuk masuk syurga.  Kalau korang nak tunggu jer, buatnye sampai mati tak dapat hidayah, tak ke rugi? Ingatlah kawan-kawan, mati tu sentiasa dekat dengan kita. Kalau Allah nak, sekarang pon Dia boleh tarik balik nyawa kita ni tau.

Aku bercakap bukan bermakna aku ni terlalu baik, tapi aku nak kita sama-sama beringat. Aku tak kisah kalau ada yang nak ungkit sejarah silam aku dan kata aku ni kononnya berlagak alim. Itu mende yang dah lepas, aku adalah aku yang sekarang. Siapa aku sekarang, biar aku dan Allah je tahu. Smile

So, carilah hidayah sebelum terlambat. :’)

Comments

Unknown said…
cik siti sokong....=)
Unknown said…
@eimah siti Thanks sudi singgah kat sini dan sokong kate-kate sy.. :)

Popular posts from this blog

Laksa Vietnam ( Bansong)

Apa itu SOM TAM?

Siapa nak bela HARIMAU?