Kasih Itu Penawar, Cemburu Itu Racun 2...

Assalamualaikum guys...

Bersambung kita dalam rancangan Soal Hati yang di hostkan oleh saya sendiri, Farah!! Haaa...bangun nak ke mana tu? Baca dulu, dah habis baru buat kerja lain..hehehe.... Melalut lagi...

Dalam post sebelum ni aku ada cakap yang banyak mende kita boleh buat untuk hilangkan rasa cemburu tu kan.. Meh aku senaraikan.. Tapi ni mengikut pengalaman la, takde ikut buku atau kajian mana-mana tempat..hehehe.. *bajet macam da banyak pengalaman*..

1. Percaya.
- tanamkan rasa percaya pada pasangan masing-masing. Bila kita dah percaya pada pasangan kita, rasa cemburu tu akan berkurang.. Even dia keluar ngan kawan-kawan perempuan or lelaki dia pun, bila kita percayakan dia kita takkan rasa cemburu sangat.

2. Tiada Rahsia
- jangan rahsiakan apa-apa dari pasangan anda. Pergi mana, keluar dengan siapa, buat apa, jangan rahsiakan. Pasangan kita akan rasa marah dan kurang percaya kat kita bila dia dengar cerita pasal kita dari mulut orang lain. Jadi sebelum dia tau dari mulut orang, better kita bagitahu sendiri.

3. Kasih sayang
- kasih sayang kena kuat.. Jangan asyik nak jeles tak tentu pasal jer.. Kalau rasa nak marah ke nak gaduh ke ucapkan rasa sayang kat pasangan kita. At least rasa nak marah tu berkurang sedikit.

Aku rasa tu je la kot..hehehe... Ada lagi tapi takmo la taip panjang sangat. Nanti sape yang bangun nak g toilet tadi terkincit dalam seluar plak kang...hehehe...

Sekian,


Jangan terlalu cemburu, nanti pasangan lemas.
Jangan langsung tidak cemburu, nanti pasangan terlepas.
So, yang sedang sedang saja... Yang sedang sedang saaaja...


harap maaf, blog dalam pembikinan..sorry if u guys rasa serabut.. Hehehe..

Comments

Habibul Ambia said…
Ahaha .
Dah Macam Pakar Motivasi Gua Tengok .
Unknown said…
Ahahaha..aku kan pelapis pakar motivasi Malaysia... *perasan lebeyh*.. :p
1 said…
wah,,,bestla farah ni..
kalau sy katakan, lelaki ptt lbh cemburu berbanding wanita, setuju x?
Unknown said…
Jahidih Saili... Jawapan tu ada kat entry NI .. Hihihihi... Setuju atau tidak, ntah la...
1 said…
thanx farah..sy setuju sgt2..:)
Unknown said…
Hehehe...same same..

Popular posts from this blog

Laksa Vietnam ( Bansong)

Apa itu SOM TAM?

Siapa nak bela HARIMAU?