Wednesday, June 15, 2011

Orang Kaya & Kereta Buruk

 

Assalamualaikum guys,

hari tu berjalan-jalan di twitter aku ternampak 1 tweet yang agak menarik perhatian aku jugakla selain dari hashtag #adindaevans .. hehe.. tweet tu lebih kurang macam ni “Tan Sri Pakai kereta buruk. Memalukan!!” haa.. lebih kurang gitu la kan. Yang aku nak tanya kat sini, memalukan ke kalau orang kaya pakai kereta buruk??

Bagi aku la kan, mende tu normal. Mungkin kereta tu ada banyak kenangan untuk dia jadi tak salah dia nak naik kereta apa pun kan. Tak menyusahkan kita pon… Tapi bukan tu yang aku nak cerita kat sini. Aku nak korang menilaikan (aku tak tau nak guna perkataan apa..hehe) dua situasi nih K.

Situasi A.

Ahmad adalah seorang pemuda yang berasal dari keluarga yang berada tapi dalam masa yang sama Ahmad juga hidup dalam keadaan berSERDEHANA dan tidak memikirkan pandangan orang lain pada diri dia sama ada kaya atau tidak. Apa yang penting, Ahmad cuba untuk menjadi yang terbaik dan memperoleh kekayaan dari usahanya sendiri tanpa menumpang harta ibubapanya.

Situasi B.

Lela berasal dari sebuah keluarga yang sederhana. Segalanya sekadar cukup-cukup sahaja. Oleh kerana Lela didampingi rakan-rakan yang hidupnya mewah, Lela cuba mengubah dirinya menjadi seperti mereka dengan memakai pakaian dan barangan berjenama seolah-olah bapanya seorang yang kaya. Dalam masa yang sama keluarga Lela sanggup mengikat perut demi melihat Lela bahagia. Kerana nama dan populariti Lela sanggup menyiksa keluarganya sendiri.

 

haa…lebih kurang situasi macam tu la kan. Maaflah, aku tak reti nak reka cerita nih..hehehe… So, pada pendapat korang harta dan pandangan orang lain tu penting ker? bagi aku biasa jer… Senang cakap, hidup senang buat biasa, hidup susah jangan buat cara macam orang kaya. Tak bawak ke kubur pun segala harta n Popular tu… Lagi banyak soalan kena tanyer adeler…

Dah la, aku rasa dah jauh aku melalut nih! hehehe…

Sekian,

 

notajari: aku tabik pada orang kaya yang tak berlagak kaya. tapi aku tak suka orang yang kurang kaya berlagak cam anak Tan Sri!!!! :)

3 comments:

Andrik McVean said...

hi there..you have nice blog here...i have followed you and i hope you can follow me back..i will be waiting for your visit on my blog...cheers

Siti Farah said...

i've visited ur blog n interested with it!! :)
BTW, Thanks. :)

aboyandnick said...

Hari ni ada seorang Datin tanya kami soalan " kenapa dia masak ikan guna microwave ikan dia jadi keras?"... jadi mengikut sumber dan rujukan kami dapat menjawab soalan peminat kami ni dalam ruangan " soalan peminat" haha... untuk melihat jawapan sila buka:
http://dapurbujang-aboyandnick.blogspot.com/2011/06/persoalan-tentang-ikan-menjadi-keras.html
dont forget to follow us....
mari kita berkongsi....