Thursday, June 16, 2011

Nora Elena.. Siapa Hero Sebenar?

 

Assalamualaikum guys,

Tamat dah fenomena Nora Elena tepat pukul 8 malam tadi.. ahahaha.. macam macam la dalam episod akhir ni kan.. Tapi takpe, janji dah selesai dan aku dah tak gilakan cerita ni lagi.. huhu..

Sejak semalam aku dan seseorang bercerita pasal Nora Elena nih.. Siapa hero sebenar? Eid ke Seth? Sweet ke Seth Tan tu? Baik Sangat ke Elena tu? macam-macam persoalan dia persoalkan..ahahaha…

wallpaper nora elena

Bagi aku, seorang wanita, mestilah aku akan cakap Of coz Seth Tan tu Hero dan Sweeeeet gilerr… hehehe.. Tapi bagi dia, Seth Tan tu hampeh.. ahaha..  Moh kita tengok pendapat dia…

 

Seth Tan : hampeh, perampas, muka tak tau malu, tak sweet langsung, takkan ada suami macam Seth Tan tu!!

Seriously, aku tak setuju kayh!! ahahaha.. kira ok la Seth Tan tu sanggup cari Elena dan kahwin dengan Elena untuk tebus kesalahan dia pada Elena walaupun dia di cop PERAMPAS tunang orag.. OK per…

Nora Elena : gatal, menggedik, hampeh jugak,

Dia kata, Nora elena teruk.. Masa Tunang dengan Eid boleh jer nak keluar dengan Seth, tumpang kereta Seth.. tapi, bila dah tunang dengan Seth n bila Eid nak jumpa alasan dia “I dah bertunang dengan SETH”.

Pendapat aku, kalau aku jadi Nora Elena pon aku akan cakap macam tu sebab aku dah kecewa giler dengan Eid. Kau buang, biler nak, kau datang ambil balik.. Banyak Handsome muka kau!!! heehh!!!

Eid : Ego tapi hero.. erkk!!!??!!

Aku tah faham kenapa dia kata Eid tu hero sebenar.. seriously tak faham duhh!!! Dia cuma geram yang Eid tu ego. Pastu dia kata, Eid abaikan Elena pon sebab nak kumpul duit kahwin dengan Elena..

Erkk.. kumpul duit?? takkan la kumpul duit sampai takde masa langsung nak hantar or ambil tunang dari tempat kerja kan? sebumbung jer pon

 

TAPI, satu jer pendapat kami yang sama…

YVONNE PALING HAMPEH.. hahahahaaha…

 

Tu la pandangan aku sebagai seorang wanita, dan pandangan dia sebagai seorang lelaki yang sentiasa hidup dalam dunia realiti..

PEndapat korang plak macam mana? siapa hero? siapa sweet? siapa jahat? siapa baik?

hehehe..

Sekian,

No comments: