Gagal Tak Bererti Kalah!!!

Assalamualaikum readers sekalian... :)

Hari ni aku kena pergi ke U untuk selesaikan beberapa hal kat sana. Memandangkan Julai nanti aku dah nak masuk sem akhir jadi aku nak settle kan pasal hostel aku..

Semalam (RABU 7/6/11) majoriti classmate aku dah berjaya menamatkan pengajian diorang kat UNISEL. Tahniah rakan-rakan sekalian!!! disebabkan aku menangguh semester pendek atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan, aku terpaksa Grad lambat 1 semester berbanding rakan-rakan yang lain. Situasi ni buat aku rasa sedih dan rasa macam aku ni teruk sangat sangat!! Down la jugak kan... Tapi aku bersyukur sebab aku masih mampu berfikir positif atas apa yang berlaku pada diri aku sekarang.

Gagal tak bermakna aku kalah!! Gagal sekali juga tak bermakna aku akan gagal untuk selamanya. Memang rasa sakit itu ada bila kita berhadapan dengan kegagalan. Tapi bila difikirkan semula, ada hikmah disebalik setiap kegagalan dan kekecewaan yang berlaku itu.

Bila kita gagal sekali, kita akan tahu di mana titik kelemahan diri kita yang tak pernah kita nampak. Bila dah tau ada kelemahan tu, boleh la kita ubah ia agar menjadi lebih baik dari sebelumnya. Selagi kita berada dipuncak kejayaan tanpa sebarang kegagalan, kita takkan tahu kelemahan diri kita sendiri. Sedangkan Thomas Edison pon pernah gagal cipta mentol, tapi selepas dia cuba dan cuba memperbaiki setiap kelemahan dan kekurangan, akhirnya dia berjaya jugak!! Dan kesannya, aku dapat menaip entry ni dalam suasana yang terang benderang.. hehehe..

Dalam masa yang sama, tak semestinya kita gagal kalau kita lambat menghabiskan pengajian. Senang cerita, kita ambil contoh kisah dongeng Arnab dan Kura-kura. Kura-kura ni memang species jalan lembab dan arnab tu lari laju. Mula-mula si Arnab ni lari jauh meninggalkan kura-kura, tetapi akhirnya kura-kura yang sampai ke garisan penamat dulu sebab arnab tertidur kat bawah pokok. ini kerana si Arnab memandang rendah pada kura-kura. heh!!! melalut jap… tapi apa pon, lambat memang tak bermaksud kita kalah atau tidak berkualiti.

Yang penting, aku meletakkan semua kesalahan atas diri aku sendiri sebab tak guna salahkan orang lain kalau diri kita yang gagal mengatur hidup kita. Orang tu memang tak ada kena mengena dengan naik turun kita kecuali diri kita jugak!!

Jadi, aku kena sentiasa berfikiran positif agar aku tak jatuh sekali lagi…

sekian,

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Kita Berkawan?

Laksa Vietnam ( Bansong)

blog cik epal da dpt 2k++,aku?