Bila Kecik DiBesarkan

 

Assalamualaikum guys,

Sambil dok layan cerita Ana Lulu @TV3 nih, aku nak cerita sikit pasal yang Kecik di PERBESARKAN. haa!!! korang jangan nak fikir lain pulak yer. Aku bukan nak cakap pasal Plastic surgery atau seangkatan dengannya, tapi aku nak taip pasal HAL KECIK yang SUKA DIPERBESARKAN.

Selalunya, perkara ni sinonim dengan perempuan tapi LELAKI pun tak kurang jugak. ehehehe .. So, takde istilah siapa lebih baik atau siapa lebih buruk. Yang pasti, semua sama jer. :)

Mende ni aku tengok setiap hari la. Kadang tu, problem kecik jer tapi suka diperbesarkan sampai jadi gaduh besar. Best sangat ke ha?? aku nak tanya nih.. Aku bagi contoh la, hari ni inchik pakwe lupa nak SMS pepagi buta dan tak semena-mena cik awek hot dan marah-marah macam la inchek pakwe dye tu lupa nak SMS 10bulan kan… macam tak logik jer duhh nak marah-marah pasal tu. haih!!!

Terus terang aku cakap, aku tak suka situasi ni berlaku depan mata aku atau terjadi pada diri aku sendiri. Sumpah tak suka weyh!!! aku rasa korang semua pon mesti tak suka dan rimas jugak dengan keadaan nih.

Kalau taknak jadi macam tu, please lah jangan pentingkan diri sendiri. Fikir perasaan orang lain jugak, lupa sehari bukan bermakna lupa setahun. Tinggal sehari, bukan beerti kau kena tinggal terus. Pakwe/makwe kau sembang ngan member perempuan.lelaki lain, bukan bermakna dia curang dengan kau terus. Dah hal kecik tu, padam je la guna eraser. Kalau besar, pergi tanam dalam tanah, jangan tanam dalam hati nanti jadi penyakit pulak.. :p

Eyh, aku nak ingatkan yer mende ni bukan setakat kena kat hubungan cintan cintun nih, tapi di kalangan kawan-kawan pon ade gak.. Dikalangan bloggers pon ada jugak… Tett!!!! hehehe.. aku taknak cakap lebih lebih, kang ada plak yang terasa.. ahahaha..

Sesungguhnya, entry ni banyak mengarut dan melalut.. kesian korang kena baca kan… hehehe.. takper, baca separuh pon ok lettew.. baca tajuk pon aku tak kisah.. hehehe…apa pun, terima kasih sudi baca :)

sekian,

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Kita Berkawan?

Laksa Vietnam ( Bansong)

blog cik epal da dpt 2k++,aku?