Thursday, June 9, 2011

Perlu Ke Menjaga Hati Orang lain?

 

Assalamualaikum guys,

Hari ni aku ada 1 persoalan yang aku dapat dari FB aku lepas aku tengok status friends yang terpampang kat wall aku…hehehe…

Perlu ke nak jaga hati orang lain? Persoalan yang selalu kita dengar dan kita rasa. Bagi aku, aku ada 2 jawapan untuk persoalan nih.

1. PERLU

- Ye, perlu kalau korang TAKNAK MAKAN HATI CICAH HEMPEDU. Dah kalau korang taknak sakit hati, so jaga la perilaku korang pada orang sekeliling korang tu. So, same-same senang hati weyh..

2. TIDAK PERLU

- Haaa, tidak perlu kalau korang sedia untuk disakiti. dah korang tak jaga perasaan kawan lain, memang patut la korang makan hati pon kan. Dalam dunia ni banyak yang dibayar CASH tau!!! lagipon Justin Timberlake selalu dok nyanyi “What Goes Around Comes Around” .. Sendiri mau ingat la kan… dan..

- Tak perlu jugak kalau korang jer yang dok jaga hati dan perasaan kawan korang tu sampai korang yang makan hati. TAK PAYAH!!! lantak pi ke depa semua tu. itu orang jenis ego nak mampuih!!! hahahaha.. bab ni aku agak kejam sedikit yer kawan-kawan, sekali-sekala takpe la tapi kalau dah banyak kali banyak kala, itu memang nak makan penampor!!!

 

Tapi itu sekadar pendapat aku. Pendapat korang macam mana pulak? perlu ke nak jaga hati dan perasaan orang lain nih?

3 comments:

♥CiK DuYuNG [Ca]♥ said...

huhu..kadang2 kita sibuk jaga hati orang..tp kita sendiri lak terluka..camane tu.. :(

dreamygirl said...

salam.
kita selalu sibuk menjaga hati dan pandangan orang lain terhadap kita,tapi pandangan Allah terhadap kita,kita lupa..-)

Siti Farah said...

Ca: sebab tu takleh bagi muka sgt kt diorang tu...

dreamygirl : pandangan orang lain biar kita letak di tempat orang lain. Pandangan Allah, itu yang utama. Awak betul.. memang ramai yang lupa. :)