Posts

Showing posts from June, 2011

Bila Uninvited Cik Anon datang mengganggu

Assalamualaikum guys, giler lama tak update kan... ehehe.. well, wifi got problems. Ni pon pinjam laptop dan broadband Cik NANA untuk mengupdate seketika. Sekarang ni agak sibuk dan letih. Pagi dari 9am-5pm ada training, balik petang jer dah letih. So, agak sukar nak mengadap blog sekarang nih. Kena plak dekat bilik sendiri takde line broadband, lagi la panas.. entry tersimpan pon tak sempat nak pos.. Kesian Weyh!!! Tadi, bukak comment tengok ada komen dari cik Anon.. Haih!!! PAnas jer hati. tapi sabar jer.. Lantak pi dia nak kata apa. At least dia ada jugak kesempatan nak singgah blog aku ni kan.. ahahahaha... Kita harus sentiasa berfikiran positif yer anak-anak, baru lah kita tak marah marah.. ehehe Disebabkan aku dah taknak terasa hati atau apa, aku disable kan COMMENT DARI ANONYMOUS . harap maaflah yer. Saya berblogging ni bukan nak bergaduh dengan siapa-siapa. Kalau setakat nak bergaduh kat alam siber, tak kental la camtu bebb.. Pe kata dok berbincang depan-depan, baru leh ...

Apa yang Penting??

Image
  Assalamualaikum guys,, huhh!!! rasa macam da lama jer kan aku tak update blog… tapi ada ke orang singgah blog aku nih? ehehe :p Semalam tak update sebab aku tak dapat connect wifi, lagipon letih selepas seharian mengghabiskan masa di Pekan Kajang. Akibat terlalu lama berjalan-jalan di Pekan Kajang tu, banyak lah mende mengarut aku beli.. contohnya nih, Haaa.. Jigsaw Puzzle yang 500pieces!! nak ambil yang seribu, takot malas nak siapkan..ehehe.. Aku start buat pukul 9.30 malam. Siap pukul 1.30 pagi.. ehehe.. Siap pon sebab kami sekeluarga bekerjasama nak siapkan puzzle nih.. Kalau buat sorang mahu 1 hari or 2 hari baru siap.. nih 4jam jer.. ehehe.. Bila dah siap tu rasa happy sangat sangat!!! so, maksud tersirat kat sini, “Kalau kita lakukan sesuatu kerja sama-sama, mesti mende tu jadi mudah dan cepat siap..”

Cara Nak Unlock Pintu Kereta

Image
  Assalamualaikum guys, hehehe.. nak share video lagi. Cara-cara nak unlock pintu kereta. Cara pertama, korang guna jer kunci kereta tu. Cara kedua, korang kena la tengok video ni. kot kot nanti kunci kereta korang tertinggal dalam kereta ke hape ke kan. So, boleh apply cara dalam video nih. But remember!!! for innocent people only. Kepada perompak, pencuri kereta, hampa jangan nak dok gatai tiru cara ni na!!! aku piat telinga tu satg!!   notajari: tetibe teringat kes lecturer tertinggal kunci dalam kereta… arghhh!!! grrr… gua tak suke ingat pasal tu..

Magician or Murderer?

Image
  Assalamualaikum guys, seriously hari ni aku taktau kenapa aku malas sangat nak update blog. hehehe. bukan sombong tapi aku still pening kot, semalam blogwalking lama sangat sampai pening dan muntah-muntah..ahahaha.. padan muka aku kan.. pening pon sebab mata aku dah semakin kabur dan belum ada kesempatan nak tukar spec baru. Petang ni aku nak share satu video yang aku jumpe kat youtube. Kepada mereka yang takleh tengok darah ataupon lemah semangat, anda tidak digalakkan untuk view video yang tak berapa ngeri ni kayh!!! hehe   Watch this!!!

#5 Spontaneous Thursday.

Kurang ajar punyer nyamuk.. Aku tidur sekejap kau bantai kenduri kat jari aku!!! Ok, sekarang mood blogging dah kembali... Ehehehe nak on lappy satg..tunggu..... :)

#4 Spontaneous Thursday

  Bangun blog, Makan blog, Tidur blog, Mimpi blog.. Blog Blog Blog. Sekarang gua nak rehat.. #Okbai!!!

#3 Spontaneous Thursday

  Berblogging Sambil Dengar Nasyid, Memang Terbaik!!!       apa itu Spontaneous Thursday? Click sini SyafiQRosli notajari : kepala serabut nak susun link utk bloglist. :p

#2 Spontaneous Thursday

  PTPTN, MARA, JPA untuk bayar yuran pengajian atau untuk bershopping???     what is spontaneous Thursday? click here

#1 Spontaneous Thursday

  Syok Blogwalking dari pagi, aku lupa nak update entry!!!   Nak tau lebih pasal Spontaneous thursday, Jom Terjah blog nih SyafiQRosli

#1 Wordless Wednesday

Image
  Assalamualaikum. Tengok nih!!!   Fenomena Ben Ashaari :)

DIROMPAK DI MESIN ATM

Image
  Assalamualaikum guys, Ni aku nak sampaikan apa yang aku tengok kat wall photo FB kawan aku.. Mungkin berguna pada kita suatu hari nanti.   google “Kes berkenaan dengan apa yang perlu kita buat bila dirompak di mesin ATM. Pertama kali saya tau pasal kaedah ni, betul ker? Adakah berkesan untuk semua mesin ATM ? Huhu… apa2 pon Na’uzubillahi Min Zaalik… mintak dijauhkan la dari kes rompak2 ni… Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda daripada mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan memasukkan no Pin anda di mesin ATM cara terbalik. Sebagai contoh jika no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan nombor 654321. Mesin ATM akan mengenalpasti nombor tersebut adalah nombor yang diterbalikkan daripada nombor yang sebenarnya melalui kad anda yang masukkan kedalam mesin tersebut. Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yang kita tidak ketahui, pihak Bank dengan segera akan menghantar pihak berkuas...

Besar jugak yer…

Image
  Assalamualaikum guys, hehehe.. aku sajer menggediks dengan GOOGLE EARTH nih.. nak tengok pandangan atas tempat aku menimba ILMU.. hehehee klik untuk tumbesaran yang nyata.   Haaa… besar kan.. start dari pintu masuk kat A sampai lah kat blok asrama yang bentuk macam bunga tu.. hehehe.. kalau tak cukup besar, korang tengok la sendiri kt google earth .. ehehe.. :)   Sekian,   notajari: banyak lagi U yang BESAR.. :)

Bila Kecik DiBesarkan

  Assalamualaikum guys, Sambil dok layan cerita Ana Lulu @TV3 nih, aku nak cerita sikit pasal yang Kecik di PERBESARKAN. haa!!! korang jangan nak fikir lain pulak yer. Aku bukan nak cakap pasal Plastic surgery atau seangkatan dengannya, tapi aku nak taip pasal HAL KECIK yang SUKA DIPERBESARKAN. Selalunya, perkara ni sinonim dengan perempuan tapi LELAKI pun tak kurang jugak. ehehehe .. So, takde istilah siapa lebih baik atau siapa lebih buruk. Yang pasti, semua sama jer. :) Mende ni aku tengok setiap hari la. Kadang tu, problem kecik jer tapi suka diperbesarkan sampai jadi gaduh besar. Best sangat ke ha?? aku nak tanya nih.. Aku bagi contoh la, hari ni inchik pakwe lupa nak SMS pepagi buta dan tak semena-mena cik awek hot dan marah-marah macam la inchek pakwe dye tu lupa nak SMS 10bulan kan… macam tak logik jer duhh nak marah-marah pasal tu. haih!!! Terus terang aku cakap, aku tak suka situasi ni berlaku depan mata aku atau terjadi pada diri aku sendiri. Sumpah tak suka ...

Siapa nak bela HARIMAU?

Image
Assalamualaikum guys, aku nak buat iklan nih.. hehe.. tadi member aku tanyer siapa nak bela harimau tak. Aku tak suka harimau tapi aku suka ular sawa yang warna kuning tu. Sedap di pegang dan dipicit kepalanya.. ehehehe… :) Sekarang aku nak tanye korang, nak tak bela anak harimau? ehehehe… comel weyh.. Kalau korang nak, boleh Klik SINI !!! jom la kita sama-sama tolong perlihara dan pulihara kehidupan liar untuk anak cucu cicit kita tengok masa akan datang nanti.. hehe.. Kalau korang bela, aku nak p umah korang bermanja ngan harimau nih… ehehehe. :) Sekian, :Thanks habibul_ambia for the info : :)

Paku dulang Paku Serpih

Image
  Assalamualaikum.. Haaa… Sape pandai sambung ayat kat atas tu? hehehe.. aku rasa budak darjah 2 pon tahu nak sambung kot.. :p Pagi tadi aku ade bercerita pasal EVENT yang BUKAN EVENT tu kan kan kan? ni aku balik dari bank tadi, on je FB aku tengok lagi satu EVENT yg BUKAN EVENT jugak.. tapi Ni EVENT yang nak meluahkan rasa tak PUAS HATI pasal EVENT yang bersifat MEMENTINGKAN DIRI.. ahahaha… korang faham tak? banyak kan EVENT tu :p ahahaha… aku sebenarnya nak tergelak tengok EVENT tu… :p  Sebab secara tak langsung orang yang create EVENT ni pon dah ter’create’ EVENT yang BUKAN EVENT jugak… hikhikhik.. So, korang nilaikanlah sendiri… apa yang aku fikir pasal EVENT ni biar aku je yang tahu… ehehehe… Lagi sekali aku nak mintak maaf pada mereka yang create EVENT yg ntah pa pe nih… Dan SEKALI LAGI jugak aku nak pesan pada yang bakal create EVENT tu, sila jangan INVITE aku yer… kecuali EVENT yang betul-betul EVENT… eheheh… Sekian cerita pasal EVENT yg bukan EVENT..   ...

Bila “EVENT” disalahgunakan.

Image
  Assalamualaikum guys, Lately ni, aku banyak join group blogger kat FB. Tadi aku tengok ade 1 isu sorang blogger bangkitkan kat group wall tu. Dan aku rasa apa yang dia luahkan tu memang betul la kan. Yela, sejak dua menjak ni banyak la pulak event untuk tolong klik “ like ” bagi contest gambar apa semua. Okeyh, kau nak mintak tolong klik tu, takper la aku rasa.. Tapi ni yang event apa sumer nih, aku agak tak bersetuju coz bagi aku tu bukan EVENT yer.   ni pon aku da reject . Kadang-kadang mende tu merimaskan pengguna FB seperti aku nih. Ramai yang tak kisah pasal nih, tapi aku kisah kot.. Sampaikan fikiran jahat aku kata “ Desperate kot ….”. haaa!! tu baru aku sorang yang fikir, yang lain aku tak tau la apa yang diorang fikirkan.. Yang TAKLEH blah , siap ada yang ajar camne nak bagi orang like pictures contest apa semua.. haih!!! aku rasa macam ajaran sesat jer. Sah-sah mende tu “ EVENT ” dan kerja like like ni bukan “EVENT” sangat pon. Lainlah kau kata, “Sila like da...

Moh Join Bloglist SembangKemas

Image
  Assalamualaikum guys, Jom kita join bloglist sembang kemas !! :) Sila klik untuk join :)

Mega Bloglist Umar FaruQ

Image
  Assalamualaikum guys, Satu hari tak update dan tak blogwalking rasa semacam plak. Semalam aku balik kolej dan baru petang tadi sampai rumah. Wifi plak kejap ade kejap takde, ni ade sikit ni boleh lah aku nak update sikit kan.. ehehe.. Blog first aku g, blog si Umar FaruQ nih!! ahaha.. sebab nak tengok segmen blogger kental tu.. Umar FaruQ ade buat Sale kat MEGA BLOGLIST besar-besaran.. dah namenyer pon mega kan.. ahaha… Mall lain buat sales, dia pon nak buat jugak. :p Sekarang aku nak ajak kawan aku yang jadi blogger join segmen Umar FaruQ nih.. sebab aku nak semua sama-sama naik dalam dunia blogging nih..ngee :D So, aku nak jemput NaNa , Ain dan Ima untuk join MEGA BLOGLIST nih!!! hehehe .. Korang wajib join!! ahahaha… kalau tak join, tak sayang aku lettew.. :p Sekian untuk malam nih.. heheh.. Bubye!!! :)

Dia ni memang kental beb!

Image
  Assalamualaikum readers,   Hari ni agak keletihan la jugak coz kerja berjalan ajer kan.. hehehe.. Tapi disebabkan aku ni BLOGGER KENTAL , so aku join lagi segmen dari sedara Umar Faruq nih.. hehe.. Dalam segmen kedua nih, aku kena review top commentator blog aku nih.. Before this aku tak letak lagi widget tu kat blog nih, tapi kerana ke”kental”an aku, aku cari gak coding untuk widget tu.. hehehe..   Haa, tengok kat atas tu… Sedara Jahidih Saili blogger yang kental meng”komen” blog aku dan meng”update” blog beliau.. Aku suka blog dia sebab banyak cerita pasal kehidupan seharian kita sebagai insan di muka bumi nih. Banyak nasihat dan pengajaran. Sebab tu aku suka. Lagi satu, aku rasa Jahidih Saili ni blogger dan follower tegar,, hehehe,, kalau tak tegar, takkan la dia komen blog aku kan? kan ? kan? so, Jahidih Saili @ Ibnu Saili memang KENTAL!!! Umar Faruq, aku nak pesan nih, sok dan lusa memang aku takleh nak update sebab aku ada hal kat kolej. bawak pi lapto...

Giler banyak..

  Assalammualaikum..   Di pagi yang tenang nih, aku takde wat apa apa selain dari blogwalking.. tapi bila dah letih tu, terasa nak tengok entry lame aku..Bila tengok rasa macam nak tergelak pon ade.. eehehehe… punyer la kebudak-budakan.. Disebabkan aku rasa entry tu terlalu personal *baru nak sedar* , aku amik keputusan nak delete ajer..Sebelum ni pun dah banyak aku delete sebab ada stalker.. ahahaha… dan kali ni aku delete lagi 8 entry lame aku.. So, bila tengok balik, mak aih!! giler banyak aku delete.. sampaikan aku tengok macam aku tak post apa-apa bulan tu…ahaha… Dah dah!!! tagline aku dah mai dah… Bila Farah mula menaip dia akan mengarut dan terus melalut.. sebelum jadi makin teruk, baik aku benti.. ahahaha.. Bye guys!!! :)

Satay Minang

Image
  Menu makan malam nih. Satay Minang… hahaha.. beli ajer kat kedai depan.. pastu malas lak tu nak letak dalam pinggan.. hehehe.. my Favorite satay.. Even umah kat Kajang aku tak suka satay Kajang. Prefer satay minang sebab masin dan pedas.. hehe..

BLOG WALKING BESAR-BESARAN !!

Image
  Assalamualaikum guys, Jom kita join segmen Zippo nih.. Nanti boleh kita kenal satu sama lain and kenal blog-blog lain jugak.!!! Nak join, klik GAMBAR kt bawah nih.. Zippo nak tau kekuatan blog nih, kalau korang nak tau, aku pon tak tahu apa kekuatan blog nih.. hehehe.. Aku suka update pasal apa yang berlaku dalam kehidupan seharian kita. TAPI kebanyakan readers baca entri aku mengenai pendapat dan pandangan dalam isu semasa.. hehehe… Boleh faham tak ape yang aku cuba sampaikan nih? :p Aku taknak melalut n mengarut lebih.. hehehe.. Sebab hanya korang jer yang boleh nilai kekuatan aku… ngee :D Thanks to Zippo sebab wat segmen macam nih..!! :) *aku asyik teringat zippo lighter jer* hehehe… JANGAN MARAH yer.. :p Sekian.

Just The Way You Are…

Image
  Assalamualaikum guys, Petang ni aku nak share 1 lagu yang aku suka.. Lantak korang la nak kata lagu lama or apa pon kan.. tapi aku nak share jugak.. hehehe… Aku nak share sebab lirik yang ni untuk Boys.. hehehe.. dedicated khas untuk sidia.. ngee :D “ Boy you Amazing, just the way you are”   Sekian, :)

Kit Kat & Hang Tuah

Image
  Assalamualaikum guys, ahahaha.. Start jer terus gelak.. tak patut betul aku nih. :) Korang ada tengok iklan Kit Kat yang baru tu tak? Aku suka sangat tengok iklan tu.. ahaha.. setiap kali tengok mesti tergelak.. Jom tengok Same-same : M nasir kan.. Hang Tuah!!! M nasir Hang Tuah!! M Nasir Hang Tuah!!   Aku rasa lama-lama aku ikut habit anak buah aku. Lagi suka tengok iklan dari cerita.. ahaha… :) Sekian,

Segmen Blogger Kental

Image
  Assalamualaikum readers… Pagi yang tenang ni, aku nak membuktikan pada si Umar Faruq yang aku ni blogger kental.. Tak percaya?? “Aku Seorang Blogger Kental Yang Sanggup Tekan Keypad HP Untuk Update Blog Aku Walaupun Kat Dalam Bus” nak bukti.. Baca Ni . Entry Kental Sekian, :)

#1 Spontaneous Thursday

  Assalamualaikum, Spontaneous Thursday. PElik!! Tapi aku join. :) OK bye!!! :)

Nora Elena.. Siapa Hero Sebenar?

Image
  Assalamualaikum guys, Tamat dah fenomena Nora Elena tepat pukul 8 malam tadi.. ahahaha.. macam macam la dalam episod akhir ni kan.. Tapi takpe, janji dah selesai dan aku dah tak gilakan cerita ni lagi.. huhu.. Sejak semalam aku dan seseorang bercerita pasal Nora Elena nih.. Siapa hero sebenar? Eid ke Seth? Sweet ke Seth Tan tu? Baik Sangat ke Elena tu? macam-macam persoalan dia persoalkan..ahahaha… Bagi aku, seorang wanita, mestilah aku akan cakap Of coz Seth Tan tu Hero dan Sweeeeet gilerr… hehehe.. Tapi bagi dia, Seth Tan tu hampeh.. ahaha..  Moh kita tengok pendapat dia…   Seth Tan : hampeh, perampas, muka tak tau malu, tak sweet langsung, takkan ada suami macam Seth Tan tu!! Seriously, aku tak setuju kayh!! ahahaha.. kira ok la Seth Tan tu sanggup cari Elena dan kahwin dengan Elena untuk tebus kesalahan dia pada Elena walaupun dia di cop PERAMPAS tunang orag.. OK per… Nora Elena : gatal, menggedik, hampeh jugak , Dia kata, Nora elena teruk.. Masa Tunang ...

Segmen Bujang dan Sakura : Kami Tak Lupa Diri

Image
  Haa.. tadi dok blogwalking aku tengok Miss E-ra kita nih join Segmen.. aku pon nak gak join kan.. hehehe.. Jom kita join Segmen Bujang dan Sakura : Kami Tak Lupa Diri Nak join, klik banner bawah nih eyh!! :) Jom Sama- sama kita jawab soklan Met Bujang tu.   Rukun Islam 1. Mengucap dua kalimah syahadah 2. Menunaikan Solat fardu sehari semalam 3. Berpuasa di Bulan Ramadhan 4. Membayar zakat 5. Menunaikan haji jika Mampu   Rukun Iman 1. Percaya kepada Allah 2. Percaya kepada Nabi dan Rasul 3. Percaya kepada Malaikat 4. Percaya kepada Kitab 5. Percaya kepada hari Akhirat 6. Percaya kepada Qada’ dan Qadar Met Bujang, sila check betul ke tak tu? kalau tak betul aku rela masuk tadika… hehehe… :)

Orang Kaya & Kereta Buruk

  Assalamualaikum guys, hari tu berjalan-jalan di twitter aku ternampak 1 tweet yang agak menarik perhatian aku jugakla selain dari hashtag #adindaevans .. hehe.. tweet tu lebih kurang macam ni “Tan Sri Pakai kereta buruk. Memalukan!!” haa.. lebih kurang gitu la kan. Yang aku nak tanya kat sini, memalukan ke kalau orang kaya pakai kereta buruk?? Bagi aku la kan, mende tu normal. Mungkin kereta tu ada banyak kenangan untuk dia jadi tak salah dia nak naik kereta apa pun kan. Tak menyusahkan kita pon… Tapi bukan tu yang aku nak cerita kat sini. Aku nak korang menilaikan (aku tak tau nak guna perkataan apa..hehe) dua situasi nih K. Situasi A. Ahmad adalah seorang pemuda yang berasal dari keluarga yang berada tapi dalam masa yang sama Ahmad juga hidup dalam keadaan berSERDEHANA dan tidak memikirkan pandangan orang lain pada diri dia sama ada kaya atau tidak. Apa yang penting, Ahmad cuba untuk menjadi yang terbaik dan memperoleh kekayaan dari usahanya sendiri tanpa menumpang harta i...

Budak Yang Suka Menyanyi

Image
  Assalamualaikum guys, Korang dah lunch? aku baru jer lepas BRUNCH… heheehe… Hari Ni nak cerita pasal anak buah aku yang kecik, MAZWIN .. Haa.. budak ni lah!! hehehe… Mazwin ni baru jer umur 5 tahun, anak abang aku. Mazwin dah start masuk pre-school dah pun. Dulu dia ni susah nak bercakap, agak lambat gak la nak bercakap kan. Kalau cakap pon pelat-pelat jer bunyi nyer.. Al-maklum, asyik jatuh jer so gigi depan asyik patah..hehehe.. Lepas masuk pre-school, mungkin dalam sebulan lepas tu dia dah mula bercakap dengan jelas dan memang dia cakap banyak. Sampaikan kami serumah ni dah letih nak layan dia bercakap..hhuhu. Bukan setakat bercakap jer, siap menyanyi lagi tu.. Lagu yang dia suka menyanyi, “Baik-Baik sayang” , “Ummiku sayang” , “Taubat Maksiat” .. Setiap hari balik dari sekolah jer mesti ada lagu yang dia nyanyi, masa mandi pon same.. lepas tu suka menari-nari.. haih!!! nama pon budak kan.. Tadi terjadi satu dialog antara aku ngan kak ipar aku. aku : haih budak ni, su...

Laman Web Malaysia sudah mula di HACK

Image
  Assalamualaikum guys, Semalam aku ada terbaca sau entry blogger nih yang Hackers Anonymous nak hack Website Malaysia.. Bagi aku mungkin tu sekadar khabar angin jer, Tapi, malam ni aku dok blogwalking sekali lagi dan terbaca entry pasal operasi HACKing ni da berlaku da pon… ( betul ke ayat aku tu?) Antara website yang dah kena HACK http://www.politeknik.gov.my/index.php http://www.tourmalaysia.com.my/   Kalau korang nak g siteHACKERS nih, sila ke SINI dan Facebook mereka di SINI .Memang dahsyat diorang nih!!! Aku jer belum belajar nak jadi Hackers lagi… hehehe.. :p Semua info ni aku dapat dari blog Ben Ashaari dan blog Jom Rileks .   Notajari : teringat masa belajar pasal hackers, crackers, whitehat DLL… Updated : Dragon Force ni bukan si Anon yang nak Hack Website Gov Malaysia tu.. Aku pon dah pening.. hahahaha

Welcome to her!!!

  Assalamualaikum guys, Haih, makin lama makin jarang update blog. Mesti blog ni rasa tersisih kan sebab aku jarang online. huhu.. Bukan aku taknak update, tapi keadaan tak mengizinkan. Dah la banyak contest, segmen dan GA bloggers lain buat tapi aku belum ade kesempatan nak join. :( Petang tadi aku dapat tahu yang my classmate pon dah mula join dunia blog nih.. hehehe.. aku suka.. sebab bukan ramai kawan aku yang jadi blogger.. blogger yang jadi kawan tu adelah..hehehe.. Antara kawan-kawan yang jadi blogger :: 1. Neya Ain 2. Cik Duyung 3. siti aisyah 4. Wowa 5. Ima 6. Sha Caom Dan yang terbaru sekali :: jeng!! jeng!!! jeng!!!! Nana (http://honeybeeheart.blogspot.com/)   Haaa,, tu antara kawan-kawan yang jadi blogger.. Yang Lain semua blogger yang jadi kawan.. .hehehe.. Apa-apa pon, jom sama-sama give support to all my friend. Lagi-lagi Nana yang baru je join 14/6 nih.. hehehe.. semoga aku dan mereka menjadi blogger tegar kat dunia siber nih..!! hehehe.. ...

Saya Suka!! Saya Suka!!

Image
  Assalamualaikum readers. Hari tu kan berjalan-jalan di FITM UNISEL, so ternampak ni kat papan kenyatann..     Huhh…kan best kalau camni setiap sem!!! hehehehe… :) BTW, yg kotak merah tu sumer my classmate!!! congrats!!! :) . Sem depan nak dapat ag sekali, aku taknak ulang kesilapan lampau dah… cukup la aku sia-siakan 1 sem.. enough!!! tu jer post kali ni, sekian..

Kegunaan Lain Shawl

Image
  Assalamualaikum guys, Semalam masa naik train, aku terfikir sesuatu…hehehe.. rupa-rupanya shawl ni ada banyak kegunaan tau… Contohnya, Yang Utama,   First, mesti la pakai untuk tutup aurat kan.. okeh, aku sedar tu tak sepenuhnyer tutup…   yang kedua, Korang boleh guna untuk jadi ninja, takpon taknak bagi orang lain cam korang, ataupon tutup hidung korang bila terbau something yg tak best…hehehe   yang ketiga, korang boleh gak nak guna untuk menentukan arah angin…hehehehe…   yang keempat, Guna untuk tutup muka korang masa tido..lagi-lagi kt dalam public transport macam KTM tu..hehehe.. sandar tepi, tutup muka n tidur..*aku buat nih!!*   yang kelima, Kalau matahari terik sangat, amik jer shawl tu tutup muka terus…ahahahaha…   hahahahah…tu jer idea mengarut dari aku…hehehe.. notajari:semua gambar tak diedit langsung sbb tak suka.. dan semua tu di amek masa sebelum ke UNISEL dan selepas Pulang dari UNISEL… hehehehe….

Akibat Terkandas di Unisel

Image
  Assalamualaikum Readers, Susah betul aku nak update blog sekarang nih.. bukan setakat blog jer, banyak lagi kerja kerja aku yang tertangguh sejak laptop ni dah macam bukan hak milik aku lagi.. hehh!! dan akibatnya, aku terpaksa bangun pukul 3 pagi untuk bermesra dengan laptop aku nih.. haih.. seksa… Semalam (Khamis) aku ke UNISEL untuk selesaikan pasal hostel aku tu. Akibat hujan, apa yang aku plan semua tak jadi..hehe.. So, nak tak nak aku kena stay jugak la kan. Dah alang-alang stay kat sane, Nas, Nana Q ajak aku g GM Klang.. dah aku pun tak tahu nak buat apa, follow aje lah.. KAmi pergi berlima… pergi pon sebab nak pulangkan shawl… *sesungguhnya aku tak suka dok kedai tu lama-lama sebab hati aku merayu-rayu untuk memilik SEMUA shawl yang ade!!! hahahahaha* .. Selesai di GM Klang, kami pon ke AEON Bukit Tinggi.. OKB tu semua nak bershopping.. aku ikutkan ajer, mane lagi nak pergi kan..hehehe… tapi aku enjoy sebab pergi dengan kawan-kawan aku.. Mentang-mentang banyak SALE, d...

Ku Harap Hujan Sampai ke Petang, rupanya...

Assalamualaikum readers, hari ni aku mengupdatekan blog tercinta aku ni di Open Lab FITM... ahahaha...giler teruk perangai aku kan.. Actually aku ade entry untuk aku post pagi tadi, tapi dah anak buah aku cepat je shut down laptop aku terus aku tak jadi nak post sebab aku dah lambat untuk ke UNISEL. Tepat pukul 12.45 tengahari aku sampai kat hostel UNISEL, tujuan aku nak pergi bayar hostel kat Bendahari tapi macam tak sempat jer terus la pergi hostel, jumpa member-member aku dulu kan. Giler excited biler dapat jumpa diorang semua..ahahah... macam 10tahun tak jumpa pon ade. Sampaikan aku rasa macam aku ni dah ketinggalan 5 6 sem jer tau. Banyak na berita terkini yang aku tak tahu. Hehh!!! Aku ingatkan lepas lunch, sempat la aku nak pergi settle payment tu. Tapi dok syok sedut Tea O ais Limau aku tu, dan dan ujan plak. adess!!! bajet renyai jer, sekali lebat plak... haa!!! amekkau!! tu la, aku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan pukul 2 petang. Kesimpulannya, malam ni mu...

Gagal Tak Bererti Kalah!!!

Assalamualaikum readers sekalian... :) Hari ni aku kena pergi ke U untuk selesaikan beberapa hal kat sana. Memandangkan Julai nanti aku dah nak masuk sem akhir jadi aku nak settle kan pasal hostel aku.. Semalam (RABU 7/6/11) majoriti classmate aku dah berjaya menamatkan pengajian diorang kat UNISEL. Tahniah rakan-rakan sekalian!!! disebabkan aku menangguh semester pendek atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan, aku terpaksa Grad lambat 1 semester berbanding rakan-rakan yang lain. Situasi ni buat aku rasa sedih dan rasa macam aku ni teruk sangat sangat!! Down la jugak kan... Tapi aku bersyukur sebab aku masih mampu berfikir positif atas apa yang berlaku pada diri aku sekarang. Gagal tak bermakna aku kalah!! Gagal sekali juga tak bermakna aku akan gagal untuk selamanya. Memang rasa sakit itu ada bila kita berhadapan dengan kegagalan. Tapi bila difikirkan semula, ada hikmah disebalik setiap kegagalan dan kekecewaan yang berlaku itu. Bila kita gagal sekali, kita akan tahu di mana ...

Perlu Ke Menjaga Hati Orang lain?

  Assalamualaikum guys, Hari ni aku ada 1 persoalan yang aku dapat dari FB aku lepas aku tengok status friends yang terpampang kat wall aku…hehehe… Perlu ke nak jaga hati orang lain? Persoalan yang selalu kita dengar dan kita rasa. Bagi aku, aku ada 2 jawapan untuk persoalan nih. 1. PERLU - Ye, perlu kalau korang TAKNAK MAKAN HATI CICAH HEMPEDU . Dah kalau korang taknak sakit hati, so jaga la perilaku korang pada orang sekeliling korang tu. So, same-same senang hati weyh.. 2. TIDAK PERLU - Haaa, tidak perlu kalau korang sedia untuk disakiti. dah korang tak jaga perasaan kawan lain, memang patut la korang makan hati pon kan. Dalam dunia ni banyak yang dibayar CASH tau!!! lagipon Justin Timberlake selalu dok nyanyi “ What Goes Around Comes Around ” .. Sendiri mau ingat la kan… dan.. - Tak perlu jugak kalau korang jer yang dok jaga hati dan perasaan kawan korang tu sampai korang yang makan hati. TAK PAYAH !!! lantak pi ke depa semua tu. itu orang jenis ego nak mampuih!!! h...

Angry Birds Palyground at KUALA LUMPUR!!!!

Image
Assalamualaikum readers, LAma tak update kan.. hehehe.. bukan malas tapi takde point nak update, kalau gossip artis tu memang banyak tapi saya tak berminat nak post pasal segala gossip tu. Kalau tak betul kang da jadi fitnah. Takmo la tanggung dosa free gitu weyh!!! Sejak giler dengan game angry Birds nih, setiap hari dok main Angry Birds jer. Dalam masa DUA hari, dah unlocked semua level dah.. hahahah… tu bukan aku tapi kerja abang aku. Dia sanggup tidur pukul 3 4 pagi semata-mata layan Angry Birds. Tak senonoh betul abang aku tu…hehe.. Tak bagi can kat adik dia ni langsung, lama kot aku download tapi abang aku yang main. Agak geram la jugak.. Haih… hehe.. Tadi bukak web Says.my dan ternampak iklan nih OK, ini memang menarik minat aku kayh sebab aku penagih tegar Angry Birds!!! hehehe… kalau korang tak percaya, korang main sendiri game ni lepas tu jom ramai-ramai pergi Angry Birds Playground nih… Sekarang aku nak layan Game Angry Birds lagi.. Bubye!!!!   Notajari: kal...

Aku Penagih???

Image
  Assalamualaikum readers yang comel, cute, handsome dan macho sekalian…. ceewahh!!! Rasa macam sebulan aku dah tak update blog, padahal baru berape hari je tak bukak..hehehe.. tapi, korang nampak tak statement berani mati aku kat ATAS tu? sebelum tu aku nak warning kat korang yang aku ni bukan sejenis cam #adindaevans tu eyh… Ya, aku penagih sebab aku sudah ketagih. Ia lebih dari ganja dan dadah atau rokok… LEBIH dari tu semua… Aku tengah risau nih… huhu… Korang nak tau tak aku ketagih dengan apa? hehehe… Aku sebenarnya ketagih . . . . . . . . . . . . . . . . . . . *ikhsan Google* ni haa… hahahahahaha… Gila ketagih, pasal ketagih tu la aku tak tidur lagi pukul 4 pagi ni..hehehe… mula-mula aku install kat Google Chrome jer, tapi tak puas hati, terus aku download dekat SINI .. Baru puas nak main…ahahahahah… Mula-mula rasa macam bosan jer, tapi bila keupayaan berfikir aku dicabar, terus aku addict main mende alah nih… Padahal sebelum main tadi mengantuk gile...