Tips buat Revision Sebelum Exam :)

Salam Guys,

hahahaha…upadate lagi aku yer… nampak sangat takde kerja sekarang nih. Hurm…. banyak lah takde keje farah oi!!!!! :P … Padahal next week aku ada final exam lagi tu. Tapi ok la sikit sem ni sebab 3 subjek jer ada final paper.

1. Mandarin = 15hb 8.00 am

2. Web Application Development = 15hb 2.30pm

3. XML Programming = 17hb 2.30pm

tengok tu kan, tapi bila lah aku nak insaf nih. nafsu belajar pun tak sampai lagi ni. Nafsu makan je kuat sekarang nih..hahahaha…sampai kakak ipar aku terkejut tengok aku asyik g dapur jer. :p

OK Ok, stop melalut… aku ni tiba-tiba buang tebiat nak bagi tips untuk buat revision nih. (bajet macam best student jap!!! :p) .. aku nak kongsi tips yang aku amalkan je tau. jadi mana yang korang rasa korang patut guna tu, sila lah yer. tak salah kita berkongsi.

Tips Ulangkaji

1. Rehat yang cukup.

- ni yang paling UTAMA sekali yer. setiap kali sebelum aku mula buat revision, aku akan pastikan aku mempunyai rehat yang cukup, tidur yang cukup dan makan yang cukup. Bukan apa, masa study kita perlukan tenaga dan kita perlu fokus dengan apa yang kita baca. Kalau kita mengantuk atau lapar, confirm lah apa yang kita baca tu tak semua otak kita dapat save. Jadi, sila ingat rehat yang cukup itu penting. Kalau tak nanti kita mudah stress.

2. Suasana yang tenang.

- yang ni kedua penting, macam zaman sekolah dulu lah kan, dalam karangan penulisan tu mesti kita ada tulis “suasana belajar yang kondusif” . Ini pun penting, takkan lah nak study kat tempat mat mat rempit test motor plak kan, memang hangin lah korang nanti.

3. Tenangkan hati dan fikiran.

- badan dah cukup rehat, tempat study pon dah ok, sekarang sila check hati dan minda anda pulak..hehehe… tenangkan betul-betul. kalau fikiran bercelaru dan hati tak tenang, nanti tak fokus pulak. macam mana nak tenang? Pergi ambil wuduk, nak lagi tenang solat sunat. lepastu dah boleh duduk kat meja study.

4. 3M (Membaca, Menulis, Mendengar)

- ni yang aku selalu amalkan, 3M .. penting tau. kalau membaca saja tak cukup. aku ada teori aku sendiri iaitu, bila kita membaca kita kena menulis point penting dari apa yang kita baca, sambil tu baca sampai kita dengar suara kita, secara automatik kita akan ingat apa yang kita baca tu.

5. Fokus dan rehat.

-Kalau nak rajin pun,janganlah melampau sangat.hehehe…setiap 25-30 minit mengadap nota tu, amik la masa dalam 5-10minit untuk rehatkan otak dan mata. pergi ambil udara kat luar rumah ke, baring jap atas katil ke (baring sekadar regangkan otot tau, bukan soh baring sampai lelap!!!)  sampai dah rasa OK tu,baru sambung. Sebab otak kita bukan robot ye, dia pun nak rehat jugak :p

Ok Guys, itu antara tips yang aku amalkan yer. Dan lagi satu, aku tak suka membaca nota sepanjang perjalanan ke dewan peperiksaan sebab tu cuma buat aku rasa serabut. aku suka happy happy je nak g dewan peperiksaan tu. aku juga paling tak suka tengok orang stress depan aku dan hafal nota bagai depan aku, nanti aku jadi cuak… huhu…well, aku pun manusia biasa kan. rasa takut dan cuak tu tetap ada…

buat masa sekarang,ni je dulu la kot… kalau kalau ada hidayah nak bagi tips jawab exam pulak, nanti aku taip lagi….

See ya!!!!

sekian,

penulis yang tak bertauliah

Sayalah :)

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Kita Berkawan?

Laksa Vietnam ( Bansong)

blog cik epal da dpt 2k++,aku?