Thursday, March 10, 2011

Entri Khas buat Classmate ku… :)

Salam Guys,

Malam yang indah permai ni, aku terasa macam nak buat satu entri khas untuk Classmate aku. DTM 2/08/09 UNISEL. Entri ni akan rojak abes macam rojak yang abg buah jual. Tapi tak ada unsul 13PG mahupun 18SX yer kawan kawan.

Assalamualaikum wahai rakan ku sekalian,

Pertama sekali, aku nak ucap GoodLuck kat korang sebab sekarang dah masuk musim exam. Pada yang dah ambil paper, doa la semoga dapat yang terbaik dan pada yang belum start juga bakal habiskan menjawab exam aku doa agar kita mampu jawab dengan mudah dan senang. InsyaAllah.

Kedua, aku nak berterima kasih kat korang sebab selama hampir tiga tahun perkenalan kita, banyak perkara pahit dan manis yang kita kongsi bersama. Terima kasih juga pada korang sebab warnakan hidup aku yang muram ni. Korang kawan yang paling best dalam dunia ni dan aku sayang korang semua!!!! aku menangis, ketawa, sedih, gembira semua dengan korang…even gila gila pun dengan korang jugak. Terimas sangat sangat yer.

Ketiga, aku nak mintak maaf atas semua salah aku pada korang. nak buat macam mana, aku pun manusia biasa jugak, tak lari dari melakukan kesilapan. Dan aku mohon, harap, rayu sangat korang boleh maafkan aku even Hari Raya lambat lagi. Boleh kan? boleh laaaa…. Please eyyh… aku taku kalau korang tak maafkan aku, macam mana lah aku kat dunia lagi satu tu nanti. :)

Dah, aku malas nak kira dah….hehehe…. Pada my lovely BF(BestFriend) Nas, NAd,NanaQ,NanaD,MEl,.. aku tahu aku banyak buat salah kat korang….terlalu banyak kot..jadi aku mitak maaf sesangat yer… aku harap korang boleh maafkan aku..thanks jugak pada korang sebab rajin nak tegur aku dan ingatkan aku..hehehe…

Pada boys sekalian, kat korang pun aku nak mintak maaf gak..Tapi best kawan ngan korang sebab korang sempoi… I like it!!! jangan sombong sombong eyh…dan please…please…please…jangan buli aku dah…lagi lagi Mail tu..haissshh….sabar jer lah..

Sem Depan Sem last kita semua…tapi untuk aku, tak pasti lagi..kalau ada rezeki, berjumpalah kita sem depan..Kalau tak ada, Sem ni lah last aku ngan korang…

Pasal kes Final Project aku, ramai yang tanya. tapi jawapan aku tetap sama “Don’t Ask” dan jawapan sekarang masih sama “Don’t Ask” .. aku ada alasan kenapa aku buat macam tu dan aku ada sebab untuk tidak menceritakan apa yang dah  berlaku. Yang korang patut tahu cuma aku akan ambil lagi Final Project but I’ll do it by my self… ALONE… :) tu jer kayh..

Kalau nak cerita pengalaman kita dari sem 1 sampai sem 6 ni memang tak larat aku nak taip…silap silap 40 hari 40 malam pun tak siap lagi…hehehe…Macam mana pun, aku harap sangat kita semua tetap berhubung. Pada yang ada masalah antara classmate tu, jom la kita berbaik semula. Anggap jer semua orang sama. Tak ada yang lebih dan tak ada yang kurang. Alang-alang tu, aku nak mintak maaf pada rakan kita Wan Amir Amjad sebab aku tak bercakap langsung ngan kau. Sorry la eyh… 0-0 la sekarang yer.. :p … Dah last sem ni, jom la kita jernihkan semula hubungan yang dah keruh bagai tu…

Aku rasa macam panjang jer aku taip nih.ikutkan hati aku nak taip lagi, tapi tak apa lah, takut nanti korang bosan lak baca… apa apa pun GOODLUCK DALAM HIDUP KORANG dan JANGAN LUPA AKU. aku akan sentiasa ingat korang yang panggil aku Farah Kecik!!! hehehe…. AKU SAYANG KORANG SEMUA…. DTM 2/08/09 ..

sekian,

Farah Kecik!!! :)

No comments: