Cara Aku Sebelum, Semasa dan Selepas Exam.

Salam Guys,

Bertemu lagi kita hari ni. Sekarang kita dalam slot malam.. Pada yang tengah makan malam, selamat menjamu selera dan kepada yang tengah buat revision, GoodLuck dalam exam anda nanti ya. Pada budak sekolah, saya percaya anda tak sabar nak tamatkan hari persekolahan pada esok hari, mesti korang lega kan sebab exam dah nak habis. Aku jer dok tunggu exam paper aku nih…haissshhh…

Kali ni aku nak kongsi cara aku Sebelum, Semasa dan Selepas jawab exam. Nak kata tips tu, tak ada lah sangat sebab aku ni bukan nya dapat 8A dalam PMR, tak dapat 9A dalam SPM dan aku tak dapat 4.00 flat time diploma nih. Tapi aku sekadar nak berkongsi yang mana korang rasa korang patut buat sekali.

SEBELUM PEPERIKSAAN

Sebelum peperiksaan ni, maknanya sehari sebelum exam. Malam tu, aku akan baca balik segala nota yang aku dah buat secara ringkas dengan berulang-ulang kali. Sambil baca tu aku akan buat cerita, menyanyi dan kacau sesiapa yang ada dekat dengan aku. Yang pasti aku takkan ganggu orang yang tengah study. FYI, aku ni bukan lah seorang student yang rajin sesangat, aku cuma akan mengadap nota masa aku ada mood jer. Tapi aku akan pastikan apa yang aku baca tu aku faham… Memahami, bukan menghafal bulat-bulat yer. Lepas tu, aku tidur awal. Tenaga untuk jawab exam adalah amat penting. Bila dah bangun pagi, aku akan bersiap dengan tenang dan jalan selamba ke dewan exam tanpa di pengaruhi orang sebarang suara yang sedang menghafal nota. :p

SEMASA PEPERIKSAAN

Semasa exam, apa yang penting sebelum nak jawab exam tu adalah baca doa penerang hati dan Bismillah yer. Seterusnya.

1. Baca arahan di muka depan soalan peperiksaan sebanyak 3 kali dan pastikan tidak ada satu arahan pun terlepas.

2. periksa muka surat soalan peperiksaan tu, lengkap atau tidak.

3. Baca soalan sekali harung sambil fikir jawapan yang patut di tulis nanti.

4. Pilih soalan yang senang dulu, tulis main point dekat kertas soalan.

5. Bila dah yakin, baru tulis dekat kertas Jawapan pulak.

6. bila dah siap, semak balik kertas soalan banyak banyak kali, pastikan tak ada satu soalan pun tertinggal.

7. Serahkan kertas jawapan dan keluar ke dewan dengan senyuman yang paling lebar agar orang lain beranggapan kita ni boleh jawab semua soalan…hehehe…

 

SELEPAS PEPERIKSAAN

Lepas exam, aku paling tak suka nak banding-bandingkan jawapan aku dengan orang lain. Itulah perkara yang teramat-amatlah aku tak SUKA yer. kalau aku bincang dan bandingkan jawapan aku dengan orang lain, aku akan jadi konfius dengan jawapan aku,lepas tu aku akan asyik terfikir pasa paper yang dah lepas tu. Nanti mula lah aku tak dapat fokus untuk paper yang akan datang. tu yan aku tak suka tu. Lagi satu, kita orang Islam ni bila dah habis usaha kita pun berdoalah pada Allah, tawakkal ajer dan minta minta kita dapat Result yang cemerlang, Gemilang dan Terbilang……

 

Setakat inilah slot perbincangan sebelum 9.00 malam kita… mana yang korang rasa patut korang guna, gunalah..yang mana korang rasa aku salah, tolong betulkan yer. marilah kita sama-sama jadi pelajar yang CEMERLANG gitu.Tak salah berkongsi ilmu. :) bertemu lagi di lain masa…

Sekian,

penulis yang tak bertauliah,

sayalah :)

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Kita Berkawan?

Laksa Vietnam ( Bansong)

blog cik epal da dpt 2k++,aku?