Thursday, March 10, 2011

Konsep

Salam Guys,

Malam ni tak pasal-pasal aku menaip entri baru, bukan apa,tadi aku dah tidur dah pastu tiba-tiba jer sakit perut. Terus terjaga. Bila dah terjaga tu, aku tengok pakcik udin ada update entri baru,jadi aku usya la kejap. Hajat menaip ni, bukanlah niat nak buat 1 hari 10 entri tu, macam tak terdaya je idea nak keluar.hehehe.. :p tapi aku menaip sebab tiba-tiba lagi aku terfikir pasal konsep penulisan blog aku ni.

Aku tengok setiap blog yang ada semua mempunyai konsep mereka tersendiri dalam menghasilkan entri mengikut gaya penulisan dan citarasa mereka sendiri. Contoh macam blog Udin, blog dia banyak tips untuk berblogging dan cara menaikkan trafik. Kalau blog Melz pulak, banyak tips macam mana nak create blog yang menarik & ringan termasuklah tips IT sekali. Blog Qaseh Johanna yang aku selalu terjah plak, banyak bagi resipi-resipi yang senang nak masak. Dan blog blog yang lain lagi lah…kalau nak taip satu persatu,memang tak habis la jawabnya entri aku nih.

Bila aku dah tengok blog mereka macam tu, aku terfikir, sebenarnya apa konsep blog aku? apa yang aku cuba sampaikan dari setiap entri aku? OK ke gaya penulisan aku nih? hurm.. fikir punya fikir, sampailah tercipta entri sekarang nih…aisshhh..

Aku perasan yang aku banyak menulis tentang perkara peribadi aku di sini. Cara penulisan aku pun ikut suka hati jari aku jer. Sebab tujuan aku buat blog sekadar nak bercerita jer bukan nak kejar trafik atau duit nuffnang. hehehe…jadi, aku taknak tetapkan konsep blog aku. Senang kan? semua mende aku boleh tepek kat sini sebab ni blog aku. :p

Jadi Konsep untuk setiap blog itu perlu ke? Kalau perlu, aku nak taip, BLOG INI PERLU TIDAK PERLU KONSEP yer. sebab semuanya akan rojak di sini…hehehe…

MAcam entri tergantung jer kalau aku stop sekarang. Tapi takpe lah, tergantung pun…hehehe…aku nak cuba try test melelapkan mata dulu. Kalau tak, kang tak pasal pasal pagi nanti aku bangun lewat plak. :p

Sekian,

penulis yang tak bertauliah

sayalah :)

 

p/s : boleh tak nak wat cam citer kembar siang tu? tapi tukar sikit. BLOG INI TIDAK MEMERLUKAN TAG LINE .. :)

No comments: