P.Ramlee Seniman Agung

Salam guys,

Selepas mengisi perut aku ni dengan mi Sedap yang tak berapa nak sedap tu, muncul pula idea untuk menaip entri kali nih.

P.Ramlee, siapa tak kenal kan. Budak kecik pun tau siapa P.Ramlee tu. Cuma, sekarang ni aku taknak bercerita tentang biodata P.Ramlee atau apa, tapi aku nak cerita kenapa aku minat P.Ramlee nih.

ramlee1

Masa zaman aku kecik kecik dulu, cerita P.Ramlee ni memang terkenal sangat-sangat lah. Zaman 90-an lagi masa tu, Rosyam Nor pun baru nak naik. hehehe.. Aku suka sangat tengok cerita arahan dan lakonan Allahyarham P.Ramlee, tengok banyak banyak kali pun tak jemu. Sampaikan aku boleh hafal dialog yang ada dalam setiap cerita yang aku tengok tu.

Antara Filem yang aku minat sangat sangat sangat :-

1. Bujang Lapok

2. Pendekar Bujang Lapok

3. Seniman Bujang Lapok

4. Nujum Pak Belalang

5. Ahmad Albab

6. DoReMi

7. Laksamana DoReMi

8. Labu Labi

9. Nasib Labu Labi

10. Madu Tiga

11. Masam masam Manis

Tu antara yang aku minat dan hafal habis dialognya. Dan kebanyakkan cerita lain semua aku dah tengok, memang tak miss lah setiap hari isnin kat Tv2 tu.hehehe… Aku memang suka sangat tengok, tak jemu jemu. Cerita lain yang aku tengok, aku cuma ketawa masa first time or second time tengok jer. Tapi cerita P.Ramlee aku boleh ketawa sampai berair mata setiap kali aku tengok, sampaikan kak iQa kata cmni kat aku

“farah ni gelak tengok cerita ni macam first time tengok jer”

Hahahaha….gitu sekali kan… Apa boleh buat, aku dah minat sangat. :p Korang pun rajin rajin la tengok karya agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee tu yer. Ajak adik-adik dan anak-anak yang kecik tu tengok sekali, biar diorang kenal siapa seniman agung negara kita.

Dah alang-alang nih, mari lah kita sama-sama sedekah Al-Fatihah kepada Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.. ~Al-Fatihah~

Sekian,

penulis yang tak bertauliah,

Sayalah :)

Comments

Popular posts from this blog

Laksa Vietnam ( Bansong)

Apa itu SOM TAM?

Siapa nak bela HARIMAU?