Facebook, Twitter Dan Blog Sebagai Therapy?
Salam guys,
Hari tu aku ada cerita tentang mengapa orang sibuk buat Facebook dan Twitter tapi hari ni aku nak tambah lagi satu, iaitu Blog. Sebelum tu, aku nak tekankan bahawa isi kandungan posting ni adalah umum dan tidak specify kepada mana mana pihak kecuali mereka terasa sebab siapa makan cili terasa pedasnya. Aku buat entri ni berdasarkan pengalaman aku dan permehatian aku selama aku hidup dengan laman sosial nih.
Kenapa aku cakap semua laman sosial ini sebagai satu therapy? Meh sini aku nak terangkan mengikut kefahaman aku sendiri yer. Jadi jika anda tidak faham, faham fahamkan aja lah.
1. Tempat menceritakan segala perasaan yang ada dalam diri.
- Segala kisah sedih, suka dan marah semuanya korang post kat wall FB, twitter dan yang rajin sikit akan post dekat blog. Dengan cara itu, segala beban dalam diri kita itu akan terasa sedikit berkurangan. Tapi, adakah kita fikir tentang perasaan orang yang membacanya. Contohnya kita buat status marahkan seseorang. Bila rakan-rakan lain baca, automatik mereka akan baca dalam nada marah kan? jadi, secara tidak langsung akan ada sesetengah rakan kita berasa seperti di marahi. kesian tau…
2. Tempat senang nak cari gaduh.
- Tak semua orang mampu berhadapan dengan orang yang dia sedang marah atau orang yang dia tak suka, jadi dengan cara mudah dia cuma bercerita di FB, Twitter dan Blog jer. Kalau asyik buat macam tu, sampai bila orang yang kita marah dan tak suka tu tahu yang kita ni marah kat dia, tak suka apa yang dia buat. Susah kan? sia sia je korang taip panjang panjang tapi lastly orang tu tak tahu pun dia yang dimaksudkan kita.
3. Tempat meminta pandangan dan nasihat orang lain.
- Yang ni, aku setuju sikit. Rakan-rakan kat FB, Twitter kan ramai, jadi senang untuk kita minta pendapat dan nasihat mereka. Kalau SMS n Call memang tak terdaya lah kan kredit kita tu.. hehehe… :) jadi gunakan laman sosial ni sebagai satu medium yang boleh memberi manfaat pada kita.
4. Tempat untuk kita mengingatkan diri sendiri.
- bahagian ni, khusus untuk diri aku sendiri. Akhir-akhir ni aku suka muhasabah diri di FB aku. tujuan aku bukanlah ingin menyindir sesiapa tapi tujuan aku adalah untuk mengingatkan diri aku sendiri tentang apa yang aku lakukan setiap hari. Kita manusia biasa, adakala kita tak sedar kesalahan yang kita lakukan. Jadi, bila On FB dan tengok status rakan rakan yang lain, aku mula sedar bahawa aku ada buat salah. Cara mudah untuk aku mengingatkan diri aku dan orang lain adalah dengan wat status “Muhasabah Diri:” .. BTW, aku nak mintak maaf kalau ada yang terasa yer.
Aku rasa, itu je lah sebab musabab yang aku boleh kata Laman Sosial ni sebagai satu therapy.
Time to lunch…
Sekian,
Penulis yang tak Bertauliah,
sayalah :)
Comments