Awan Nano

Awan Nano

Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

 

 

Selalu dah dengar lagu ni,tapi baru hari ni tergerak hati nak tau tajuk lagu ni. Lagu ni memang menusuk hati. Terus membuatkan aku terfikir tentang mak dan ayah, bertapa banyak pengorbanan mereka untuk membesarkan aku dan memastikan aku berjaya. Mereka adalah awan nano ku yang setia melindungi diri aku dari segala bahay dan kesusahan. Kasih sayang mereka untuk kami bertiga memang tiada banding. Kasih sayang mereka untuk cucu- cucu mereka memang tak berbatas. Mak dan Ayah adalah IbuBapa terbaik di dunia. Kasih mereka tak mungkin dapat aku balas. Aku cuma mampu berdoa padaNya agar aku bisa melihat mereka bahagia dan hidup senang dunia akhirat. Mungkin aku bukan anak yang terbaik di dunia, tetapi aku akan cuba menjadi anak yang baik untuk mereka.

Lagu ni betul-betul buat aku mengalirkan airmata. Lirik yang begitu menarik, namun mempunyai makna yang begitu mendalam. IbuBapa diumpamakan sebagai awan yang sentiasa melindungi anaknya. walau di manapun kita, kasih sayang mereka sentiasa bersama kita… Video klip ni pun menarik sangat-sangat sampai aku tak jemu tengok berulang kali. Good Job Hafiz!!!!

sekian,

penulis yg tidak bertauliah,

sayalah :)

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Kita Berkawan?

Laksa Vietnam ( Bansong)

blog cik epal da dpt 2k++,aku?