Marah!!!

Salam Guys,

Korang marah tak kalau aku marah marah? hehehehe…..

Lagi sekali tetibe jer aku nak cerita pasal kemarahan. Tapi bukanlah aku nak cerita aku marah tentang apa atau kepada siapa, aku nak cerita apa yang selalu terjadi bila kita marah-marah.

Setiap kali berlaku sesuatu yang boleh membuatkan kita rasa sakit hati, kita turut akan berasa marah. Apabila kita dalam keadaan marah yang amat sangat, kita takkan fikir tentang orang lain dah. Dengan mulut tak ada insuran, kita akan menghamburkan kemarahan kita dengan perkataan-perkataan yang tidak sedap di dengar pada orang yang kita marah tu tanpa kita berfikir adakah cara kita itu betul atau salah, adakah kita patut marah kepada orang tu tanpa merenung kembali mengapa harus kita marah. Itulah manusia, tipu lah kalau tak ada sekali pun kita buat macam tu kan, sebab aku pun pernah buat jugak. Salah aku, silap aku, aku tak nampak tapi salah orang aku nampak, secara automatik andai berlaku sesuatu aku akan rasa marah kepada orang tersebut. Biasalah tu kan.

Tapi bila difikirkan semula, patutkah kita membiarkan kemarahan itu menguasai diri dan permikiran kita? kita tahu rasa marah itu bersahabat baik dengan syaitan, sebab syaitan tu suka kalau kita marah-marah. Seharusnya kita mengawal kemarahan kita agar tidak berlaku sesuatu yang kita tidak inginkan. Macam mana nak kawal kemarahan kita? ni antara yang aku amalkan. :

1. dalam rasa marah yang amat sangat tu, aku akan cuba berselawat. InsyaAllah rasa itu akan berkurangan.

2. Kalau masih lagi marah, aku g amik wuduk dan solat.

3. Masih lagi marah, aku akan baca surah Yassin.

4. Masih lagi marah, aku akan berbaring dan merenung kembali sebab musabab aku marah.

Tu jer…cumer kalau dah tak tahan sangat, aku belasah jer apa apa yang ada depan mata aku. Macam baru baru ni, aku belasah pintu toilet kt fakulti sampai tangan aku bengkak. Memang silap la kan time marah marah g toilet, tempat Syaitan bertendang lak tu… Bak kata doktor, aku cenderung untuk mencederakan diri sendiri. Jadi, aku kena kawal kemarahan aku dan kawal diri aku sendiri.

Itu kalau kita berada dalam situasi marah, macam mana pulak kalau kita berada dalam situasi di marahi atau dipersalahkan?

Kalau orang itu marah pada kita, jangalah pula kita melawan kerana itu hanya akan mengundang masalah yang lebih besar. Seeloknya, kita diam saja sebab orang yang sedang marah tak dapat berfikir dengan waras. Kalau dia nak marah, biar dia marah puas puas. kita pekakkan telinga dan butakan mata jer dengan setiap perlakuan dia pada masa itu. Lama-lama nanti ok lah. Tapi doa-doa lah yang orang tu sedar diri yer, maknanya sedar akan kesilapan dia dan juga kita. Kalau dia tak sedar jugak, tak tau nak cakap apa lah..

Haaa… tu yang aku selalu buat sekarang nih, kau nak marah ke nak kutuk ke nak gossip ke, aku senyum jer sampai kau letih..hahahahaha… pastu buat bodoh, tapi korang janganlah buat bodoh tanpa muhasabah diri korang. kalau korang dah tau korang salah, cuba lah perbetulkan diri tu yer. Jangan nak jadi orang yang bodoh sombong plak. :p

 

Sekian lah cerita aku tentang MARAH… maaflah, aku menulis tanpa merujuk mana-mana kitab. Aku cuma menulis mengikut apa yang aku fikirkan. Andai ada salah dan silap, harap di tegur. LAgi sekali aku nak tekan kan, segala apa yang aku ceritakan tidak khusus kepada sesiapa, ia cuma sebagai satu peringatan kepada aku dan rakan-rakan pembaca yang lain.

 

sekian,

penulis yang tidak bertauliah,

sayalah :)

Comments

Popular posts from this blog

Laksa Vietnam ( Bansong)

Kenapa Kita Berkawan?

blog cik epal da dpt 2k++,aku?