Bila Kata Baik di Salah Ertikan!

Salam guys,
petang petang jumaat ni korang buat apa? Yg duduk kat ofis mesti tak sabar nak balik rumah kan? Apetah lagi budak sekolah dan pelajar universiti, mesti tak sabar nak habiskan cuti hujung minggu korang dengan penuh keceriaan. Lagi-lagi orang area kuantan, pekan, terengganu ni sebab esok kan ada JOM JOM JOM JOM HEBOH HEBOH HEBOH kt Kuantan. Aku malas nak pergi, takde mood dan keizinan.heehe... Panjangnye mukaddimah aku ni.

Berbalik pada tajuk di atas, korang pernah tak alami satu keadaan di mana member korang dalam situasi kusut dan korang cuba nak tenangkan member korang tu dengan ayat ayat semangat gitu. Tapi apa yang korang dapat, kata-kata baik korang tu disalaherti oleh member korang tu. Pernah tak? Pernah tak? Jangan tipu la.. Aku yakin semua pernah alami mende nih.

Kalau pernah berlaku kat korang, apa yang korang buat untuk menahan sabar dengan sikap member korang tu, macam mana korang nak buat supaya dia ooleh terima nasihat korang tu. Jangan korang tepuk tampar member korang tu sudah la yer.. Kang sia sia ada yang lebam nanti. Kat sini aku nak kongsi apa yang aku lakukan bila perkara ni berlaku pada aku.

* sebelum nak nasihat, aku akan mintak orang tu fikir positif dgn apa yang bakal aku sampaikan. Kalau dia nak fikir negatif juga, lantak la sebab nanti dia yang akan jadi makin serabut sebab dok fikir orang nak jatuhkan dia jer.

* guna perkataan yang baik dan manis semasa menasihat orang tu, maksud manis di sini bukan letak gula atau madu. Tapi adalah kata-kata yang lembut gitu. Sebab Islam ada ajar untuk kita menegur secara berhemah, jangan nak main serang jer.

* kalau orang tu tuduh korang nak jatuhkan dia ke, sakitkan hati dia ke, apa ke, korang anggap je orang tu tengah serabut dan tak boleh fikir secara rasional. Korang boleh nak terasa bagai, tapi jangan nak lebih-lebih sampai makan dalam pulak. Biasalah, tak semua orang boleh terima nasihat dengan baik.

* bila korang cakap baik-baik tapi orang tu balas kasar, korang diam, tarik nafas dalam-dalam dan sabar. Tengok mood orang tu, kalau dia dalam keadaan marah, korang diam dan pergi jer. Sebab kalau korang masih lagi nak bagi nasihat time tu, sure korang kena maki punya. Tak depan depan pon, confirm dia sumpah seranah korang kt dalam hati. Manusia bebb, siapa tahu kan?


Haaa...tu lah antara mende yang aku selalu buat bila member aku salah erti dengan apa yang aku sampaikan. Just diam, sabar dan fikir positif sebab kalau aku pon fikir negatif macam dia, nanti aku pon serabut macam dia jugak. Moral of the story, KESABARAN itu PENTING dan sikap POSITIF itu adalah bagus.

Sekian,
:D

Comments

Ca Ezah said…
penah2~ :( cdey jek kn..bila kita nk wat baik ngn org, org salah fhm..huk3...sabar jerla..
:(
Anonymous said…
pernah lah jugak..last2 dgn kite sekali dye majok dan marah..ggrr sabor je lah
Unknown said…
Thanks Ca n Nadia.
Tu la pasal, da selalu sangat mende tu jadi. Takleh nak salahkan orang tu jgk sbb nama pon keadaan dia tengah serabut kan.. Hehehe..

Popular posts from this blog

Laksa Vietnam ( Bansong)

Apa itu SOM TAM?

Siapa nak bela HARIMAU?