Posts

Showing posts from 2012

Mr. Steak House

Image
  Haa.. Cerita pasal makan lagik. hihihihi… Aku kalau part makan nih, haruslah dikongsikan bersama janji sedap dan berpatutan. Semalam plan nak makan dekat dekat area Unisel jer, tapi tersesat sampai ke Shah Alam! Bahahaha.. Sabar je lah kawan kawan aku nih.. Semua selera nak makan western jer, terima kasih pakcik google sebab kami boleh review tempat ni sebelum pergi. Terima kasih kat Cho jugak sebab cadangkan tempat nih. Mr. Steak House @ Shah Alam picture credit to : Jom Makan2-Jalan2 Terletak Di G07, No.7 Persiaran Sukan, Laman Seri Business Park Seksyen 13,40100 Shah Alam Selangor. Dan ni memang pertama kali kami pi makan kat situ. Review menu online memang tak percaya bila tengok harga setiap menu tu. Sampailah kami order sendiri. Chicken Chop = RM8.90* Ordered By Me, dan rasa memang sedap. Mushroom sauce cukup rasa dan cukup lemaknye. Memang tak menyesal bila makan.   Mix Lamb Chop = RM 16.90 Apit yang order. Mix Lamb Chop ni mix dengan ayam. K...

Istiadat Konvokesyen Kali Ke-7 Unisel !

Image
  Alhamdulillah, selesailah sudah. Penantian selama 3 1/2 tahun berakhir pada 14/10/12 ..   Seronok sangat bila tengok senyuman mak ayah saat aku keluar dari dewan utama sampai bergenang airmata aku. Aku cuma mampu cakap “Inilah hadiah terbaik yang aku mampu untuk mak ayah” .. Parent students lain tunggu anak-anak keluar dengan sejambak bunga. Tapi aku, dengan satu pelukan dan ciuman istimewa dari mak. Itulah hadiah terbaik bagi aku hari ni.. :’D . Terus aku cakap kat mak “ Lagi 3 tahun setengah, Farah nak pastikan nama Farah kat muka surat depan buku ni pulak!” . Mak bagi sokongan penuh kat aku. Ayah pon sama. Terima kasih mak ayah sebab sokong farah 250% .. Terima kasih pensyarah sebab sentiasa tolong Farah. Terima kasih cikgu sebab didik Farah dengan baik kat sekolah. Terima kasih kawan kawan sebab sentiasa ada untuk Farah. Sayang Semua!   Camne pun, terasa sedih sikit sebab abang dengan kakak tak dapat datang event tu. So gambar studio juz bertiga dengan mak a...

Shopping Sakan

Image
  Haahahahah… seharian berjalan kat PKNS, SACC Mall, Plaza Alam Sentral .. Letih tapi seronok!   First time rasa seronok shopping lame-lame coz selalu bab shopping ni aku la paling malas sekali.. hahaha…. Antara barang yang dibeli   Haaa.. itulah yang aku beli tadi… Tak banyak tapi banyak habis duit… kih3… Padahal tujuan asal nak mencari tudung jer.. Ni la yang orang katekan nafsu.. haih… Siapa boleh teka berape nilai semua nih? CD tu ada 2, bawah tu ada inner…

Cuti Panjang

Image
  Lame betul cuti raya kali ni, sampai 27hb nanti haa.. Rezeki.. Aku student UNISEL, so dapat cuti lama, kenapa apa semua tu aku malas nak cerita. hahaha.. Tapi reaksi pertama aku bila dapat tau kelas start 27hb , aku rasa macam urgghhhhh!!!!!!! “semangat nak pi kelas esok, napa tundaaaaaa!!! , tiket bus dah beli lah! “ Mana taknye, 1st day puasa tu aku dah beli tiket bus dah sebab taknak jadi macam tahun-tahun lepas tu.. haih.. Dugaan berpuasa betul… tapi macam mana ppun aku tetap tak salahkan Unisel. Aku bersyukur dapat cuti awal.. Lama pulak tu haa.. Tiket boleh cari lagi, if takde balik je la 16hb kan.. hehehe… Sekurang-kurangnya sekarang ni aku dapat pi settle urusan tanpa ganggu sebarang kelas pun. Lepas cuti terus boleh masuk kelas dan belajar macam biasa kan..   Masa tu takde la nak sibuk pi cari lecturer ni, lecturer tu sebab nak mintak sain n cop .. Setiap yang berlaku tu ada hikmah disebaliknya. Harap masa cuti ni, pihak pengurusan dapatlah selesaikan ...

Hidayah. Cari ke Tunggu?

Image
  “Alaaa..Tak dapat hidayah lagi, da sampai seru kang aku berubah la….” Haaa.. Tu la ayat yang biasa kita dengar bila orang tak sedia nak berubah. Aku akui, dulu aku pon cakap camtu jugak. Konon hidayah tak sampai lagi padahal diri sendiri yang tak sedia lagi nak berubah. Upssss!!! Aku bukan bercakap tentang orang yang bernama “Hidayah” tapi pasal Hidayah Allah. Bagi aku, hidayah or petunjuk nih macam duit tau. Duit tu korang kene cari, kalau setakat duduk tunggu duit jatuh dari langit memang kebulur la korang nanti kan?! Ada duit, korang boleh hidup senang. Ada duit, korang kaya.  Macam tu jugaklah hidayah. Korang kene cari, bukan nak tunggu jer okeh. Dapat hidayah, boleh berubah dengan lebih baik dan ikut perintah Allah. Ikut perintah Allah, dapat pahala. Dan pahala tiket untuk masuk syurga.  Kalau korang nak tunggu jer, buatnye sampai mati tak dapat hidayah, tak ke rugi? Ingatlah kawan-kawan, mati tu sentiasa dekat dengan kita. Kalau Allah nak, sekarang pon D...

Jerebu!!!

Image
  Hari ni balik Unisel, terpaksalah naik train dan bus sebab abang aku cuma hantar masa hari pendaftaran je. Selebihnye, silalah buat sendiri yer. Dah la hampir 1jam aku tunggu train kt KTM Kajang tu, penatnye lah , beg pon berat. Dah sampai Sungai Buloh, tunggu bus plak tapi yang confirm 1jam punye tunggu. Letih.. Panas.. JEREBU!!! Dah la tunggu dari pukul 1 plak tu. Kul 2 baru ada bus. Memang dugaan giler-giler .. Kul 3 baru sampai hostel.. Pancit .. Ahh! Pancit pon, puasa tetap diteruskan macam biasa.. Siap-siap kemas barang, dah masuk waktu Asar. Lepas tu turun jap pi beli juadah berbuka. Berbekalkan RM3.70, aku kenyang sampai sekarang.. hehehe.. TAPI, disebabkan JEREBU aku rasa demam aku dah nak datang semula. Haih.. Baru nak 100% sihat, dah start balik. Erm.. Ni tak syok nih, esok banyak lagi urusan nak kene settle. Masak la aku camni.. Sok berjalan lagi kat dalam Unisel ni dengan cuaca yang sangatlah tak elok.. Dugaan.. Dugaan.. Memandangkan sekarang musim je...

Dah nak raya!

  Semalam lepas amek anak buah aku balik sekolah, tetibe .. Akak : Yeay! Yeay! Dah nak raya!!! Maksu : Akak, lambat lagilah.. baru 10 hari puasa.. Ada 20hari lagi tau . Akak : Alaaa.. dah nak dekat la tu kan maksu .. Maksu : Akak, akak tau tak orang suka sangat bulan puasa, bulan Ramadhan nih.. Akak : Kenapa orang suka, maksu? Maksu : Sebab, bulan puasa ni lah orang kejar nak dapat pahala banyak-banyak. Masa ni, pintu syurga tu Allah bukak luas-luas tau.. Lepas tu, Allah tutup pintu neraka. Orang dalam kubur pun tak kene seksa tau kak.. Kalau dah raya, kita takleh nak kumpul pahala macam bulan puasa nih dah. Akak : Habis tu, kenapa orang raya? Maksu : Hari raya tu, hari kemenangan. Masa zaman nabi dulu, bulan puasa pun ade peperangan. Lepas sebulan puasa, umat Islam pun raya sebab kita dah menang. Kita menang bila kita dapat puasa, tahan nafsu lapar, dahaga, dengan mende-mende lain yang boleh batalkan puasa. Macam sekarang, akak dah puasa 10 hari, lagi 20 hari aka...

Maksu, Ampunkan Dosaku Tu Apa?

Image
  Itulah soalan anak buah aku yang umur 6 tahun tu lepas dengar nasyid I’tiraf yang Raihan nyanyi tu. Budak-budak, diorang cuma tahu perkara yang Allah marah itu dosa dan apa yang Allah tu suka, pahala. Yang lain tu, cuma samar-samar je bagi diorang. Dan bila soalan ni ditujukan pada aku, aku pon jawab. “Adik, dosa tu bila kita buat salah. Macam adik buat salah kat akak, adik kene mintak maaf kan? Macam tu la bila kita dosa ngan Allah, kita kenalah mintak maaf kat Allah .. Ampun tu, maksud dye mintak maaf la tu. Adik faham tak?” Dia cuba untuk faham dan dia tanya soalan lagi. “Maksu, adik banyak dosa tak?” Part ni yang takot nak jawab nih.. Tapi, aku cuba jugak.. Aku pon kate la. “Adik, semua orang buat salah. Semua orang buat dosa. Tapi, budak kecik macam adik ni, mak ayah yang tanggung dosa adik sebab adik belum tahu apa yang betul ngan salah. Bila adik besar, semua dosa adik nanti ayah yang tanggung. Kesian ayah tau.. Adik sayang ayah tak? Kalau adik sayang, adik k...

45.5 or 47.8 ?

Image
  Haih… Pelik ase.. Hari tu aku timbang, berat aku 45.5kg .. Sangatlah pelik, takkan seminggu puasa boleh turun sampai 4kg kot.. Superb sangat dah tu! Sahur makan, berbuka pon makan, siap makan banyak buah-buahan lagik.. Dan 45.5kg tu berat aku masa zaman sekolah dulu. Tak pasti form baper.. Lepas tu, tengahari tadi pi try timbang kt mesin yang ade kat Tesco tu. 47.8kg plak.. Aikkkkk!!! Takkan la baru 2 hari naik 2.3kg kot.. Padahal aku siap TERlepas sahur lagi tu. Berbuka pon tak makan nasi .. Haih… Penimbang tu rosak kot.. Dan aku tak tahu kenapa puasa tahun ni macam tak semangat je nak makan banyak-banyak macam selalu. Bukan memilih, tapi takde selera.. Kadang tu plan macam-macam nak beli kat bazaar ramadhan, tapi bila da sampai, semuanye aku tak berkenan.. So, beli air jer.. Makanan, juz beli Char Kuey Tiaw sebungkus. Itu jer.  Pagi tadi, sempat minum segelas je air untuk sahur.. Terlajak tidur punye hal. If kat kampung, mak ada Super Power yang boleh buat aku bangun...

Mimpi, Peringatan atau Mainan Tidur?

  Mimpi ni dah lama dah.. mungkin dah sebulan atau dua bulan.. Ini bukan cerita rekaan, tapi ini apa yang aku alami sendiri. Ada orang kata tu semua mainan tidur, tapi aku anggap mimpi satu peringatan kepada aku sendiri. Lama aku pendam, aku cuma cerita kpd seorang kawan tapi hari ni aku nak cerita kat blog nih. Mimpi yang sangat menggerunkan aku.. Suatu malam, aku bermimpi yang aku dibawa ke suatu tempat dimana ramai wanita sedang menunggu giliran untuk dihukum, termasuk diri aku sendiri. Satu tempat yang menakutkan dan penuh dengan jeritan kesakitan. Setiap orang diseksa dengan begitu kejam sekali. Aku terasa bahang kepanasan di tempat tu. Aku tengok ada yang menjerit, ada yang menangis dan ada yang memohon ampun. Tapi semua tu dah terlambat. Tiada lagi keampunan dan tiada lagi kemaafan. Hanya menanti giliran untuk diseksa. Setiap perbuatan seolah-olah diulang tayang semula. Saat seseorang tu membuka aurat, saat orang tu melakukan setiap dosa, semuanya diulang tayang.. Je...

Kewlbox - Fowl Words - Play Online

 Hari hari yang membosankan dihabiskan dengan main game nih. Seronok dan mencabar.. :) Kewlbox - Fowl Words - Play Online

Baitul Rahmat

Tu drama yg aku dan family tonton kat tv1. Cerita pasal anak anak yg tak kenang jasa ibu bapa dan akhirnya hantar kat Baitul Rahmat(rumah orang tua). Sedih betul! Kenapa la ada anak yg camtu. Masa dok tengok citer tu tetibe mak tanye, Mak : nanti farah nak hantar mak g rumah orang tua tak? Aku : taknak la. Nak jaga. Mak : rumah orang tua kan selesa. Kalau farah keje. Siapa nak jaga? Aku : mak ayah lg penting. Takkan la anak 3orang takleh nak jaga mak ayah sendiri. Lagipun mak da susah payah ngandungkan aku. Ayah susah payah berusaha nak cukupkan makan pakai aku. Takkan la aku nak lupa semua tu. Besar rahmat bila seorang anak jaga ibubapanya. Kita ada seorang mak, seorang ayah.. Memang takleh cari ganti. Keje boleh cari, duit boleh cari, kete boleh beli. Tapi bukan mak ayah. Mereka tak ternilai dan tak terbanding. Jika kita seorang anak sebagai amanah Allah buat mereka, sekarang mereka adalah amanah yg perlu kita jaga. Jangan nanti bila mereka dah takda, kita baru nak menangis ...

Aku ke yang salah?

Erm, tadi kan aku g beli makanan ikan ngan ayah. Otw balek tu, singgah la jap beli buah coz sebelum puasa lagi ayah nak makan limau bali, da alang alang ada tu singgah la kejap. Sebelum benti tepi tu aku bagi la signal kanan awal awal lagi. Takde kereta pon kat belakang aku mase tu. Dah kereta dari arah bertentangan banyak, kene la aku benti dulu kan. Kalau terus kang, tempah maut namenye. Ntah semena-mena ada kete kancil slow kat belah kiri kete aku. Menjerit marah marah aku. Dah jalan tu kecik, aku rasa tak salah dye benti blkg aku,lagipun aku dah bg signal. Aku yang gelabah ni, terus masuk simpang. Demm! Cerun plak. Camne la nak kuar.. Siap membeli, aku try kuar simpang. Banyak kali gak tapi tak berjaya coz ni first time kete aku bwk beban lebih 150kg. Aku tak dapat nak balance klac n minyak. Enjin asyik mati je. Kesian betul! Last, aku turun sampai kawasan mendatar dan cube naik lagi n aku berjaya! Syukur ya Rabb! Berjaya kuar dgn selamat dan dapat la aku update pasal kes tadi ...

Supergirl!

Haa.. Memang supergirl pon sebab baru pas balek dari beli makanan ikan ngan ayah aku.. Kenapa super? Super sebab aku angkat makanan ikan tu sensorang, takkan la aku nak bagi ayah aku angkat plak kot. Aku sayang ayah aku.. Dah la 1guni beratnye 20kg. 4guni=80kg. Super tak aku? Hehehe.. Sekarang dah mula rasa dahaga. Haish.. Tetibe ase nak wat bisnes online ikan sungai. :-)

Aktiviti Hujung Minggu

Image
Pukul 10pagi ayah ajak g bank, dok mandi ayah kate tak jadi plak. Memandangkan takde apa nak dibuat, aku pon capai baldi dan g kat kete. Jirus jirus air, gosok gosok kete, bilas bilas kete, bersihkan dalam kete, 1jam kemudian siap! Tapi aku rasa cam lebih dari sejam je. Siap part 1, check enjin plak. Ni someone tu yang byk ajar aku. Mula-mula tengok minyak hitam dulu, erm.. Ada lagi separuh, memandangkan nanti kete kene tinggal, aku nak tukar pas raya je. Coolant pon lagi separuh, petang kang la isi. Air filter pon da aku bersihkan, senang sikit nak start enjin. Bila da siap semua tu, mula la tak tau nak watpe. Nak keluar pon bukan ada apa pon kat bandar Pekan ni. Bukan kutuk ye tapi hakikat. Library, riverfront tu mmg cantik tapi belum tergerak hati lg nak ke sana. Hehehe.. Nak g kuantan plak, confirm parent aku tak bagi, jadi dok umah je la sambil fikir nak masak pe petang ni. Tapi semalam mak da request roti jala, menjala la aku petang ni kat dapur. Hehehe.. Bila cakap pasal ro...

Persediaan awal

Image
Semalam awal awal lagi dah pergi beli tiket bus, taknak jadi cam tahun tahun sebelum ni bila terpaksa tunggu raya pertama or kedua baru balek kampung. Huhuhu, Ni first time naik bus Mara Liner dan kali kedua naik bus Utama Express. Dan aku menggharapkan perjalanan pergi balik yang selamat dan selesa. Almaklum la, bulan puasa dan musim raya kan. Harapnye tak letih sangat la nanti. Nak drive sendiri, parent tak bagi. Risau katanya,jadi terpaksalah naik bus. Lagipun bukannye tak biasa, selalu sangat dah pun.

Antara Cita-cita dan Tanggungjawab.

Salam guys, Erm.. Dalam tempoh sebulan ni aku dok dilemma nak pilih yang mana satu. Antara sambung belajar atau jaga parent aku yg tengah tak sihat sekarang nih.Beratnya pilihan dan dugaan bagi aku. Dua-dua penting sangat. Kena plak mak dok desak aku sambung cepat dan abes cepat coz nak aku kawen cepat. Eh! Da ada calon ke? Ada yang cadangkan aku teruskan niat sambung belajar tu coz parent makin tua, takot diorg tak sempat nak tengok aku berjaya. Erm.. Betul gak tu. Dan akak pon cadangkan aku sambung je terus. Tadi mak cakap yg ayah kata tengok aku da macam taknak study lagi je. Aku pon jawab "bukan taknak cume tak sedap hati bila mak ayah tak sihat cam sekarang ni". Mak pon diam Nak wat camne, memang itu yang aku rasa sekarang ni. Esok lusa nak g Kajang dah. Sabtu daftar degree. Tiket bus pergi balek pon dah beli. Name je ada kereta, tapi naik bus juge.. Setakat ni je la. Nak tidur standby sahur. :-)

Beserdehana dalam berbelanja

Salam guys, Hari ni hari pertama puasa untuk tahun ni, jadi aku nak ucapkan selamat berpuasa  yer. Bila dah lame tak update, tak reti pulak nak bercerita. :p Erm, first day puasa ni mesti ramai yang semangat membeli belah kan, lagi-lagi bab makanan. Aku pon tak terkecuali jugak. Kononnya untuk sahur dan berbuka. Semalam balik dari membeli bahan untuk masak time sahur, tetiba ayah aku cakap <b>"orang kita ni, esok nak puasa, masa tu la nak borong sana sini. Kata nak sedia untuk bulan puasa, padahal esok tu puasa je. Bukan makan 3 kali sehari pun"</b> Erm. Dok masak tadi aku terfikirkan balik kata-kata ayah aku tu. Ada betulnya jugak. Kita ni sepatutnya beserdehana dalam bulan puasa ni. Contohnya bab makanan ni la. Puasa bukan setakat niat dan puasa, tapi untuk kita rasa kesusahan orang lain yang tidak berkemampuan cam kita. Kita masa berbuka, penuh meja makan. Bersusun haa segala jenis air dan kuih muih. Sampaikan banyak plak yg lebih lepas berbuka tu. Kan da...

Cuba try test

Lame tak post.

Bingung – Hafizah Naser

Image
  Aku baru perasan lagu ni.. Best plak rasenyer… heheehe…   Kau katakan kau yang mencintai aku Kau katakan kau yang merindui aku Bila diriku tiada di sisi Engkau pun mula mendustai aku Coba kau fikirkan apakah kesalahan diri ku Kerna ku bingung bila kau selalu lafazkan I Love you, I want you, It is all that you’ll ever say I need you, I miss you, And you always wanted me to stay But you betrayed me Betrayed me right from the start But you betrayed me Betrayed me right through my heart Kau katakan kau yang memerlukan aku Kau katakan kau yang menginginkan aku Bila diriku jauh darimu Engkau pun mula mencurangi aku Coba kau fikirkan apakah kesalahan diriku Kerna ku bingung bila kau selalu lafazkan I Love you I want you It is all that you’ll ever say I need you I miss you And you always wanted me to stay But you betrayed me Betrayed me right from the start But you betrayed me Betrayed me r...

Tutti Frutti !!!

Image
Assalamualaikum guys, Haahahahaha.. Aku nak gelak sorang-sorang bila aku terfikir yang semester ni aku memang kuat makan.. Sana Sini, asalkan sedap jer mesti aku nak rasa.. Aku taktau la ape nasib aku bila ade kereta sendiri nanti.. Mau badan aku berisi sebab pi mencari tempat makan best je lepas nih.. hahaha… Ni nak bercerita pasal Tutti Frutti… Aku adelah penggemar TF yang setia.. ahaks!! :p Boleh dikatekan setiap minggu, hari Jumaat aku akan pi TF yang kat Rawang tu.. hehehhe… Rasa macam da ketagih! Sampaikan kawan-kawan aku takleh nak sebut TF, nanti mesti aku nak pi mase tu jugak.. Tapi atas sebab tiade kenderaan nak pi, aku akan sabar dan tahan nafsu aku tu.. hehehe.. Last week aku ade g TF ngan Cacho n Nana.. 1st time pi ngan depa berdua.. Selalu aku pi ngan kawan aku sorang lagi tu jer. Nama? tak perlu nak mention kat sini kot.. hahah.. :p Sangat best pi ngan Cacho n Nana sebab kami sangat enjoy kat sane.. :D Happy together la katekan.. hehehe.. :p 2 cup utk 3 orang ...

BBQ Land & Steamboat Kuang

Image
Assalamualaikum guys, Whoaaa!!! Semalam memang syok aku ngan kawan-kawan aku makan kt BBQ Land Kuang… Ni semua gara-gara JJCM la nih! ahaks!! Akibat tergoda tengok Qi makan dan kami memang da lama nak pi makan steamboat, kami pi la jugak semalam memandangkan hari ni masing-masing takde kelas.. :) Kami gerak dari Unisel Bestari Jaya, ambil masa 20minit la jugak nak sampai Kuang. Dan senang sangat nak cari BBQ Land ni. Masuk je simpang Kuang, lepas jambatan korang akan nampak barner besar BBQ Land, confirm takkan sesat punyelah! Sampai-sampai jer, pi amik nombor meja kat cashier dulu, lepas tu pelayan akan sediakan dapur untuk korang. Sementara tu korang pi la amek apa-apa yang korang nak. Bayaran, RM20 untuk dewasa, RM10 untuk kanak-kanak (6-12 tahun ) , bawah 5tahun FREE!!! Makanlah banyak mana pon korang nak sampai kenyang.. ngee :D Memang enjoy sakan la kteorang kat situ.. Dari pukul 8.45-11.00 malam kteorang kat situ… Seronok makan ramai2 nih.. hehehe.. :p me with ...