Majalah 3- Ikan Patin!!!
Salam guys.. Korang tengok tak majalah 3 tadi? Diorang dok cerita pasal Ikan Patin.. Kalau cakap pasal Ikan Patin mesti korang teringat bandar Temerloh kan kan kan??? Tapi kalau aku, cakap pasal Ikan Patin je aku akan ingat rumah dan sangkar ikan patin ayah aku sebab ayah aku bela ikan patin..hehehehe... Ramai orang cakap ikan patin masak gulai tempoyaj tu sedap, tapi aku amatlah tidak suka akan tempoyak. Jadi aku prefer ikan patin tu digoreng, bakar or wat sambal macam yang mak selalu buat. Bak kata BoBoiBoy "Terbaiiiikk"... Hehehe.. Kalau nak cerita pasal ikan patin, memang aku tak reti sebab aku tau makan jer. Yang pasti, ikan patin sungai lagi sedap dari ikan patin lombong atau kolam. Antara ikan patin sungai ngan ikan patin sangkar, yang liar of course lagi sedap. Isi dia rasa manis jerrrr tau. Beza ikan patin sangkar dengan ikan patin liar ni korang boleh bezakan melalui duri dan warna patin tu. Kalau patin liar, duri dia tajam berbanding patin sangkar sebab pati...