Zaman Dulu-Dulu : Teng Teng

Salam guys.

Apa khabar korng hari ni? hehehehehe…aku tak pernah tanyer khabar korang kan kan kan? Pe pon aku harap korang sihat jer kayh!!! Aku pon dah ada tanda-tanda macam nak demam nih. Mak, Ayah, Kak ipar, Ank buah semua demam sekarang nih, aku je belom. Aku rela demam sekarang berbanding demam masa final exam nanti…huhuhu….

Aku ni baru je lepas tengok budak-budak main teng-teng, tu pun kecewa sebab laptop aku ni terpadam sendiri. Biasalah, laptop aku ni sensitif, pantang panas sikit mesti nak tidur jer terus, dah la cooler rosak nanti nanti lah aku beli.. :)

Eyh, aku rasa ada yang tak tahu teng teng tu apa kan. Teng teng tu boleh di katakan permainan tradisional lah jugak. Aku panggil teng teng, tak lau la korang panggil pe plak kan.

tengteng

ni lah teng teng… (TQ en.Google)

Game teng teng ni, main kat tempat lapang jer. Masa kecik kecik dulu aku selalu main kat depan rumah. Ambil ranting lepas tu lukislah teng teng tu, kalau dah takde pasir nak lukis, ambik je kapur pastu lukis kat atas simen tu.hahahaha…cerdik kan? . Aku ingat lagi, masa aku kecik orang yang main teng teng ngan aku semua lagi besar dari aku, bila besar of coz langkah diorang besar dan boleh lompat lagi jauh kan? So, aku antara yang cepat kalah dan duduk kat tepi tunggu turn jerr…huhuhu… tapi sekarang, semua geng teng teng tu dah kawin & ada anak dah… ehehehe…aku je belum. Tapi tu masa aku kat Kajang lah. Bila dah pindah pahang, akulah juara sebab aku main dengan anak kakak sepupu aku, memandangkan aku ni senior, so sesedap oren ribena stoberi jer aku wat undang-undang sendiri…hahahaha…memang tak leh blah!!!

Bila petang ni tengok budak-budak ni main teng-teng terus teringat zaman aku kecik comel lote dulu…hehehehe… Sekarang aku dah tak main teng teng tu, jadi turn budak-budak ni untuk teruskan permainan tradisional yang ramai dah lupa dan ramai yang tak tau… Al-maklum, ape kelas main teng teng, main PSP lagi best!! yer dak? huhuhu….

Oklah, tu jer cerita aku untuk hari ni…

Majulah Teng Teng untuk negara!!!

Sekian,

Penulis yang tak bertauliah

Sayalah :)

 

p/s : agaknya seronok tak kalau game teng teng ni jadi salah satu event dalam sukan komanwel… mesti best kan? hehehe  ..:p

Comments

Popular posts from this blog

Laksa Vietnam ( Bansong)

Apa itu SOM TAM?

Siapa nak bela HARIMAU?