Spaghetti & Kek Batik

Salam guys,

Semalam adalah hari rajin aku. Taktau kenapa tiba-tiba jer rajin pulak kan? Hehehehe..

Pagi tak pagi sangat la aku pergi Tesco, beli bahan-bahan nak buat Spaghetti & Kek Batik yang paling simple dan cepat siap…hehehe..

Untuk Kek Batik, aku beli :-

Coklat Masakan

Biskut Marie

Planta &

Milo jer …

Untuk Spaghetti, aku beli :-

Spaghetti (San Remo)

Prego ( Tomato & Mushroom)

Button Mushroom (Ayam Brand)

Tu jer…

Tepat pukul 4.30 pm , aku pon ke dapur untuk wat kek batik aku tu…

Bahan-Bahan

Coklat sesedap rasa

Milo Sepaket yang kecik tu….tapi bukan milo fuze tu taw!!!

Biskut Marie tu pon sesedap rasa gak

Telur 2 biji pukul sampai kembang

Planta sesedap rasa gak…

Cara – cara nak buat plak :-

1. Mula-mula cairkan Coklat masakan tu sampai betul betul cair & tak berketul… Di sebabkan aku taknak Milo aku berketul jugak, lepas Coklat tu cair aku campur milo plak, gode gode gode, kalau pekat sangat boh air cket….hehehe(Pepandai jer aku)

2. Cairkan Planta dalam kuali (aku suka guna kuali sebab senang nak kacau) dengan api yang keciikkk jer tau… Lepas tu letak Coklat + Milo yang dah cair tu dalam kuali… Kacau jer,jgn stop takut coklat Hangus…nanti tak sedap…

3. Bila dah sebati Coklat tu, masukkan telur plak (sambil tuang tu teruskan gode bahan-bahan dalam kuali sebab taknak telur tu masak sorang2 plak,I mean, berketul jd telur goreng)… Kacau jer yer…sampai lenguh…hahaha…

4. Masukkanlah biskut Marie yang dah dipatah 2 tu… kacau sampai sebati biskut ngan coklat tu yer… Bila dah sebati, masukkan semua tu dalam Loyang yang dah di sapu dengan planta.

5. Letaklah dalam freezer dan tunggu keras… Dah keras nanti leh la kerat-kerat dan MAKAN yer…hehehe

Tepat kul 5.30pm, siap sudah kek batik….

G ruang tamu tengok cerita Magika..huhuhu…

Da malam, jom wat Spaghetti plak…Simple jer.. 15min da siap…

Bahan-bahan :-

Spaghetti yg pastinye, kalau takde tak jadi la Spaghetti korang tu,

Bawang Putih

Bawang Merah

Bawang Besar ( tapi aku tak letak sebab takade…hehe)

Cendawan Butang ( hiris-hiriskan yer)

Sosej ( potong gak kecik kecik)

Sos Prego

 

Cara Cara nak buat ikut style aku :-

1. Panaskan air 1 Periuk yang agak besar untuk rebus Spaghetti, bila da panas masukkanlah Spaghetti tu yer… Tambah garam sikit, dan minyak Zaitun ,(minyak tu sebab taknak bg spaghetti tu melekat satu same laen…hehe).Rebus selama 15minit yer…pastu toskan bawah aliran air paip tau.

2. Rebus jgk Cendawan same Sosej tu kejap… (taknak bg cendawan tu bau sangat sebab ni cendawan dalam tin tu.)

3. Chop chop bawang putih, potong dadu bawang merah dan bawang besar.

4. Wat style melayu sikit, tumis itu bawang kasi naik bau… da naik bau, tuang sos prego tu yer…

5. Bila sos tu dah mendidih cket, masukkan cendawan ngan sosej tadi. (hajat nak letak udang, tapi anak buah takleh makan udang, so tak letak)

6. Spaghetti da masak, sos da siap. Apalagi, Gaul dan makanlah!!!

 

Haaaa…tu la aktiviti aku semalam…hehehe…. Tu jer aku nak update….

Sekian,

Penulis yang tak Bertauliah,

Sayalah :)

Comments

Popular posts from this blog

Laksa Vietnam ( Bansong)

Apa itu SOM TAM?

Siapa nak bela HARIMAU?