25 Random Facts

Salam Guys,

Ahah, semalam buka mata je tengok ade satu post dari miss Ima untuk aku…. hheheheehehee…. tnapa membuang masa aku terus bukak blog beliau, dan terteralah 1 entri yang wat aku agak terkesima…heheehehe…. She’d revealed 25 facts about her.. wahhh!!!! Miss Ima, sungguh berani anda yer…hehehehe. Tapi aku jadi terpaku dipaku dan memaku bila baca part nih,

"Once you have been tagged,you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged.You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you.Your cooperation is highly appreciated."

 

Hahh!!!! baca tu!!! baca tu!!!!

Demi tidak mengecewakan miss Ima yang aku sayang sangat ni (almaklum kembar salah cetak) , aku pon nak cerita la 25 Random Facts pasal aku… Jom start yer…. :p

 

1. Nama aku ni agak pelik, orang start ngan Siti dulu tapi nama aku bermula dengan Nor dulu yer. Masa kat sekolah memang tak terkira berapa ramai orang yang salah sebut nama aku. hehehe… Nama saya Nor siti Farah yer… bukan Siti Nor Farah.  :)

 

2. Sekolah, aku pernah bersekolah kat 4 buah sekolah!

a. Sekolah Kebangsaan Seri Sekamat (1997-1998)

b. Sekolah Kebangsaan Tanjung Medang, Pekan ( 1998- 2002)

c. Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan (2003 – 2005)

d. Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad, Pekan (2006- 2007)

 

naseb U tak boleh nak main tukar tukar…. :p

 

3. Kidal, ye aku seorang yang kidal. hehehe.. bukan setakat menulis tapi semua mende aku buat guna tangan kiri kecuai makan tanpa menggunakan sudu. Walaubagaimanapun, aku bukanlah seorang yang kreatif seperti yang diterangkan dalam fakta orang kidal. :p  .. Tapi aku bangga bila Bill Gates pon seorang yang kidal sebab aku bercita-cita nak ganti Bill Gates… hehehe…. (wish me luck!!!)

 

4. Banyak cakap (membebel), aku memang kuat membebel..hehehe…lagi-lagi kalau orang ponteng kelas.. :p .. tapi kalau aku ponteng kelas takde siapa leh membebel kat aku kecuali parents aku.. heheehe… pastu aku suka membebel kalau anak buah aku nakal sangat sampai anak buah yang besar kata aku ni macam mak nenek…. hurrrmm…. Sigh***

 

5. Dari kecik aku tak suka makan ikan dan sayur sebab aku pernah tercekik tulang ikan n pernah makan sayur yang pahit. disebabkan sayur yang pahit tu banyak yang warna hijau, so aku memang kurang makan sayur hijau yer… :p ..

so, siapa-siapa nak ajak aku kuar makan, janganlah offer aku makan ikan yer… lagi-lagi ikan siakap.. hehehe…

(perasan jer ade orang nak ajak kuar makan!!!)

 

6. aku ni nampak je macam keras hati tapi sebenarnya aku ni seorang yang amatlah sensitif dan kuat merajuk yer… pernah sekali tu aku merajuk kat ayah aku sebab taknak belikan Hp yang aku mintak, sampai 3 minggu aku tak makan dan akhirnya aku kena mengalah gak sebab memang aku takkan dapat HP tu….hhehehehe… memang tak berbaloi punyer merajuk… tu belum part merajuk sampai pecut motor 120kmj.. :p

 

7. eyh, lupa nak gtau awal-awal tadi… Aku ni memang warganegara Malaysia, tapi aku bukan Melayu.. aku Melayu Champa. Kalau ada siapa-siapa tak tahu Melayu champa tu apa, nanti aku buat kelas sejarah yer. Kita bercerita pasal keturunan Melayu Champa nih.

 

8. Aku sekarang dalam misi nak menguasai lebih dari 3 bahasa selain bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Aku nak fasih dalam bahasa :-

Kemboja

Champa

Mandarin

Arab

Agak-agak mampu tak aku?huhuhu… (ni pon, wish me luck jgk!!!)

 

9. aku amat tertarik dengan kamera tapi aku ni memang tak reti nak amek gambar dan belum mampu nak beli kamera DSLR tu…hehehehee…. but one day, I will!!!!

 

10. Masa sekolah aku suka sangat dengan subjek sains.. masa sekolah rendah aku pernah menangis sebab masa hujung tahun tu aku tak dapat hadiah untuk matapelajaran terbaik subjek sains… uhuhuhu… aku tertewas… lepas tu masa sekolah menengah pon aku minat sains. Tapi harap maklum aku tak minat Bio yer.. Sebab tu aku pindah sekolah sebab tak suka Bio N Akaun.. :P

 

11. Aku suka sangat menyanyi even suara aku tak sesedap buah oren atau stoberi… Tapi aku tetap menyanyi walaupun guruh dan kilat sambar menyambar..hehehehee…

 

12. lagi satu pasal muzik, tima aku wat kerja, muzik adalah wajib untuk aku. bukan setakat untukn menghilangkan rasa bosan tapi untuk menenangkan diri aku jugak… Takmo la stress stress nih.. tak syok hidup weyh!!! :p

 

13. Haa..kalau time aku stress, memang aku takkan bercakap langsung ngan sape-sape pon.

 

14. Aku suka budak-budak tapi aku tak suka jaga budak-budak.

 

15. aku amat suka berjalan tak kisah ke mana pon asalkan berjalan. janji cuaca ok. Tak panas sangat dan tak hujan… berjalan, jalan gak tapi kesihatan kena jaga.

 

16. Aku akan makan apa yang aku suka. Aku risau aku gemuk tapi aku tak kisah aku gemuk.

 

17. Kebanyakkan duit PTPTN aku aku laburkan kat makanan sebab aku ni berkira sikit pasal shopping segala hape tu… sebelum aku shopping aku akan fikir 28 kali.. tapi aku makan, ada duit je beli… Senang kan!!!

 

18.  Aku amat tidak suka peraturan tapi aku akan ikut segala peraturan yang ada. Bak kata cikgu disiplin aku dulu “Jangan Cari PEnyakit!!!!”

 

19. Dulu aku tak suka pink…sekarang pon tak suka pink tapi aku suka Peach!!! blusher aku pn wane peach… Lipbalm pon wane peach.. sumer peach & Orange!!!! tapi aku tak suka Limau!!! hahahaah…

 

20. Tak cantik tapi cute. Tak Gemuk tak kurus. Single but not available yah!!! hehehe…

 

21. Sekarang aku pakai Hp pinjam jer sebab Hp aku dah rosak.. Nak beli Hp guna duit PTPTN pon aku pikir 28 kali gaks!!!!

 

22. Pantang ada cerita baru kat Cinema mesti aku g… kat ner? kat Midvalley yang pasti dan aku just tengok kat GSC jer. Takmo TGV, kurang best bukan tak best tapi kurang best!!! :p

 

23. Setiap kali aku makan kat mana-mana kedai makan, Tea O Ais Limau adalah wajib. Takde Tea O ais Limau, Sirap Limau pon jadilah. Takde limau, Jus Oren sudah!!! :p

 

24. Aku amat malas ke kelas yer. Kalau aku rajin, aku orang pertama yang siap ke kelas dan orang pertama siap assignment!!! :p

25. aku amik masa 2 hari untuk fikir apa yang patut aku tulis dalam entri nih, siap tulis dalam buku lagi tu!!! dan aku punya mood sampai, bila aku duduk kat beranda rumah!!! :)

 

Ok guys. Cukup lah sampai situ yer… miss Ima mintak aku tag 25 person tapi ape nak buat, followers aku pon baru 31 … hehehe… so, aku tag 3 orang jer lah.

 

dCinie hatiku berbisik

FLOWER POT

THIS iS MY LIFE

tu jer  eyh….

Salam Maghrib…

Sekian,

Penulis yang tak bertauliah.

Sayalah :)

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Kita Berkawan?

Laksa Vietnam ( Bansong)

blog cik epal da dpt 2k++,aku?