Wednesday, February 2, 2011

Apa itu SOM TAM?

Salam guys,

Haaa…korang tau tak Som Tam tu apa? Pernah makan tak? Tau tak Som Tam tu dari mana? …hehehe.. Kalau tak tahu, meh sini aku nak cerita yer.

somtamNi la rupa Som Tam tu yer tapi ni aku amek kat google jer.

yang aku makan skg dalam bekas polisterin jer.

 

Baiklah rakan-rakan sekalian, Som Tam ni orang wat guna Lesung Kayu tu…hehehe… tapi bahan utama Som Tam adalah Betik yang tak terlalu muda or terlalu masak, kiranya yang sedang sedang saja…yang sedang sedang sajaaa!!!

Selain dari Betik, ada jugak guna Belacan, Udang Kering, Tomato, Asam Limau, Cili Api, Kacang Panjang, Kangkung. Ada jugak yang letak Telur masin tu. Tapi aku prefer SomTam aku takde kacang panjang sebab aku tak suka kacang panjang… aku merajuk ngan kacang panjang sebab aku makan banyak mana pon aku still ketot n rendah.. :( …

Ok, Stop mengarut, berbalik pada SomTam nih. Bila semua bahan-bahan tu dah ada, Tumbuk la semua tu dalam lesung kayu tu, tapi jgn kuat sangat, nanti hancur plak Betik tu nanti…hehehe…

Lupa nak bagitau, Somtam ni asalnya dari Thailand. Memang sedap kalau orang Thailand yang buat tau!!! Last year masa bukak puasa kat Kampung Baru, aku tengok ada orang jual SomTam ni tapi tak beli pun jadi aku tak tau la sedap ke tak yer…huhuhu…

OK lah, mau makan…bye..

 

Sekian,

PEnulis yang tak bertauliah,

Sayalah:)

No comments: