0202- mood Rajin

Salam Guys,

Hari ni tak tahu kenapa rajin semacam dan tak pernah aku serajin nih.

Pagi-pagi bangun makan nasi lemak, lepas tu online kejap. Lepas anak buah balik dari sekolah, potong kek batik untuk diorang. Kemudian bermula lah aktiviti di luar jangkaan aku.

Mula-mula, aku basuh semua pinggan mangkug kotor yang ada kat dalam sinki. Pastu susun kat rak. dah habis semua tu, aku sapu rumah. Pastu lagi, lipat baju pulak, banyak lak tu.. Habis lipat dan susun, sapu rumah lagi sekali sebab banyak habuk. Ni la lumrah kalau rumah dekat dengan highway…Hurm..

Tanpa rehat, sambung kemas rak dan almari pulak. Sapu lagi sebab nampak habuk lagi.. Hurm… Rajin ke aku? hahaha… sampai Izan (birthday girl) kata aku salah makan ubat dan buang tebiat sebab aku tak pernah rajin sangat macam hari ni.

Lepas Zohor, kemas tempat makan untuk abg pulak.. Lepas makan, apa lagi Online laa..hehehe.. dan TerUpdate Laa ini blog… hehehehe…. Dalam masa yang sama hari ni aku baran sikit.. huhuhu…cepat marah… hurm…

tu je la,

Sekian,

Penulis yang tak Bertauliah

Sayalah :)

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Kita Berkawan?

Laksa Vietnam ( Bansong)

blog cik epal da dpt 2k++,aku?