21 & 28

Salam Guys,

Lama tak menggodek belog nih… hikhikhik…. boleh d katakan agak sibuk la jugak kan, tambahan pula laptop rosak. (cehh!!! ayat skema)

Selepas di tolak tambah darab dan bahagi, hari ni 28 feb 2011 genaplah 21tahun saya bernafas di muka bumi milik Allah yang esa nih. Syukur Alhamdulillah, selepas mengharungi pelbagai rintangan dan dugaan saya tetap masih di sini. Pada yang mengucapkan selamat hari lahir dan doakan saya perkara yang baik-baik tu, terima kasih sangat-sangat yer kawan-kawan. :) ..

Actually, saya memang tak suka bulan februari nih walaupun hari ni birthday saya. Sebab- sebab saya tak suka, :-

1. Arwah paklong(sblh ayah) yang jaga sy dari kecik sampai pandai baca al-Fatihah n Muqaddam, meninggal pada bulan Februari, akibat leukimia..(al-Fatihah)

2. Anak Sedara kesayangan saya (mohd Ashaari) juga meninggal pada bulan Februari, sebab lemas. (Al-Fatihah)

3. Februari 2009, saya dan encik hubby pernah terputus hubungan atas sebab sebab tertentu.

4. Februari 2010, ada orang buat sy sedih dan down habis-habisan.

5. Februari 2011, lagi sekali sy down dan di down kan…

Bukan nak tolak takdir, tapi tak tahu kenapa saya mesti menangis pada bulan Februari.

 

Lepas tu, lagi satu sikap saya yang tak best, saya suka wish birthday dan ingat birthday orang yang lahir pada bulan februari jer. :) (teruk kan??? hehehe)

 

Saya jugak share bulan kelahiran yang sama dengan cousin saya Norizan (2.2.1994), anak sedara saya Mohd Azmi (22.2.1995), anak buah saya Mohd Saifuddin (7.2.2005) ..tu je kot… hehehe…

ok lah, saya mau makan… Lunch time!!! :)

 

sekian,

penulis yg makin tidak bertauliah,

sayalah :)

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Kita Berkawan?

Laksa Vietnam ( Bansong)

blog cik epal da dpt 2k++,aku?