1 JANUARI 2011

Saya, dengan ini berjanji akan mengotakan segala perjanjian yang dilakukan antara saya dan rakan-rakan saya tanpa sebarang alasan yang tidak munasabah.

Mulai 1 JANUARI 2011, saya berjanji tidak akan menghubungi mereka yang selalu membuatkan saya menangis lagi termasuk menyebut nama mereka ataupun bercerita tentang mereka. Andai saya bercerita, menyebut atau menghubungi mereka saya akan belanja rakan-rakan saya makan di gerai makan depan FITM. (cukup 10 kali, up to pizza hut!!!) so, saya akan mula menabung hari ni, in case saya TERkena belanja mereka.

Mulai 1 JANUARI 2011 juga, saya berjanji akan lebih fokus pada pelajaran saya tanpa berfikir tentang apa-apa lagi yang boleh membuatkan saya lalai atau leka dalam pengajian saya sama ada di UNISEL ataupun di tempat lain sehingga saya tamat pengajian.

Mulai 1 JANUARI 2011 juga, saya akan men”delete” dan mem”block” mereka dari senarai friend list saya di FACEBOOK dan YM termasuklah MYSPACE dan TAGGED.

Mulai 1 JANUARI 2011 juga, saya tak akan menangis sebab mereka yang tak pernah menghargai saya.

Mulai 1 JANUARI 2011 juga, saya akan bersifat lebih sopan dan ayu serta menjaga tingkah laku saya dari melakukan sesuatu yang tidak sedap dipandang mata atau tidak enak didengar telinga.

 

Andai saya gagal melakukan semuanya dalam tempoh percubaan iaitu sebulan (1), rakan-rakan berhak mengambil otak saya dan basuh dalam washing machine di block G2 sehingga betul-betul suci dan murni.

Demi menjaga keayuan dan kesopanan saya,saya tak akan meng”upload” video akujanji di sini tetapi rakan-rakan berhak menyimpan rakaman tersebut supaya tidak luput ditelan zaman.

sekian,

yang benar,

sy yg comel…. =p

 

 

(ini betul-betul, bukan cobaan)

Comments

Dunia Daddy said…
uik...sampai mcm tu sekali..... dasat2.......
Unknown said…
DUNIA DADDY>>> nak wat macam mane, ni je la cara nak maintain otak fokus kt study,....hehehe
Dunia Daddy said…
hahahahahaaa...... nway good azam siti farah... Happy New Year from duniadaddy...

Popular posts from this blog

Laksa Vietnam ( Bansong)

Apa itu SOM TAM?

Siapa nak bela HARIMAU?